Quantcast
Channel: LIFE JOURNEY
Viewing all 75 articles
Browse latest View live

Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan.

$
0
0
pemandangan dari atas tebat resort
Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan| Sekali pandang memang menarik Resort ni kan.Aku suka dengan pemandangan sekeliling resort ni.Kalau korang nak tau ini lah Tebat Resort yang berlokasi di Jelebu Negeri Sembilan kalau tak salah aku lah.

Cuma sekarang aku tak pasti sama ada ia dibuka untuk umum ataupun tidak.Aku rasalah kalau resort ni dibuka untuk umum mesti best kan.Tengok kawasan sekitar resort ni.Di kelilingi oleh pokok-pokok yang hijau.Dan yang paling best Tebat Resort ni kat atas air.Mesti cool je kan kalau waktu malam.


keluasan tebat resort

Memang luas Tebat resort ni.Walaupun belum pernah sampai sini aku dah dapat rasakan angin sepoi-sepoi bahasa dengan udara yang nyaman sekali.Gambar-gambar ni aku dapat dari facebook Tebat Resort.Sebab aku cuba google tapi takda info pun pasal Tebat Resort ni.Mungkin tempat atau lokasi ni belum dapat liputan orang awam lagi ataupun mungkin tempat ni hanya untuk family bertandang.

Aapapun aku suka tempat ni.Kalau diberi peluang aku nak menginap di Tebat Resort ni.Macam-macam aktiviti boleh buat beb......

Jom tengok lagi gambar-gambar yang ada hasil dari pencarian di Facebook Tebat Resort.

chalet tebat rsort

Rumah berkembar tepi kolam.Nampak unik binaan nya.

pemandangan tebat resort

Pemandangan dari arah sisi rumah atas air di Tebat Resort.Cuba nak cari ownernya tapi tak jumpa.Jika ada sesiapa ada yang terbaca posting aku ni dan kenal dengan Ownernya mohon tinggalkan contact no....

hiasan dalam tebat resort
kemudahan tebat resort
Bahagian dalam dilengkapi dengan perabot dan Lcd Tv.Nampak selesa.Cuma gambar dalam rumah tak dapat dikesan lagi.Mesti lagi menarikkan.

kolam mandi tebat resort
Ada kolam kat bahagian dalam,Aku rasa semua suka kot.Boleh mandi manda.Sumber mengatakan air ni air yang disedut dari jeram.So,mesti air ni sejuk.Sebab tu air ni nampak macam keruh kalau korang perasan.

rumah tumpangan
Ini lagi best.Macam pondok kancil.Tapi bersaiz besar.Mungkin gazebo agaknya.Memang kalau datang sini dapat ketenangan sungguh ni.Harap-harap Tebat Resort akan dibuka untuk umum suatu hari nanti.

pemandangan dari atas
Pemandangan dari atas dengan menggunakan Drone kot ni.Tak kan diorang guna satelite kan.Hijau semua.Pendapat peribadi aku,Tebat Resort bakal menjadi lokasi paling menarik dan popular untuk dikunjungi suatu hari nanti.Kalau korang nak cari boleh ke Jelebu Negeri Sembilan.Cuba cari kat kawasan Kuala Pilah di Kampung Tebat Kering ataupun Kampung Tebat kening.Kalau dua-dua kampung takda...aku tak dapat nak tolong..hihi

Apa yang penting kebersihan persekitaran harus maintain macam ni.Last but not least.Terima kasih banyak kepada pemyumbang gambar-gambar...aku minta maaf sebab ambik gambar-gambar ni tanpa izin.Bukan untuk apapun sekadar ingin berkongsi dengan mereka diluar sana yang sukakan keindahan dan kehijauan alam semulajadi.

Kebaikan pelihara kucing yang mungkin ramai tak tahu!

$
0
0
gambar kucing comel

Kali terakhir aku bela kucing lebih kurang pada tahun 90 an.Kucing kesayangan aku mati akibat kemalangan jalanraya dan mengalami pendarahan teruk di kepala.Sekitar jam 9 pagi jiran aku menghantar pulang kucing aku yang sudah tidak bernyawa ke halaman rumah.Kucing yang aku beri nama "Kuning" tersebut adalah merupakan kucing terakhir yang aku pelihara.

Perasaan sedih yang tidak terkata masa tu.Sebab dengan kucing tu lah aku bermain-main dan berhibur.Selepas itu aku ambil keputusan tak mau bela kucing lagi akibat trauma.

Tapi entah kenapa secara tiba-tiba pada tahun 2013 perasaan ingin ada kucing peliharaan sendiri kembali berputik,Dan aku pun mula cari kucing.Aku ambil 3 ekor anak kucing yang masih kecil dari kakak iparku.Suka betul anak-anak bila ada kucing.Cuma aku rasa janggal nak pelihara sebab dah lama tak pelihara kucing.

Nak kena jaga pemakanan dan kesihatan kucing.Dan juga tempat buang najis yang paling penting.Kalau tak habis bau najis seisi rumah.

Bila aku selidik rupanya banyak kelebihan pelihara kucing ni.Mesti korang sukakan.Sebab semua nya menjurus kepada perkara positif antaranya :-

Sebagai Penghilang stress - Membelai kucing dapat menenangkan dan mengurangkan tekanan.

Baik untuk jantung - Risiko di serang sakit jantung dikalangan pemilik kucing adalah 40% lebih rendah berbanding orang yang tiada kucing.

Penyembuh luka - Getaran gelombang yang dikeluarkan oleh kucing mampu memulihkan luka dalaman.

Memulihkan Otot - Getaran gelombang tersebut juga mampu memulihkan jangkitan dan pembengkakan otot.

Disponea - Mengurangkan risiko Serangan Disponea.

Kesihatan Tulang - Frekuensi 25-50Hz merupakan yang terbaik manakala 100-200Hz frekuensi kedua terbaik yang dihasilkan sewaktu getaran Purring kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tulang.

