Quantcast
Channel: LIFE JOURNEY
Viewing all 75 articles
Browse latest View live

Withdrawal Google Adsense Guna Wire Transfer.

$
0
0
income adsense

Seperti yang dijanjikan kelmarin,Sebelum ni aku ada cerita tentang pendapatan google adsense pertama aku .Harini aku  akan update status pengeluaran akaun adsense kat sini.Jumlah terkumpul yang ada di akaun sebanyak USD102.10.

Kalau di convertkan ke nilai Ringgit Malaysia ikut nilai hari ini boleh dapat RM432.Tepat pada tarikh 21 Januari 2016 akaun google adsense aku dah jadi kosong.Berdasarkan maklumat yang diterima Google adsense akan membuat pembayaran pada tarikh tersebut.


income google adsense

Diatas ni Email yang aku terima dari pihak Google adsense.Pembayaran akan terus dimasukkan ke akaun Maybank.Sepertimana yang diminta semasa proses isi form sebelum ni.Kemudian semuanya akan dilakukan secara automatik.Pengeluaran min USD100.Cukup je usd100 wang akan akan terus di masukkkan ke akaun penerima.

Proses wire transfer mengambil masa lima hari waktu bekerja.Cukup lima hari duit dah masuk ke akaun maybank aku sebanyak RM426.17.Berapa charges yang dikenakan aku pun tak tau.Mungkin dalam anggaran RM10 kot.

Ada yang bagi cadangan suruh guna western union.Tapi aku memilih Wire Transfer sebab lebih mudah.Duit terus masuk akaun.Tak perlu nak pergi ke bank.

income adsense google
Harap-harap dengan pembayaran dari google adsense ini akan membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog.Siapa kata berblog tiada masa depan.Siapa kata?Aku tak kata.

Kembang kempis hidung bila dapat first payment dari adsense.Rezeki allah maha luas.Janji ada usaha.sikit atau banyak bukan masalah.Apa yang penting teruskan berusaha.



Seminar Roket Emel Najib Asaddok memang awesome!!

$
0
0
Seminar Roket Emel Najib Asaddok memang awesome!!

Baru-baru ni aku dipelawa oleh seorang sahabat untuk join satu seminar di Kuala Lumpur.Disebabkan ada kelapangan dan rasa ingin belajar masih ada lagi dalam jiwa,aku pun pergi pada tarikh seperti dijanjikan di Wisma MCA Kuala Lumpur.
Sebenarnya tajuk seminar Roket Emel ni pun aku tak tahu.Dah sampai kat tempatnya baru aku tanya "apa tajuk seminar" nampak tak kat situ permainan dia.

Nama Najib Asaddok pun baru pertama kali aku dengar dan kenal.Sebab semua diuruskan oleh sahabat aku tu.Jadi aku pun tak berapa ambik port sangat.

seminar roket emel

Kehadiran peserta ramai juga,ada dalam 400 peserta mengikut apa yang diaorang bagitau masa pendaftaran.Ramai juga.Seat ada yang VIP dan seat biasa.Biasalah seat VIP mesti mahal sikit dalam RM180 manakala seat biasa RM80 tu pun sebab aku register 4 orang dapat diskaun.

Seminar Roket Emel! Mula-mula macam janggal.Kenapa nak belajar pasal emel.Rupanya Najib Asaddok ni kelebihan dia adalah pada part "CopyWriting" jual apa saja pasti jadi duit.Beza orang ilmu tinggi dengan orang biasa-biasakan.

Kalau aku nak pen sebatang pun belum tentu laku lagi.Dalam seminar Roket Emel ,Najib banyak buat pendedahan tentang ayat 'COPYWRITING" atau ayat power semasa menjual.Najib banyak menekankan supaya jangan menjual tapi mainkan emosi bakal pelanggan dahulu.Bila emosi sudah terganggu baru bagi apa pun customer beli.

seminar roket emel 2016

Banyak juga ilmu yang aku dapat dari seminar Roket Emel ni.Dengan bayaran RM80 tu aku dah rasa sangat berbaloi dengan apa yang aku dapat.Najib Asaddok juga pakar menggunakan FB ADS.Banyak teknik yang diajarkan.

Mereka yang buat perniagaan internet terutamanya yang berniaga secara online amat-amat disarankan untuk join Seminar ini.Memang awesome terbaik.Ilmu FB ADS sebenarnya sangat luas.Dan jika di lakukan tanpa ilmu akan jadi pembaziran yang sangat besar.

Aku dah cuba buat kajian tentang FB ADS.Mula-mula aku buat tanpa ikut apa yang Najib suruh.Ternyata kos iklan jadi mahal dan iklan tak sampai pada target market.

Kemudian aku follow arahan sebenar dan ia tidak mengecewakan.Kos iklan jadi murah dan target market sampai.

intensif momentum perniagaan internet

Inshaa allah jika ada rezeki lebih aku akan sambung atau join kelas intensif Momentum Perniagaan Internet Najib Asaddok.Ternyata beliau merupakan seorang anak muda yang berjiwa besar.Ledakan perniagaan internet bakal berlaku nampaknya.