Tekanan Darah - Berinteraksi dengan kucing dan mendengar mereka "purring" sangat membantu dalam menurunkan kadar tekanan darah.

Mesti ada yang  bertanya apakah itu "Purring".Purring adalah satu getaran yang dihasilkan oleh kucing ketika mereka berjaga ataupun tidur.Getaran yang terhasil biasanya antara 20-140Hz.Dan ia boleh dijadikan terapi perubatan pelbagai jenis penyakit.

Amacam best tak?Sambil bela kucing dapat banyak manfaat kan.Dan dapat juga pahala sebab kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah saw.Ada juga pendapat yang mengatakan pelihara kucing dapat memurahkan rezeki.

Oleh itu jom pelihara kucing.Jangan diseksa pulak ye.Tak baik.Nanti Allah Marah.

Dan sehingga ke hari ini walaupun banyak dah kucing yang aku pelihara menemui ajal.Tapi aku tetap nak pelihara.Patah tumbuh hilang berganti.Jangan give up.

Permohonan BR1M 2016 Dibuka 5 Disember

$
0
0
br1m 2016
Permohonan Baru BRIM 2016 akan mula dibuka pada 5 Disember sehingga 31 Disember 2015.Pasti ramai yang menantikan saat ini.Semoga ia dapat digunakan sebaik mungkin.Memandangkan tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar kepada semua rakyat Malaysia.

Aku berpendapat mungkin bilangan permohonan BRIM 2016 akan ada peningkatan dari biasa.Pengumuman mengenai tarikh permohonan BRIM 2016 telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua,Datuk Seri Husni Hanadzlah.Tarikh 5 Disember dibuka untuk permohonan baru dan juga untuk mengemaskini maklumat terkini individu.


Muat Turun Borang BRIM 2016

Permohonan baru dan untuk kemaskini maklumat boleh dilakukan dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BRIM Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau www.treasury.gov.my

Borang permohonan BR1M 2016 juga boleh diperolehi dari mana-mana cawangan LHDN,Pusat hasil LHDN dan pusat transformasi bandar LHDN.

Untuk permohonan baru BR1M 2016,pemohon perlu:

  1. Kemukakan maklumat peribadi dangan lengkap
  2. Kemukakan maklumat waris
  3. Kemukakan maklumat akaun bank
  4. Kemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi
Permohonan yang layak akan diberitahu menerusi notis yang akan dihantar oleh LHDN.Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber:Bernama


Impian Morib Hotel Banting.

$
0
0
hotel impian morib
Percutian tanpa dirancang,Cuti sekolah dah bermula.Jadi lokasi paling dekat dalam kepala aku adalah Impian Morib Hotel,Banting.Bukan apa yang penting anak-anak gembira dan tak bosan dimusim cuti sekolah ni.

Lokasi Impian Morib Hotel berdekatan dengan pantai Morib.Jadi kalau berhajat nak mandi pantai boleh ke pantai Morib.Tapi kena naik kereta.Lebih kurang 5 minit perjalanan.

Aku ambik chalet di Impian Morib Hotel sebab nak berdekatan dengan kolam renang.senang nak pantau anak mandi.Kedudukan chalet kami betul-betul berhadapan dengan kolam renang.


Inilah chalet kami,ada 1 katil twin dan 1 katil single.Cukuplah untuk kami anak beranak kat sini selama dua hari satu malam.Chalet ini juga dilengkapi dengan set tv bukan lcd ye..tapi ada channel astro.Wifi tidak disediakan kalau nak guna wifi sila ke tempat reception.Mini peti ais juga ada disediakan.

chalet impian morib
chalet kami

Macam biasa budak-budak kalau nampak air memang dah tak boleh tahan.Belum sampai setengah jam dah nak masuk air.Dah lama tak mandi kolam katanya.Jadi nak tunggu apa lagi dengan mak bapaknya sekali masuk.

Pemandangan kat swimming pool Impian Morib memang cantik dan bersih.Sangat cool aku rasakan.Lagipun kat sini tak ramai orang sangat.Kebanyakan yang menginap kat Impian Morib Hotel ni ada aktiviti sendiri seperti seminar,Family day - akan gunakan padang di belah belakang.Jadi kolam akan lengang macam kurang penghuni.Hakikatnya tidak begitu.

Untuk maklumat korang,masa aku booking chalet kat sini,hampir kesemua bilik dan chalet penuh.

mandi kolam hotel

kolam impian morib
hotel impian morib pool

Pemandangan taman sekeliling kolam renang sangat mendamaikan jiwa yang serabut.Rasa berbaloi aku menginap kat sini.Dekat dan mudah serta nyaman.

hotel impian garden

Untuk makan malam ada pilihan samada nak makan kat Hotel atau makan kat luar.Makan kat Hotel ala cart  cuma RM25 per head untuk kanak-kanak bawah 12 tahun percuma.Kalau nak makan diluar boleh makan kat sekitar Pantai Morib.Kalau rajin dekat area Kanchong Darat pun banyak pilihan.Perjalanan untuk kesana mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Sarapan pagi percuma untuk 2 orang dewasa,manakala untuk kanak-kanak separuh harga.Restoran Temasya akan dibuka pada pukul 7 pagi.Jadi jangan datang terlalu awal pulak.

Gambar makan malam dengan sarapan pagi aku terlupa nak ambil sebab kesibukan melayan karenah anak-anak.Apa yang penting mereka gembira.Walaupun kadang-kadang kena marah sebab terover kan.

restoran temasya

Rasa perlukan makanan ringan dan minuman ringan kedai Ole-Ole Impian ada jual keperluan tersebut.Jadi tak perlu nak keluar kawasan untuk mendapatkan stok.

kedai souvenior

Untuk pengetahuan korang jugak,lebih kurang beberapa minit perjalanan dari Impian Morib Hotel ni terletaknya Gold Coast Morib.Seperti kebiasaan Gold Coast Morib jika waktu puncak memang full book.Jadi kebanyakan yang tak dapat menginap di Gold Coast Morib akan menginap di Impian Morib sebagai Hotel transit.Pagi-pagi selepas sarapan mereka akan pergi mandi di Gold Coast Morib.

Jika tak nak mandi kolam,boleh mandi pantai.Pantai berdekatan adalah Pantai Morib dan Pantai Kelanang.Nak lagi jauh boleh pergi Pantai Bagan lalang.Tiga pantai dalam satu perjalanan.

Okeylah untuk next trip aku masih belum plan nak kemana lagi.Tungguuuuu........


Senarai syarikat penerbangan patuh syariah.

$
0
0
Syarikat Penerbangan
patuh syariah

Senarai syarikat penerbangan patuh syariah didunia.Kalau tak silap aku kat dunia ni cuma ada tiga syarikat penerbangan yang patuh syariah.Dan aku harapkan satu hari nanti agar syarikat Malaysia Airlines berhad atau dulu dikenali dengan nama Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Antara syarikat penerbangan yang sudah mematuhi konsep Penerbangan patuh syariah didunia adalah Royal Brunei Airlines (RBA),Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.


royal brunei airlines
saudi arabian airlines
iran air

Dan kita akan ada sebuah lagi syarikat penerbangan dari Malaysia yang sudah memiliki terma dan syarat penerbangan patuh syariah iaitu Rayani Air.Rayani Air merupakan syarikat penerbangan  patuh syariah yang pertama di Malaysia.

Makanan dan minuman yang dihidangkan semasa penerbangan adalah halal dan tiada sebarang alkohol dibenarkan.Sebelum pesawat berlepas akan ada bacaan doa memohon keselamatan semasa penerbangan.

Semua anak kapal diwajibkan menutup aurat.Tiada yang berkecuali.Jadi jom kita sama-sama menyokong Rayani air.

rayani air

Untuk pengetahuan korang,Rayani Air telah menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendalian Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putra Jaya.Penerbangan pertama Rayani Air adalah pada hari ini 20 Disember 2015 dari KLIA2 ke Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi.

rayani air crew cabin
Crew Bersiap sedia untuk penerbangan sulung Rayani Air
Rayani Air akan berpengkalan di Langkawi dan akan membuat penerbangan ke lima Lokasi iaitu Langkawi,KLIA2,Kota Bharu,Kuching dan Kota Kinabalu dan akan membuat tambahan lokasi dari semasa ke semasa.Mungkin ramai yang berpendapat bahawa Rayani Air adalah senuah syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia dan Fire Fly.

Tapi hakikatnya Rayani Air tidak begitu.Ia adalah sebuah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (full service) sama macam MAB (MAS).

Walau apa pun kita harus berbangga kerana dah ada sebuah syarikat penerbangan yang patuh syariah di Malaysia.Pilihan ditangan kita.Tepuk dada tanya iman.

Setakat ini Rayani Air menggunakan dua buah pesawat Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited yang mempunyai 16 seat Business class dan 128 seat economy class.Rayani Air juga mempunyai lebih kurang 355 kakitangan termasuk 8 juruterbang dan 50 kru kabin.

Menurut Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari ia bercadang untuk membuat penerbangan ke Timur tengah dan juga untuk Haji dan Umrah pada masa depan.

Aku harap ia akan menjadi contoh kepada syarikat penerbangan yang lain untuk mengikut jejak langkah Rayani Air suatu hari nanti.

Percutian paling hangat 2015.

$
0
0
pantai tanjung bidara

Pergi bercuti tanpa perancangan awal memang agak huru hara sikit.Mana taknya dalam berborak-borak dengan family diorang kata jom pegi Melaka.Dan aku pulak tu yang kena cari tempat.Dalam kepala aku tempat paling mudah adalah Villa A Famosa.

So,seperti kebiasaan aku akan google dulu sebelum buat reservation.Rancang nak pegi hari sabtu ahad,Nampaknya takda rezeki sebab semua minggu dah penuh.Musim cuti sekolah semua full.Yang ada weekdays sahaja.Setelah berbincang kami pilih hari khamis dan Jumaat memandang Jumaat Selangor cuti (Hari keputeraan Sultan Selangor)

Aku pilih Villa 4 bilik (villa Ana) Boleh muat 4 atau 5 keluarga.Jadi memang sesuai untuk family aku.Kadar bayaran RM700 per/night.

pantai menarik

Anak-anak semua tak sabar nak pegi,Jadi aku kena gerak awal untuk mengelak soalan-soalan panas dari anak-anak.Bila dah gerak awal sampai pun awal kan.Singgah dulu pantai Tanjung Bidara.Jarak perjalanan dari Villa Famosa ke Pantai Tanjung Bidara lebih kurang 45 minit.

makan tepi pantai

Lepas makan tengahari dan lepak-lepak kat pantai kami pun gerak ke A Famosa Melaka.Check In pukul 3 petang.Dalam 2.30 petang dah boleh masuk la tu.

afamosa

villa famosa melaka

Kami sampai ke villa famosa lebih kurang pukul 2.30 petang terus check in.Kalau sebelum ni aku menginap di villa honeymoon suite ,Tapi kali ni aku menginap di Villa D'Faro atau Villa Ana - Special untuk Muslim sahaja.Ada 4 bilik.Dilengkapi dengan set karaoke,dapur memasak,tempat untuk barbeque(perlu bawa arang sendiri) dan kolam renang berpagar.