Bukan senang nak senang.Pengorbanan harus dilakukan.Menuntut ilmu itu wajib.

Panduan Lengkap memulakan Bisnes Burger

$
0
0
  Gambar sekadar hiasan ehsan "Burger MOQ"

Bisnes Burger dah menjadi satu trend pada abad ini.Sebab apa?Mungkin sebab mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memulakannya.

Dari segi lokasi pula tidak terlalu menjadi masalah sangat kerana boleh di mulakan dimana-mana sahaja.Asalkan lokasi nya sesuai dan tidak mengganggu orang lain.hanya menggunakan stall kecil sahaja bisnes burger dah boleh dijalankan.

Peminat burger ada dimana-mana,seawal usia 3 tahun sehingga lah usia lanjut 80 an.Semua suka makan burger.Aku sendiri pun kalau kurang selera makan,burger lah yang akan menjadi pilihan utama.Bisnes burger mempunyai market yang sangat luas jika dilakukan dengan penuh hemah dan konsisten.

Ramai yang berjaya dalam perniagaan burger seperti Ramly Burger,Hot Burger (fizo omar) dan lain-lain.Namun tak kurang juga yang kecundang sebelum sempat berdiri teguh.Sebab apa? Mungkin kerana kekurangan ilmu dan strategi.

Tidak dinafikan dengan bisnes burger ia mampu meraih pendapatan yang sangat lumayan jika dilakukan dengan penuh dedikasi dan bersemangat perwira.

Bukan nak sembang tapi nak kongsi bagaimana bisnes burger boleh menjadi satu kerjaya tetap tanpa perlu kerja makan gaji lagi.

Dapatkan Panduan Lengkap bagaimana memulakan Bisnes Burger disini. Pasti akan rasa lebih berilmu bila dah baca dan amal.Dalam ebook tersebut anda akan dibongkarkan tentang 9 kelebihan bisnes burger tepi jalan.

Juga akan diberikan 3 Strategi SUPER-POWERFULL yang wajib dilakukan untuk mencapai pendapatan 5 angka daripada bisnes burger anda.Juga akan diterangkan cara pengurusan yang wajib diamalkan oleh semua yang Bisnes Burger.

Yang paling best anda akan di berikan 7 pantang larang dalam Bisnes Burger yang perlu anda elakkan bagi menjamin perniagaan burger anda dimasa depan.

Dato' Ac Mizal Mangsa pertama !!!

$
0
0
ac mizal



Sorry Dato Ac Mizal...Sebenarnya aku takda idea malam ni.So ni kira aktiviti saja-saja aku selepas balik kenduri.Tiba-tiba nampak gambar Dato Ac Mizal dengan gaya rambut Trojan kot.Aku bab fesyen memang Failure.

Tak pasal-pasal malam ni Dato Ac Mizal jadi mangsa aku.Artis kira Dato Ac Mizal mangsa pertama aku ni.Sebelum ni tak pernah aku jadikan artis sebagai mangsa kebosanan aku ni.


Ady Putra pun kena Tipu - Ambil iktibar dari apa yang berlaku.

$
0
0
ADY PUTRA DITIPU LAGI

Siapa yang tidak kenal pelakon popular Ady Putra.Dengan gaya lelaki macho pasti ramai gadis yang terpesona dengan ketampanan beliau.Tengah hangat sekarang dalam drama "Cinta Si Wedding Planner" bergandingan dengan pelakon wanita baru yang cute lagi comel "Mira Filzah'' yang juga merupakan seorang blogger,pelakon,model dan pengacara.Baru aku nak layan drama "Cinta Si Wedding Planner" dah pun habis semalam.Kecewa betul aku.


Namun siapa sangka yang Ady Putra pernah di tipu oleh seseorang sebanyak RM19,000.Namun kisah Ady Putra ditipu dah pun berlaku setahun yang lalu.Bukan nak cerita kisah Ady Putra ditipu.

Cuma nak kaitkan dengan apa yang bakal aku kongsikan tentang tips pengguna elakkan dari jadi mangsa penipuan dan mangsa jenayah siber serta isu perbankan internet yang aku rasa perlu dia ambil berat oleh kita semua.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa atau sebelum dan selepas membuat sesuatu urusan perbankan sama ada internet atau bukan internet.

Fungsi "MEMORY CACHE"
✔Sila pastikan anda log keluar (log-out) secara sempurna selepas selesai menggunakan perbankan internet dan padamkan "memory cache" selepas sebarang transaksi yang dilakukan.

Kemudahan Perbankan Internet
✔Jangan mudah terpedaya untuk membuka akaun perbankan internet hanya untuk membolehkan anda menerima hadiah atau hadiah warisan daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali.Ini merupakan satu cubaan penipuan! Jika anda telah berbuat demikian,segera hubungi dan laporkan kepada pihak bank anda dan pihak polis untuk tindakan lanjut serta anda juga perlu maklumkan kepada Bank Negara Malaysia.