Villa Famosa terletak kat dalam A Famosa Resort.Percutian kali ni memang paling sempoi dan jimat belanja.Makanan semua kami bawa sendiri.Dari makan tengahari sehingga sarapan pagi semua masak sendiri.Jimat tak?Maklumlah poket tak berapa nak tebal.Ini baru dinamakan percutian bajet.Dari hari khamis sehingga Jumaat semua aktiviti hanya didalam villa sahaja.

mandi kolam afamosa

Sampai jer terus terjun kolam.Anak-anak dengan bapak-bapaknya sekali masuk.Kolam kat sebelah villa jer.Memang aku pilih yang berpagar.Villa yang lain kebanyakannya tiada pagar.Jadi agak open la kalau nak mandi kolam.Nak mandi kat A Famosa Water world memang takda niat pun.Kos untuk mandi kat A Famosa Water World pun lebih kurang RM40 P/head..Agak kasar juga belanjanya.Baik mandi kat kolam jer.

a famosa water park

Siang malam berkubang.Memang non stop budak-budak ni mandi.Biarkan bagi diorang puas.Mandi sampai kembang.

bbq night
bbq
ayam bbq

Sambil anak-anak berkubang kami buat BBQ,Ini la menu kami malam ni.Yang lain-lain ada kat dalam.Tak sempat nak snap dah clear.haha.Abang Joe dengan Ayu bertungkus lumus bakar apa yang ada.Yang lain tinggap makan je..memang sedap kan.cayalah.

layan karaoke

Habis berkubang,lepas makan layan karaoke pulak.Walaupun sebenarnya cd karaoke lupa nak bawak.Nasib baik ada cd kat kereta.Jadi layanlah apa yang ada.

Malam ni masing-masing tidur lewat.Tapi bila dah tidur memang semua lena diulik intan.Pagi jumaat sebelum check out pukul 12 bagi anak-anak mandi kolam lagi.mandi sampai puas.

MY FAMILY

Lepas check out kami tak lepaskan peluang singgah ke pusat membeli belah baru FreePort A Famosa Outlet.Difahamkan ada lebih kurang 122 outlet.Menawarkan harga yang menarik.Untuk yang rasa nak pegi Johor Premium Outlet tu jauh,boleh singgah ke Freeport A famosa Outlet.

freeport afamosa outlet
jualan murah freeport

Tempat ni baru je buka,kira masih fresh lagi dan mungkin tak ramai lagi yang tahu.Memang agak seronok window shopping kat sini.Nak shopping belum masanya lagi.Cuci mata dulu.Bak kata orang tu khusya line dulu.Lokasi Freeport A famosa Outlet ni betul-betul bersebelahan dengan A Famosa Resort Melaka.

freeport afamosa melaka

Pemandangan yang menarik di Freeport Afamosa Outlet.Ada kipas besar macam kat Belanda.Cuma yang takda bunga keliling kincir air je.Kalau ada memang dah sebijik macam kat luar negara.Kepada kaki shopping tu boleh singgah ke sini.Masukkan dalam listing tempat shopping di Melaka.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Shopping pakaian sekolah murah di Mydin.

$
0
0
baju mydinbeli kain

Cuti sekolah dah tinggal dua minggu je lagi.Anak-anak dah mula merengek minta baju sekolah baru.Selagi tak dapat pergi shopping baju sekolah selagi itulah semuanya serba tidak kena.Kalau boleh bagi anak-anak ni semuanya nak yang baru bila buka sekolah nanti.Tapi kan keperluan yang lepas ada yang masih elok,jadi aku sarankan beli hanya yang perlu sahaja.

Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagi kebanyakan ibubapa semuanya akibat dan kesan daripada kenaikan harga barang yang melampau.Ada yang kata sebab GST dan Kadar matawang yang menyusut menyebabkan barang import semua naik harga.Dahlah naik harga kena GST pulak tu.

Kehidupan tetap perlu diteruskan tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.Keperluan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibubapa.Pengorbanan harus dilakukan.Yang penting anak-anak bahagia.


shopping di mydinposter mydin

Ada yang kata kalau nak shopping pakaian sekolah murah pergi shopping kat Mydin.Jadi aku pun trylah ke sini tahun ini.Mydin dengan Moto "Kembali BERGAYA Ke Sekolah'' menawarkan pelbagai jenis tawaran harga yang mampu beli.

beli baju sekolahiman punya bajucuba saizcuba saiz baju

Harga memang berbaloi,disamping kualiti pun best.Dari yang berjenama terkenal sehingga kepada yang jenama biasa,semua ada.Pilihan ditangan sendiri.Kalau aku akan pilih yang paling murah dan kualiti yang ok.Ok ke tu...Bukan kedekut tapi berjimat cermat.Apa yang penting bagi anak-anak aku diorang ada pakaian sekolah baru.Jadi sapa yang belum beli baju sekolah untuk anak-anak boleh pergi beli baju sekolah murah di Mydin.

Kebiasanya aku akan beli baju sekolah di Pekan Banting.Tapi tahun ini nak tukar selera.Nak tukar angin sikit.Untuk yang berdekatan dengan pekan banting korang boleh beli baju sekolah murah  di kedai Ban Li.Diskaun banyak juga.Memang jimat.Apapun selamat shopping baju sekolah kepada semua ibubapa diluar sana.

Tinggal nak bayar yuran dan buku sekolah je lagi.Alhamdulillah .



Nasi lemak sotong Warisan Pak Musa,Banting.

$
0
0

nasi lemak sotong

Buat pertama kalinya aku bersarapan pagi di gerai Nasi lemak sotong Warisan Pak Musa atas cadangan member.Nasi lemak paling popular di Banting.Walaupun sudah berulang kali ke kawasan tersebut atas beberapa urusan aku tak sedar akan kewujudan gerai ni....kesian kan.Gerai nasi lemak sotong Warisan Pak Musa sebenarnya dah lama wujud lebih kurang 40 tahun lamanya.
Lama juga kan.sebelum aku dilahirkan lagi Pak Musa dah mula berniaga nasi lemak sotong ni.Rasanya memang sedap.Dan harganya pun berbaloi sekitar RM10 untuk makan dua orang termasuk air.Korang tengok sotongnya.Besarkan.Memang puas kalau makan.Telur mata pun ado kalau nak.

nasi lemak hot

Nasi lemak sotong Warisan Pak Musa atau lebih dikenali dengan nama Nasi lemak tarzan dibuka setiap hari sehingga 12 tengahari.Kalau datang lepas pukul 12 telan air liur je la.Aku kurang pasti kenapa nama popularnya nasi lemak tarzan.Mungkin atas sebab ada gambar TARZAN kot kat dinding gerai.

Jadi kalau korang teringin nak makan nasi lemak sotong Warisan Pak Musa boleh la datang ke pekan Banting.Lokasi di Medan Selera Seri Pekan,belakang stesen bas Banting.Nanti di akhir entry aku bagi alamat dan gps koordinat.

nasi lemak tarzan

Kalau tak jumpa boleh tanya kat orang-orang sekitar.Mana lokasi nasi lemak Tarzan.Mesti diorang tau punya.Jangan risau.Kalau tak tau maknanya orang luar la tu.

nasi lemak pak musa

Sambil meeting pekena nasi lemak sotong  Warisan pak musa.Nasi lemak paling popular dan paling sedap di Banting.Rugi kalau dah sampai ke Banting tapi tak singgah dan merasai sendiri nasi lemak sotong Pak Musa.Biasanya tempat ni penuh.Tapi jangan risau.Tunggu je sekejap,mesti akan ada yang bangun.

Rata-rata yang datang makan disitu adalah orang dari luar.Ada yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata nak merasai sendiri kesedapan nasi lemak sotong Warisan Pak Musa.

Dan tak rugi pun menunggu dan makan kat situ.Keistimewaan Gerai nasi lemak sotong Warisan Pak Musa adalah sebab sudah bertahan lebih 40 tahun dan dapat mengekalkan resepi sambalnya yang tersendiri.Resepi turun temurun.

warong nasi lemak banting

Okey jika korang nak singgah sarapan di gerai Nasi Lemak Sotong Pak Musa boleh ikut direction ni.Harap ia dapat membantu korang.

Warung Pak Musa
Jalan Suasa 1,
Banting,Selangor.
dibuka setiap hari untuk sarapan.
GPS 2.810262, 101.502266


Harga Kad Top up kembali pada caj asal.

$
0
0
top up tiada gst lagi

Sejauh mana kebenarannya aku pun kurang pasti yang harga kad top up kembali pada caj asal bermula pada 1 Januari 2016.Sebelum ini GST 6% dikenakan kepada semua pengguna kad prabayar telco.Sebab dah berulangkali dibentangkan tapi hasilnya masih sama.Tetap ada GST untuk setiap belian kad top up.

Walaubagaimanapun info yang aku terima tadi ia sudah pun bermula minggu lepas lagi.Sebagai bukti aku sertakan resit belian telco U-mobile di seven eleven pada 21/12/2015 yang lepas - sumber aku dapat dari facebook.


Jangan terperanjat dan melatah pula sekiranya  top up rm10 korang akan terima  RM9.46 sahaja,seperti contoh diatas.Ini kerana baki RM0.54 sen  akan dikembalikan dalam tempoh kurang 24jam.

Jadi tak perlu nak melatah sangat nanti kalau baki top up kurang tau.Tenang-tenang saja.Inshaa Allah akan dapat semula dalam masa 24 jam.Kalau masih tak dapat sila berhubung dengan pihak yang terbabit.Sama ada syarikat Telco korang ataupun boleh tanya kat kedai yang korang beli top up tersebut.

top up online
Tapi tadi aku check belian online banking.Masih ada GST disitu.Belum bermula lagi nampaknya.Mungkin belum semua premis dan outlet yang melaksanakan perkara ini.

Kadar Gst untuk harga kad top up dimansuhkan berikutan pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2016 yang lepas.Aku berharap agar GST dimansuhkan sepenuhnya untuk semua barangan nanti.Rakyat sudah cukup terbeban dengan GST sebenarnya.

SKMM menyatakan bahawa rebat GST  hanya diberikan kepada pengguna prabayar sahaja.Pengguna pascabayar tidak terlibat.Dan wajib dikenakan GST 6% seperti perkhidmatan yang lain.

Perkara ini hanya akan berlangsung selama setahun sahaja.Ia akan berakhir pada 31 disember 2016.Dan selepas itu bergantung kepada keputusan kerajaan pada belanjawan 2017 yang akan datang.

Cara menggunakan whatsapp web.

$
0
0
whatsapp web

Dah lebih sebulan aku guna service ni.Memang segalanya menjadi mudah.Sambil online di PC atau Lappy danh tak perlu nak pegang hp untuk tengok whatsapp yang masuk.Semuanya aku sambungkan ke PC dengan menggunakan Whatsapp web.

Rugi sapa yang tak tau guna whatsapp web ni.Memang rasa sangat cool dan mudah.Bayangkan semuanya menjadi satu.Aku percaya ramai dikalangan kita yang dah mula guna whatsapp web.Dan aku juga percaya ada segelintir rakan-rakan kita yang masih belum tahu apa itu whatsapp web.

Cara ini boleh digunakan oleh semua orang yang ada akaun whatsapp dan ada smartphone.Mudah bukan.Agak mustahil jika ada yang masih tidak mengerti apa itu whatsapp.

whatsapp web qr

Aku saja nak share bagaimana cara menggunakan whatsapp web di PC tau pada Lappy.Korang perlu taip https://web.whatsapp.com/  atau terus klik link tersebut.Dan akan terpapar web seperti di atas.Kod QR sedia untuk imbasan smartphone korang.

scan code

Kemudian dapatkan smartphone korang yang canggih tu masuk ke whatsapp dan pergi ke bahagian menu dan klik whatsapp web.Terus dekatkan kamera smartphone kepada PC korang.Lakukan imbasan pada kod QR di dalam PC korang tu.Kalau faham dan jadi akan terpapar gamabarajah seperti dibawah ini.


Sekarang korang dah boleh mula berchatting bersama rakan-rakan di whatsapp web.Aku sarankan untuk menggunakan whatsapp web guna WIFI sahaja untuk sambungan yang lancar dan memuaskan hati.Kalau guna DATA takut sering terputus hubungan.Dan mungkin akan memakan DATA korang dengan rakusnya.