Penyerahan Dokumen
✔Sentiasa berwaspada sebelum sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada pihak ketiga selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda.

Transaksi Kad Kredit 
✔Kad kredit hendaklah digunakan sebagai kemudahan membuat bayaran dan digunakan mengikut kemampuan.Selepas sebarang transaksi menggunakan kad kredit,pastikan jumlah yang dimasukkan adalah betul dan pastikan kad kredit yang dipulangkan adalah kepunyaan anda.

Transaksi Di Mesin ATM
✔Jangan membenarkan pihak ketiga melakukan transaksi di mesin ATM bagi pihak anda,walaupun orang yang dikenali seperti pasangan anda dan lain-lain.

Pendedahan Maklumat Kewangan
✔Jangan mendedahkan maklumat kewangan anda,seperti nombor akaun,nombor kad kredit,kata laluan akaun dan sebagainya kepada pihak ketiga sama ada melalui telefon,e-mel atau mana-mana pautan di laman sesawang.

Tanggungjawab Sebagai Penjamin
✔Anda perlu memahami tanggungjawab dan kewajiban anda sebagai penjamin.Sebagai penjamin,anda terikat secara undang-undang untuk membayar balik pinjaman sekiranya peminjam tidak menjelaskan pinjaman tersebut.

Baca Terma dan Syarat Perjanjian Dengan Teliti.
✔ Anda perlu membaca dan memahami terma serta syarat perjanjian  sesuatu produk,sama ada berkaitan pinjaman atau pelaburan terlebih dahulu,sebelum menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan.

Jika sekirang anda ambil perhatian terhadap isu-isu yang diberikan diatas inshaa allah selamat dari menjadi mangsa yang seterusnya.

Ok,Jangan isu Ady Putra diperbesarkan pulak selepas ni.Sekadar berkongsi dan make fun and gimik basi pada semua.Harap tidak menyinggung mana-mana pihak.Jika ada "maafkanlah saya".

Sekian.

░░░▒█ ░█▀▀█ ▒█░░▒█ ▒█▀▄▀█ ▀█▀ ▒█▀▀▀ ▒█▀▀▀ 
░▄░▒█ ▒█▄▄█ ▒█▄▄▄█ ▒█▒█▒█ ▒█░ ▒█▀▀▀ ▒█▀▀▀ 
▒█▄▄█ ▒█░▒█ ░░▒█░░ ▒█░░▒█ ▄█▄ ▒█▄▄▄ ▒█▄▄▄ 



Cara tunaikan cek oversea ke bank tempatan

$
0
0
pendapatan internet
pendapatan internet pertama

Ini merupakan kali pertama aku terima cek oversea,sebelum ni untuk kerja-kerja jawab survey company yang aku join ni mereka akan beri cek tempatan terus convert dari negara mereka.Entah kenapa secara tiba-tiba hantar cek oversea pulak.

Mula-mula dapat memang excited sebab cek dalam USD memang rasa seronok la.Walaupun  cek cuma USD50 kalau di tukar ke RM mesti dapat banyak kan .Anggaran RM200 untuk 1 cek.Aku dapat dua cek.Masing-masing bernilai Usd50 kali dua.
isi borang simpanan

Aku pilih untuk tukarkan di maybank Bukit Tinggi Klang,kebetulan keluar ke sana untuk sedikit urusan.Pengalaman pertama nak tunaikan cek oversea di bank tempatan.Sampai bank aku terus ke kaunter pertanyaan.Mereka beri dua keping borang simpanan wang.Aku pun isi macam biasa.

Ikut je arahan yang diberikan.Aku malas nak banyak sangat tanya sebab nilai cek cuma Usd50 kalau Usd 5000 semangat sikit aku.

Masa kat kaunter aku cuma tanya chargers dan berapa lama boleh clear.Itu sahaja.Chargers mereka tak tahu.Bila cek dah clear nanti baru tahu charge dia berapa.Dan cek oversea akan mengambil masa selama sebulan lebih kurang untuk settle.Mak ai lama sungguh.Anggap je la macam tak da.

Settle urusan aku pi pekena cendol dan ABC dulu kat Bandar Bukit Tinggi Klang dengan si comel ni.Memang terangkat la sebab cuaca panas.Pasal cek tu aku dah malas nak fikir.Lepas ni kalau nak buat pengeluaran point aku akan ambik voucher membeli belah.Senang sikit.Dah tentu takda charge yang bukan-bukan.


minum cendol klang

Selepas sebulan aku cek akaun maybank korang nak tau berapa yang aku dapat hasil dari cek oversea tersebut.Nilai cek USD50 sepatutnya aku akan dapat sekitar RM200 something tapi aku cuma dapat cuma RM50 sahaja.Gila kentang dia punya charge.Lebih kurang RM150 dia punya charge.Langsung tak berbaloi aku buat kerja survey tu.Memang tobat la lepas ni nak withdraw cek oversea lagi.

foreign bill credit
Charge paypal pun baru berapa sen.Haha haha hanya mampu berhaha dan berhuhu je la.