Perhatian,Whatsapp Web bukanlah sebuah akaun whatsapp yang lain.Ia menggunakan akaun whatsapp yang sama ketika korang menggunakannya di PC atau Lappy.Dua-dua boleh digunakan pada masa yang sama.

Kelebihan menggunakan whatsapp Web nak tau apa dia?Kelebihan dia cari sendiri.....Yang aku tau mudah nak taip dan masukkan gambar dari PC .

2015 Best Nine : Your best nine Instagram pics from 2015

$
0
0
best nine 2015

Best Nine 2015 mengumpulkan 9 gambar paling terbaik di Instagram sepanjang tahun 2015.Disebabkan aku tak berapa aktif di Instagram,hampir kesemua gambar terbaik merupakan adalah gambar masa join contest jus pran di bulan Ramadhan yang lepas.


Likers pun cuma 1,159 daripada 36 posting.Nampaknya tahun 2016 perlu lebih banyak post gambar kat instagram kalau nak lebih banyak Likers 2016 nanti.

Macamana nak buat best nine?Senang je.Masuk ke http://2015bestnine.com kemudian masukkan ID instagram korang dan tekan GET dan tunggu.Nanti akan keluar 9 gambar terbaik di instagram korang.

Selamat Mencuba.

Destinasi Percutian Tempatan Paling Trending 2015

$
0
0
trending
Berakhir sudah tahun 2015.Jom kita tengok destinasi percutian tempatan paling trending 2015.Disini aku senaraikan 10 destinasi percutian tempatan paling trending 2015 hasil carian di google trend.

Tak sangka Gold Coast Morib ada dalam senarai.Popular juga tempat tu.Aku sendiri pun tak pernah sampai walaupun dah banyak kali ke Morib.Nampaknya tahun 2016 aku kena teroka juga Gold Coast Morib.

Okey mari kita lihat 10 Destinasi Percutian Tempatan Paling Trending 2015.
  1. Pulau Langkawi - Kedah
  2. Pulau Perhentian - Kuala Besut,Terengganu.
  3. Port Dickson - Negeri Sembilan
  4. Cameron Highlands - Pahang
  5. Pulau Rawa - Johor
  6. Genting Highlands - Pahang
  7. Gold Coast Morib - Banting,Selangor.
  8. Pulau Pangkor - Perak
  9. Pulau Redang - Terengganu.
  10. Bukit Tinggi - Pahang
Pulau langkawi merupakan carian paling tinggi dan telah menjadi lokasi percutian paling popular tahun 2015.Mesti ramai rakan-rakan kita yang pergi ke Langkawi tahun 2015 ni.

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari saja lagi.Mungkin masih ada yang belum pergi bercuti lagi.Harap lokasi-lokasi percutian diatas dapat menimbulkan inspirasi untuk mereka pergi bercuti walaupun disaat akhir.

Terus terang aku katakan dalam senarai 10 Destinasi Percutian Tempatan Paling Trending di atas hanya Pulau Langkawi,Port Dickson,Genting Highlands dan Pulau Pangkor saja yang aku pernah pergi.Yang lain masih belum berkesempatan lagi.

Inshaa Allah 2016 nanti ,mana tau ada rezeki lebih.Boleh penuhkan kalender dan penuhkan senarai lokasi pelancongan dalam negara dalam diari peribadi aku.


Nasi Lemak Haji Mad Kampung Jawa - Klang.

$
0
0
Nasi lemak memang dah sangat sinonim dengan orang kita.Kalau dulu nasi lemak hanya di makan ketika sarapan pagi sahaja.Namun kini nasi lemak dah boleh di makan tak kira waktu.Nak buat makan tengahari,minum petang ataupun makan malam semua boleh.Sebab apa?Sebab dulu nak cari peniaga nasi lemak memang susah.Sekarang dah ramai yang menjual nasi lemak.Siap buka Restoran pun ada.

Sebagai contoh Nasi Lemak Haji Mad Kampung Jawa.Popular dengan Nasi lemak sambal banjir.Mengikut kata pelanggan yang pernah mengunjungi kedai Nasi lemak Haji Mad rata-rata akan mengatakan nasi lemak haji mad memang sedap.Dan ada juga yang selepas merasai buat pertama kali akan terus menjadi pelanggan tetap nasi lemak haji mad.

nasi lemak haji mad terbaik

Mana nak cari nasi lemak sedap di Klang?Korang boleh cari Nasi lemak Haji Mad di Kampung Jawa,Klang.Terletak di Lorong Raja Jumaat Off Jalan Raja Jumaat kampung Jawa,Klang.Bukan setakat nasi lemak sambal banjir yang ada.Nasi lemak sotong dan nasi lemak ayam berempah juga terdapat disana.Yang pastinya bakal meninggalkan kesan yang best pada lidah setiap pelanggan yang menikmati rasanya.Harga pun berbaloi sangat ekonomi.

nasi lemak sotong

Nasi lemak sotong

nasi lemak ayam berempah
Nasi lemak ayam berempah

Jadi apa lagi jom kita makan nasi lemak sedap di Nasi lemak Haji Mad.Datang Klang jangan lupa singgah ke sini.Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 7.30 pagi sehingga 4 petang.Rasai sendiri kesedapannya.

Nasi Lemak Haji Mad sedap
Pelanggan sedang beratur membeli nasi lemak haji mad,Beginilah keadaannya pada setiap hari.

Selain nasi lemak,Restoran Nasi Lemak Haji Mad ini juga ada menyediakan menu lain seperti asam pedas claypot yang sangat sedap.Mula dihidangkan pada pukul 11 pagi hingga 4 petang.

asam pedas bawalasam pedas tenggiri
                                             
Sangat menyelerakan betul kan asam pedas claypot ikan bawal dan asam pedas claypot ikan tenggiri ni kan.Selain dari asam pedas bawal dan tenggiri.
Ada juga asam pedas claypot Pari,Jenahak,Keli,Kembong dan Ikan Parang.Rasanya pasti tidak mengecewakan anda.

Pada waktu malam secara automatiknya Restoran ini akan berubah menjadi Restoran Steamboat.Yang dikenali dengan nama Al-Fateh Steamboat & Grill kampung Jawa. 

Pada aku tuan punya restoran ini sangat rajin kerana menggunakan sepenuhnya tempat tersebut untuk perniagaan.Aku difahamkan perniagaan ini adalah perniagaan keluarga.Diwarisi dari ayah sehingga ke anak.Good job Nasi lemak Haji Mad danAl-Fateh steamboat & Grill.Semoga terus maju jaya

Rahsia Rezeki Melimpah Ruah.

$
0
0
pintu rezeki

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan.Semoga tahun baru 2016 akan memberi sinar baru buat rakan-rakan semua.Bila masuk saja tahun baru mesti masing-masing ada azam baru kan.Tahniah aku ucapkan kepada yang dalam diri mereka ada sebuah impian dan azam baru.
Namun jangan dilupa sebenarnya tahun baru kita umat islam adalah pada awal Muharam bukan pada bulan januari.Tapi tak salah pun jika nak buat azam sekarang.Takda sapa nak marah.Apa yang aku harapkan semoga impian dan matlamat anda untuk mencapai impian dan azam masing-masing akan tercapai.Inginkan Harta Yang Diberkati?

Apa kaitan azam tahun baru dengan Pintu rezeki?Ramai dikalangan kita sebenarnya azam mereka adalah berkaitan dengan rezeki.Betul tak?Contohnya azam nak jadi kaya,azam nak jadi jutawan baru,Azam nak pergi haji,azam nak kahwin.Itu semua adalah berkaitan dengan rezeki.

Ingin aku tekankan disini dalam mencari rezeki ada perkara-perkara yang perlu di ambil kira seperti halal dan haram.Jangan main langgar sahaja.Nanti buruk akibatnya.Dalam mencari rezeki biarlah dari sumber yang halal dan berkat.

Anda nak tau rahsia rezeki melimpah ruah?Ada ke yang tak mau rahsia ni.Mesti semua nak kan.Selain dari melakukan solat sunat Dhuha ada lagi rahsia menjemput Rezeki yang perlu anda lakukan.

Niatkan semua kerana ALLAH.Jika anda berminat nak tahu bagaimana Rahsia rezeki melimpah ruah.Dapatkan Ebook ini segera. Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! 

Didalam ebook ini nanti anda akan di terangkan enam sebab kenapa rezeki anda menjadi sempit.Juga akan diberikan lima belas amalan yang boleh anda lakukan untuk menambahkan rezeki.Dan yang paling menarik anda juga akan diberikan lima petua untuk mendatangkan rezeki yang melimpah ruah di dalam kehidupan anda.

rahsia rezeki


Memang sangat berbaloi untuk anda dapatkan ebook Rahsia rezeki ini.Kerana anda juga akan didedahkan dengan 
  • Ayat serta surah di dalam al-quran yang boleh anda amalkan untuk membuka pintu rezeki
  • waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa memohon keberkatan rezeki yang melimpah ruah
  • petua serta peraturan berniaga dalam islam yang kini ramai orang kurang ambil peduli
  • keajaiban bersedekah
  • kehebatan ayat 1000 dinar
  • rahsia bangun awal pagi
  • rahsia rezeki di dalam menunaikan haji dan umrah serta banyak lagi tips serta panduan yang menarik untuk anda amalkan.
Rahsia rezeki dalam islam sebenarnya mempunyai skop yang luas yang perlu kita pelajari.Bukan boleh main sembrono.Ada teknik dan cara yang telah ALLAH berikan pada kita untuk mendapatkannya.

Harganya sangat berpatutan dan sangat mampu milik.Mesti beli satu atau boleh dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan.Halalkah Rezeki Anda?

Walau apapun aku harapkan dan doakan semoga anda berjaya didunia dan akhirat.

Sekian.

Selamat menyambut tahun 2016 dengan penuh semangat yang membara.

JAMIAN BIN SARIF 
          (abg jay)

Isu Bauksit di Kuantan,Pahang - Apa Kesudahannya?

$
0
0
bauksit pahang

Sejak kebelakangan ni kita banyak mendengar tentang masalah pencemaran debu merah di Kuantan,Pahang.Ia terhasil akibat dari perlombongan bijih yang sangat berharga iaitu bauksit.Oleh kerana terlalu rakus sehingga ada pihak yang terlupa tentang kesannya terhadap alam sekitar dan manusia itu sendiri.


Persoalannya sekarang,dimana pihak yang berwajib?Takkan tak nampak....atau  cuma berdiam diri je.Disebabkan terlampau asyik memikirkan keuntungan sehingga terlupa ada sedang menderita.Aku turut bersimpati dengan apa yang berlaku.Sekali pandang dah macam berada dekat planet Marikh je aku tengok.Semua jadi merah.

Korang tengok lah sampai kereta pun dah jadi merah akibat debu bauksit.Nak basuh memang tak payahlah...buat rugi je.


Siapa orang pertama jumpa bauksit?

Jom ambil tahu sikit sejarah bauksit.Kenapa mereka terlalu mahukan bijih ini.Mengikut sumber wikipedia ia mula dijumpai pada tahun 1821 oleh Pierre Berthier seorang ahli geologi.Nama ''Bauksit'' di ambil sempena dengan nama sebuah kampung di Selatan Perancis Les Baux.Tempat dimana bauksit mula dijumpai.


Kemudian pada tahun 1861 seorang ahli kimia Henri Sainte-Claire Deville yang berasal dari Perancis menamakan ia sebagai bijih Bauksit.Bijih bauksit kaya dengan sumber semulajadi aluminium hidroksida,Ferum Oksida,Titanium oksida dan silika reaktif.

Apa kegunaan BAUKSIT?