Senarai Gaji Pemain Bola Sepak Tertinggi Di Malaysia 2016

$
0
0
bola sepak

Siapa kata bersukan tidak boleh jadi kaya?Ada juga yang kata belajar tak pandai gelap masa depan.Bagi aku itu semua bohong.Rezeki Allah yang beri.Selagi ada usaha,doa dan tawakal.Jangan pulak asyik nak bertawakal tanpa usaha.Memang kena rodok dengan iPhone nanti.


Di Malaysia sukan Bolasepak tempatan sudah mula menampakkan sinar baru.Dengan munculnya bintang-bintang bolasepak tempatan yang amat berbakat.Aku harap semangat ini akan dapat kesinambungan dari golongan anak-anak remaja se awal dari usia sekolah rendah lagi.

Berikut adalah senarai Gaji pemain Bola Sepak Tertinggi Di Malaysia 2016.

badhri radzi
Dimulakan dari tangga ke tujuh - Badhri Radzi dari pasukan kelantan.Pendapatan sebulan sebanyak RM40,000.

safiq rahim
Tangga ke enam Safiq Rahim mewakili pasukan Johor Darul Takzim,Berpendapatan sebulan sebanyak RM50,000.

baddrol bakhtiar
Manakala senarai gaji pemain bola sepak tertinggi di Malaysia bagi tangga yang ke lima di sandang oleh Baddrol Bakhtiar  dari pasukan Kedah sebanyak RM65,000 sebulan.

indra putra mahayuddin
Indra Putra Mahayuddin dari pasukan Felda United menduduki tangga yang ke Empat,Berpendapatan RM75,000 sebulan.

mat yo
Tangga ke tiga pula adalah Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali atau lebih popular dengan panggilan Mat Yo dari pasukan Johor Darul Takzim berpendapatan atau bergaji sebanyak RM80,000 sebulan.

amri yahyah
Tangga Ke dua Gaji pemain bola sepak paling tinggi di Malaysia adalah Amri Yahyah.Sebulan berpendapatan RM85,000.Beliau juga dari pasukan Johor Darul Takzim.

safee sali
Dan inilah pemain bola sepak  yang mempunyai pendapatan sebulan paling tinggi Di Malaysia sebanyak RM120,000 sebulan.Juga dari pasukan Johor Darul Takzim.

Pehh,nak demam aku tengok gaji diorang,Kalah gaji CEO,kalah gaji Perdana Menteri.Kalau gaji Pilot.Bukan senang nak jadi seperti mereka.Usaha mereka adalah sangat tinggi.Memerlukan banyak pengorbanan.Apa yang kita nampak hanya lah sangat mereka meraih kejayaan.Tapi kita tak nampak mereka disaat mereka bersusah payah. 

Apa Kaitan Jemur Bantal dengan Sakit Tengkuk???

$
0
0
jemur bantal sakit tengkuk

Sakit tengkuk atau leher sering dialami ketika bangun tidur, perkara ini berlaku disebabkan oleh posisi tidur yang salah sehingga menyebatkan sakit pada otot leher.
Sebahagian orang percaya sakit leher boleh diredakan dengan menjemur bantal. Betulkah macam tu?

Sebenarnya perkara itu tidak salah dan tidak juga betul. Bantal yang sudah terlalu lama tidak dijemur akan menjadi padat dan mengeras. Disebabkan faktor tersebut individu yang menggunakannya akan rasa kurang selesa ketika tidur. Malah lebih teruk lagi ia kan menyebabkan sakit leher.
Oleh kerana itu, untuk merawat atau mengelakkan leher anda sakit, menjemur bantal adalah salah satru cara untuk menghindarinya sekali gus menjadikan bantal lebih empuk dan selesa untuk digunakan.
Sumber : Era.fm


Biodata ringkas Dato' Lee Chong Wei

$
0
0
Lee chong wei

Tahniah kepada Dato, Lee Chong Wei kerana berjaya mara ke peringkat akhir dalam acara Badminton Olimpik Rio 2016.Dato' Lee Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan dari China dalam perlawanan separuh akhir perseorangan (L) dengan mata 15-21 , 21-11 , 22-20 ,Semoga Malaysia berjaya merangkul pingat emas yang pertama dalam Sukan Olimpik Rio 2016.


Dato' Lee Chong Wei bakal menerima ganjaran RM2 juta dan akan menikmati skim pencen bulanan sebanyak  RM5000 .Memang lumayan ganjaran yang bakal diperolehi oleh Dato' Lee Chong Wei nanti.Tahniah lagi sekali daripada rakyat Malaysia untuk semua atlet sukan Rio 2016.

Dato' Lee Chong Wei pernah berada pada kedudukan Pertama dunia untuk 199 minggu berturut-turut  bermula pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai,Perak
Ketinggian 1.72 meter

woo mew choo

Sudah mendirikan rumahtangga dengan Wong Mew Choo.

aksi juara

Doa Rakyat Malaysia semoga Dato' Lee Chong Wei berjaya merangkul Pingat Emas yang pertama untuk Malaysia dalam sukan Olimpik Rio 2016.


Percutian menarik di AL Cabin Camp,Pulau Carey

$
0
0
tanda arah al cabin

Percutian Menarik di Al Cabin Camp, Pulau Carey,buat kali pertamanya aku pergi bercuti ke tempat yang paling dekat dengan rumah,Jarak lebih kurang 20 minit dengan menaiki kereta.Selepas merancang hampir sebulan,bukan main susah nak dapat sebab boleh dikatakan Al Cabin Camp sentiasa penuh bila hujung minggu.


Harganya sangat berbaloi,jika anda sedang mencari tempat percutian budget boleh lah datang ke Al Cabin Camp,Pulau Carey.

pintu masuk al cabin camp

Sebenarnya ini pengalaman pertama aku bercuti ke tempat-tempat yang begini.Jauh dari suasana bandar,Lokasi Al Cabin Camp adalah di Kampung Melayu Pulau Carey.Bagi yang belum pernah sampai ke Pulau Carey boleh datang ke Al Cabin Camp.

Suasana di Al Cabin Camp adalah sangat-sangat mendamaikan.Di kelilingi oleh pokok kelapa sawit.Bila malam kedengaran muzik dari sang cengkerik.Memang best.Langsung tidak kedengaran bunyi dari enjin kereta atau pun motorsikal.

kolam renang al cabin

Budak-budak macam biasalah,sampai je terus terjun kat kolam renang.Untuk maklumat anda semua.Bilik penginapan di Al Cabin adalah sangat terhad ,ada lebih kurang 8 atau 9 bilik sahaja dengan kapasiti maksimum 3 atau 4 orang satu bilik.Tak boleh sumbat lebih-lebih nanti pihak pengurusan tak bagi.

Pihak pengurusan Al Cabin Camp sangat mesra pelanggan,Jadi tak perlu rasa malu jika ada apa-apa masalah sila ajukan sahaja.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Al Cabin Camp.Antaranya selain dari mandi kolam adalah seperti Bermain kayak,rasai pengalaman memandu ATV,anda juga boleh memncing dan mengisa serta boleh juga berkayak.

atv di al cabin
naik atv di al cabin
naik atv di pualu carey
naik atv di sijangkang

Rasa teruja anak bujang aku dapat memandu ATV secara solo,mana taknya kalau kat rumah nak dapat peluang naik motor amatlah tipis dan hampir tiada peluang.Bila sampai kat Al Cabin Camp dapat bawak sendiri ATV tu yang rasa seronok sangat.Habis di rondanya kawasan kebun sawit tu.

Naik ATV untuk 1 pusingan yang pertama dikira RM10 dan pusingan yang seterusnya dikira RM5 satu pusingan.Apapun jika anda dah terlebih pusing pihak Al Cabin Camp ada sedikit diskaun.Jangan risau pusing je kasi puashati.

berkayak di al cabin
berkayak bersama pasangan
berkayak di atas air

Dah habis ber ATV kita layan kayak pulak.Bersantai-santai atas air.Bukan senang nak rasa suasana sweet cenggini kan.Hanya di Al Cabin Camp je boleh buat.Dah penat mendayung kita bagi orang depan pulak kayuh keliling kolam.

Kos untuk berkayak kami habis sekitar RM30 sahaja untuk 1 hingga 2 jam.(4 kayak dan 1 sampan)

aktiviti memancing
kolam pancing al cabin
Macam ni la jadinya bila dah lama tak memancing,last memancing tahun 2002.Lama sangat kan.Jadilah lepaskan gian sekejap.Menurut pihak Al Cabin Camp ikan yang ada di kolam kebanyakannya ikan siakap liar.

Paling berat pengunjung pernah dapat sekitar 1.8 kilo.Dan yang tak naik ada sekali dianggarkan berkilo-kilo beratnya.Tempat memancing,berkayak dan ber ATV adalah khas untuk pengunjung yang menginap di Al Cabin Camp sahaja.Tidak dibuka kepada umum.

Kos untuk memancing - jika ada Joran sendiri boleh bawa anda hanya perlu bayar RM3 sahaja per/joran.Jika anda dapat ikan bayaran akan dikenakan berdasarkan berat ikan.Sekilo RM15.

Jika tiada Joran pihak ada Al Cabin Camp ada menyediakan joran dan umpan.Kos RM3 untuk joran dan umpan RM1 untuk 3 ekor anak ikan hidup.

ruang dapur al cabin

Okey aktiviti outdoor dah selesai,jom kembali ke Al Cabin Camp untuk isi perut.Kat sini anda diberi pilihan untuk masak sendiri atau boleh ambik pakej makan sekali.

Nak masak boleh ,tak nak masak pun boleh.

Kalau nak sewa ruang dapur RM25 sahaja.Dapur lengkap dengan peralatan yang selayaknya la ye.cuma bahan basah kena bawa sendiri.

Jika nak ambik pakej makan boleh booking siap-siap semasa datang ataupun semasa buat booking.


Kami ambik pakej makan sebab ruang dapur dah ada orang lain booking,first come first serve.Jadi kami cuma ambik ruang untuk ber BBQ,Cuma bakar sate je malam tu sebab perut pun masing-masing dah kenyang dengan menu Al Cabin Camp.

tempat makan al cabin
Disinilah tempat kami makan selama 2 hari 1 malam di Al Cabin Camp.Boleh muat sekitar 20 orang untuk satu-satu masa.

tempat santai al cabin

Jika tak cukup tempat kat sini pun boleh guna.Berhadapan dengan ruang dapur.depan sana tu adalah tempat solat ataupun boleh digunakan sebagai dewan terbuka (yang sebelah kiri).
penginapan al cabin
mercu tanda al cabin
pemilik al cabin camp
Gambar bilik tak sempat nak ambik sebab terlupa,kejap je dah nak balik.2 hari 1 malam macam tak rasa.Apapun Percutian di Al Cabin Camp sangat seronok,kami dapat rasa apa yang kami belum pernah lalui.Penuh dengan aktiviti sampai terlupa nak makan.Cuma tak lupa nak balik la.

Sebelum pulang sempat kami bergambar bersama Pemilik Al Cabin Camp Tuan Kasim yang sangat mesra dan peramah.Terima kasih kepada semua layanan anda sangat bagus.Sehingga meninggalkan kesan yang mendalam buat kami.

Insahaa Allah ada rezeki kami datang lagi.

Sebelum terlupa just nak inform kos kami ambik 3 bilik atas (berhawa dingin) untuk 4 dewasa dan 7 kanak-kanak siap makan dan minum (makan malam+ sarapan pagi) + aktiviti outdoor (memancing,ATV dan kayak) selama 2 hari 1 malam adalah sebanyak RM500 sahaja.

Jika anda rasa inilah tempat percutian budget yang penuh dengan aktiviti sila lah datang,jangan segan jangan malu.Jika nak kurangkan budget lagi boleh kurangkan aktiviti dan boleh masak sendiri.

Sehingga jumpa lagi....Bye.

Makan Kebab Turki Baba Rafi di Shah Alam

$
0
0
kebab turki shah alam

Layan makan KEBAB TURKI Baba Rafi di Komplek PKNS Shah Alam.Sebenarnya takda niat pun nak makan Kebab Turki Baba Rafi ni,kebetulan pada laluan kami sekeluarga.Biasalah bila perut dah lapar apa yang nampak semua nak.

Anak sulung aku memang peminat Kebab.Jadi dah alang-alang nampak apa kata kata kita try test Kebab Turki Baba Rafi ni.Mengikut wikipedia Kebab Turki Baba Rafi mempunyai lebih 1000 outlet di tiga negara seperti Indonesia,Malaysia dan Filipina.


cara buat kebab
Kalau dah sampai 1000 outlet tu memang tak dapat di nafikan la ke popularannya kan.Aku jer yang baru tahu pasal Kebab Turki Baba Rafi ni.Sambil-sambil beli tu,best juga tengok  cara  dia buat Kebab Turki,sangat stylist.Nampak sedap.Harga sekitar RM12 hingga RM16 per pack.

Sebab agak mahal aku beli 3 Pack sahaja.Sesekali makan Kebab Mahal apa salahnya kan.Kalau kebab yang jual di pasar malam tu rasanya kurang sedap,jika nak dibandingkan dengan Kebab Turki jauh panggang dari api kot.




Lokasi Kebab Turki Baba Rafi agak strategik sebab berada di kawasan hotspot.

Awas hanya untuk bawa pulang sahaja,Tiada meja dan kerusi disediakan disini.Nasib baik depan stall Kebab Turki ni ada Restoran Sate Kajang Haji Samuri.
cara packing kebab
Ok,Kebab dah siap.Kita tumpang makan kat Restoran Sate kajang Haji Samuri.Alhamdulillah banyak meja kosong kat dalam ni.

Sambil My Lovely Wife beratur beli sate dan air meh kita tengok cara pembungkusan Kebab Turki Baba Rafi.Memang cantik cara pembungkusannya.Cuma tarik tuil yang disediakan di bahagian tepi untuk mula menikmati kebab turki yang lazat ni.
makan kebab turki shah alam

Masing-masing nampaknya sedang menikmati rasa Kebab Turki Baba Rafi,Aku  hanya mampu melihat dan sesekali aku rembat juga sebab tak tahan tengok.Setiap sorang aku ambik rasa sikit.

Lastly aku yang kenyang.Rasa sekali nak gigit dua kali.Betul-betul guna kuasa veto ni.Bila sate sampai masing-masing dah kenyang.Nasib baik beli sikit,kalau banyak terpaksa tapau bawak balik sate. tu.

Okey kalau ada yang nak cuba rasa kenikmatan rasa Kebab Turki Baba Rafi yang glamour ni boleh datang ke Kompleks PKNS Shah Alam.

Untuk kawasan lain tolong tanya Encik Google ye.Yang aku tau cuma kat sini jer.

Kalau susah sangat nak cari tempat atau tiada masa,cari je resipi mudah untuk Buat Kebab Turki.Inshaa Allah mesti ada punya.


makan kebab turki
Perut dah kenyang hati pun senang.Sebelum pulang apa kata kita singgah dulu kat kedai "USTAZ" cari apa yang takda charger handphone,earphone ke,apa-apa je lah.

Jom Shopping jap.

Jumpa lagi,Bye

BORANG Skim Peduli Sihat untuk Rakyat Selangor

$
0
0
kad peduli sihat selangor

Berita baik untuk Rakyat Selangor.Bagi yang masih belum dapat tahu apa itu Skim Peduli sihat mari kita rungkaikan.Skim Peduli Sihat di wujudkan pada bulan Disember 2016 yang lepas,Tujuan utama supaya warga Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif.Ia juga untuk menggalakkan rakyat Selangor sentiasa peka dan peduli dengan kesihatan masing-masing.


Peruntukan sebanyak RM125 juta setahun disediakan bagi memastikan program Peduli Sihat ini berjalan dengan lancar.Skim ini mensasarkan 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang berpendapatan isirumah RM3,000 ke bawah.

Skim Peduli Sihat diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator yang akan membiayai rawatan kesihatan asas kepada setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Hanya mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat,membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan (isteri dan juga anak dibawah 21 tahun mendapat rawatan Doktor di klinik yang berdaftar.

Untuk maklumat umum di bawah Skim Peduli Sihat ini di sediakan 
1.Program Dialisis Rakyat
2.Early Intervention Programme (EIP) -  Program untuk kanak-kanak khas
3.Menangani denggi dan zika

Syarat dan kelayakan untuk permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Warga Selangor di alu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR (PERCUMA) - Hanya di Selangor.

Kategori A:
-Untuk Suami dan / atau isteri beserta anak-anak (dibawah 21 tahun) yang berkelayakan.
-Pendapatan isi rumah : RM3,000 sebulan dan ke bawah

Manfaat:
- akan mendapat isi kad bernilai RM500 setahun
- had gunaan  : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : TIADA
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

Kategori B: (Bujang)
- individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
- Pendapatan individu : RM1500 sebulan dan ke bawah.

Manfaat:
- akan mendapat isi kad bernilai RM200 setahun
- had gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : TIADA
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat 
1.Mesti warga negara Malaysia
2.Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
3.Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang boleh di isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN yang berdekatan.

Pertanyaan lanjut sila layari:
www.pedulisihat.com
hubungi : 03-20893911

MUAT TURUN BORANG DISINI - BORANG PEDULI SIHAT



Zawara Coffee Bukit Jelutong

$
0
0

lamb shank zawara
Alhamdulillah sesi pertemuan bersama Pengarah Urusan Zawara Sdn Bhd,En Mohd Fizal Rashid @ Meck selesai.Kedatangan kami, team marketing Mychef ke Zawara Sdn Bhd adalah untuk menjalin hubungan perniagaan untuk supply Produk sejuk Beku MyChef ke seluruh outlet Zawara Sdn Bhd.

Kedatangan kami disambut mesra oleh En Meck.Lebih kurang 2 jam kami disana membincangkan keadaan semasa ekonomi tempatan dan global.Sebenarnya bukan mudah untuk menjalin hubungan perniagaan bersama dengan sebuah syarikat yang bagi aku dah establish ni.

zawara sdn bhd
Sapa tak kenal Zawara?Satu nama yang pernah "VIRAL" tahun lepas.Zawara pernah membuat strategi marketing yang bagi aku memang gila dan boleh dikatakan hampir melanggar undang-undang negara.Mereka menggunakan kenderaan tentera yang diletakkan label Zawara Coffee.Inilah kenderaan tersebut.
viral zawara coffee
Tapi itulah namanya strategi marketing.Idea gila yang  paling havock.Dan Sales pun jadi gila.Disebabkan itu sales Zawara Sdn Bhd melonjak naik hampir 300%.Sekarang aku rasa hampir semua orang dah kenal "Zawara".

Ok,sesi pertama dah selesai,lepas ni jika di izinkan kami akan buat food tester produk MyChef terus di outlet Zawara.Inshaa allah doakan kami berjaya mendapat projek kecil ini.
zawara coffee bukit jelutong
kredit foto keluargaharummanis
Semasa membuat lawatan di HQ Zawara Sdn Bhd,En Meck ada bawak kami ke Kitchen aku ternampak Lamb Shank.Tiba-tiba selera ni jadi bergelora pulak.Balik dari HQ Zawara Sdn Bhd di Ara Damansara kami singgah ke Outlet Zawara Coffee di Bukit Jelutong.Nasib aku baik,sebab Lamb Shank tinggal 1 jer.Memang rezeki aku la tu nak merasa makan lamb shank zawara.

Sebenarnya perut lapar jadi apa lagi,service memang cepat kat zawara ni plus minus 5 minit,Lamb Shank yang aku order dah sampai.Ok jemput makan semua.Kalau ada rasa macam nak makan lamb Shank tu boleh singgah ke mana-mana outlet Zawara Coffee yang berdekatan dengan anda.Harga tak mahal manapun sekitar RM27 untuk satu hidangan.Boleh makan dua orang sebenarnya.

MAKANAN WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

$
0
0
MAKANAN WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

Berita baik buat semua kaki Travel.

Mychef dengan bangganya memperkenalkan produk baru yang mesra travel,pek kalis air dan sesuai untuk dibawa ke seluruh dunia.Jika sebelum ini Mychef di kenali dengan mengeluarkan produk frozen food.Namun kini Mychef telah menukar strategi pemasaran sekaligus menukar keseluruhan Produk keluarannya.

Kali ini Mychef akan mensasarkan ke golongan kaki Travel,kaki panjat gunung dan juga golongan pekerja yang sibuk.Segmen kali ini Abang Jay nak sembang pasal Travel.Pasal selepas di cuba dan di rasa.Memang sangat sedap.Ops lupa nak inform,Mychef buat masa ini cuma mengeluarkan tiga jenis sku sahaja.

Antaranya Nasi Biryani Ayam,Nasi Biryani Kambing dan Nasi Arab Ayam Kabsah.Akan datang pihak Mychef akan mengeluarkan lebih banyak lagi menu-menu yang menarik untuk anda semua.Nampaknya Pengeluaran pengenalan pada hujung bulan september 2017 yang lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan habis dalam masa seminggu sahaja.

Tidak dapat di nafikan bahawa Mychef telah membuat keputusan yang betul pada saat yang betul.Sebab sekarang ni kat Malaysia memang ramai individu yang gemar pergi travel.Industri pelancongan sangat menggalakkan.

JIka ada kaki Travel yang membaca segmen ni dan ada perancangan nak pergi melancong tak lama lagi.Mychef adalah makanan wajib bawa semasa travel pada pilihan no 1.

Anda boleh dapatkan Mychef di Page Mychef  


Sekarang tengah ada PROMOSI sehingga 50% - cepat-cepat beli lagi banyak lagi murah.

makanan wajib bawa semasa travel

Jangan lupa semasa melancong tu nanti ambik gambar sikit dengan produk Mychef.

Abang Jay ucapkan selamat melancong buat semua.

TIGA BARANG WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

$
0
0
BARANG-WAJIB-BAWA-SEMASA-TRAVEL
Tiga Barang Wajib Bawa Semasa Travel

Kali ini Abang Jay nak info sikit tentang tiga barang wajib bawa semasa travel.Mesti akan ada yang bertanya kenapa tiga barang jer Abang Jay?Sebab bagi Abang Jay hanya tiga barang ni jer yang penting.Barang-barang lain pun penting juga,cuma jika tiada tiga barang ni bagi abang Jay travel tak bermakna langsung.



Tiga Barang Wajib Bawa Semasa Travel 1.

passport-malaysia-latest

Barang yang pertama wajib bawa semasa travel dah tentulah passport antarabangsa.Jika tiada benda ni.Langkah satu nak travel dah gagal.Boleh dikatakan semua orang dah tau benda ni.Pastikan expired mesti lebih 6 bulan yer.Kalau tak reject nanti masa pemeriksaan kastam.

Tiga Barang Wajib Bawa Semasa Travel 2

ringgit-malaysia-latest

Duit merupakan barang ke dua terpenting semasa travel.Duit ibarat penyeri dalam pelancongan kita tu nanti.Tanpa duit siapalah kita.Cuma semasa travel bagi abang Jay tak perlu nak bawa duit banyak sangat.Bawa duit secukupnya sahaja.

Tiga Barang Wajib Bawa Semasa Travel 3

TIGA BARANG WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

Dan barang ketiga terpenting sekali adalah makanan mudah hidang.Kali Abang Jay Pilih Mychef - Nasi Biryani Ayam - Nasi Biryani Kambing dan Nasi Arab Ayam Kabsah.Pemilihan dilakukan abang Jay berdasarkan beberapa kriteria Mychef mudah di hidang,cuma panaskan 60 saat dan boleh makan.Cuma rendam je kat air panas.kalau nak makan sejuk-sejuk pun tiada masalah.

makanan paling best

Yang kedua sebab sedap la kan.Kat oversea mana nak cari nasi dan makanan halal,lagi-lagi kalau pergi bahagian eropah dan negara barat memang agak susah nak cari makanan halal.Yang sedap tu mungkin banyak.Sebab mencari yang halal itu Fardhu bagi umat islam.

Mana nak carik?Sebab buat masa ni MYchef tiada di jual di mana-mana kedai atau pasaraya.Mychef hanya jual secara dalam talian sahaja.Kalau berminat boleh terjah FB PAGE mereka.

Singgah sini yer kalau nak beli  https://www.facebook.com/delicious.mychef/



Viewing all 75 articles
Browse latest View live