Untuk pengetahuan korang bauksit digunakan untuk industri penghasilan seramik dan juga dalam industri pembuatan jentera mesin.Dan yang paling penting bijih bauksit juga digunakan untuk menghasilkan badan kapal terbang,bumbung dan atap serta dalam industri pembungkusan makanan  dalam tin.

Banyak kegunaan bijih bauksit ni,Memang hampir 30% industri menggunakan aluminium yang terhasil dari perlombongan bijih bauksit.

Kesan buruk Bauksit?

Apa kesan buruk hasil dari perlombongan bijih Bauksit yang kita perlu tahu?Seperti yang kita lihat sekarang di Kuantan Pahang,Kesan buruk kepada alam sekitar kerana tiada pemantauan dan tindakan dari pihak berwajib.

Setakat ini belum ada sumber yang jelas lagi tentang kesan buruk akibat perlombongan bauksit yang tidak terkawal.Selain dari menyebabkan pencemaran alam sekitar sahaja.

Jika tidak dihentikan perlombongan bauksit tersebut mungkin ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada alam dan manusia.Hidupan di sungai dan laut akan terjejas,begitu juga dengan kehidupan manusia di kawasan sekitarnya.

perlombongan bauksit

Hentikan perlombongan bijih bauksit dengan segera.Sebelum terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk lagi.Kasihanilah mereka ,penduduk setempat.Sebelum menjadi lautan merah dan menjadikan kemusnahan kepada semua hidupan.




Pendapatan Google Adsense pertama.

$
0
0
Pendapatan Google Adsense

Setelah menunggu beberapa tahun akhir tercapai juga hajat aku untuk mencapai pendapatan google adsense aku yang pertama sebanyak USD102.05 hari ini.Kalau ditukar ke ringgit malaysia dah boleh dapat RM400 lebih tu sekarang.Alhamdulillah lepas buat belanja anak-anak makan aiskrim kan.

Untuk membuat pengeluaran atau mencair wang pendapatan google adsense paling minima perlu ada USD100.Jika kurang perlu tunggu dulu.Sekarang aku tengah tunggu proses yang kedua iaitu membuat pengeluaran pula.Untuk proses pengeluaran google adsense ada 3 cara.Boleh guna cek,wire transfer (transfer ke akaun bank tempatan) dan western union.
adsense

Aku cuba guna wire transfer harap-harap berhasil.Google Adsense akan membuat pembayaran pada 23 haribulan setiap bulan.Proses akan dilakukan pada 21 haribulan.So,aku perlu tunggu 23 haribulan untuk tahu samaada berhasil atau tidak.Nanti aku akan update ulasan lanjut di blog ni.

Sebagai seorang blogger picisan macam aku ni USD100 tu dah cukup besar sangat tu,kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger hebat diluar sana yang telah mencapai pendapatan adsense ribuan USD secara bulanan.Memang tak tersaing la aku.hu hu...asyik terhu hu je la.Banyak perkara perlu di korbankan untuk berjaya macam blogger-blogger hebat seperti Ahmad Faizal (En.Titan dan yang lain-lain)

Tapi jika ada yang berminat nak tahu macamana nak hasilkan pendapat google adsense korang boleh cuba sendiri.Aku nak bagi ilmu pun,ilmu tak berapa nak cukup.Jadi sekiranya berminat korang boleh dapatkan ebook Rahsia menjana wang tanpa modal dengan Goole Adsense.



Okey jangan lupa dapatkan ebook ni tau.Banyak manfaat dan ilmu yang boleh korang perolehi dengannya.Sehingga berjumpa lagi.

Sekian.



Sumbangan Pendidikan (Fisabilillah) - Lembaga Zakat Selangor

$
0
0
sumbangan pendidikan zakat

Mungkin ada yang terlepas pandang atau tak tahu pun tentang Sumbangan Pendidikan (Fisabilillah) ini.Disini aku kongsikan sedikit info untuk rujukan korang .Moga bermanfaat untuk semua.Sumbangan ini boleh di pohon di Lembaga Zakat Selangor.

Siapa yang boleh memohon?


  • Ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak di tadika,Sekolah Kebangsaan,Sekolah Rendah Agama,Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama.
  • Pelajar IPT di dalam dan luar negara.(Sijil,Diploma,Ijazah Sarjana Muda,Master dan PHD)

Apakah syarat utama permohonan?
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia / Pemautautin tetap (PR).
  • Lahir dan menetap di Negeri Selangor / Bermastautin di Negeri Selangor tidak kurang (3)tahun dan masih menetap di Negeri Selangor sehingga kini.
Syarat Tambahan
  • Pendapatan Kasar isi rumah: 
  1. Sekolah (Tadika,SK,SRA,SMK dan SMA) : < RM4,000
  2. IPT dalam negara : < RM6,000
  3. IPT luar negara : < RM20,000
  • Bagi permohonan peringkat sekolah perlu mengisi borang pengesahan sekolah,Borang boleh di download di www.e-zakat.com.my/borang
  • Bagi permohonan peringkat sijil-ijazah boleh memohon samaada menerima tajaan ataupun tidak.Jumlah sumbangan adalah berbeza.
  • Bagi peringkat Master dan PHD,hanya mereka yang tidak mempunyai tajaan sahaja layak memohon.
Bagaimana hendak memohon?
  • Muat turun borang di www.e-zakat.com.my/borang,lengkapkan dan hantar ke cawangan LZS yang berhampiran.
  • Anda juga boleh mendapatkan borang tersebut di semua cawangan Lembaga Zakat Selangor.
Bila tarikh tutup permohonan?

Permohonan sumbangan pendidikan Lembaga Zakat Selangor dibuka 2 kali setahun :
  • Januari - Mac (Sekolah dan IPT)
  • Julai - September (IPT sahaja)
Bagi pelajar IPT dalam negara (tahun pertama) dan luar negara.Permohonan sumbangan pendidikan dibuka SEPANJANG TAHUN.

Info terkini yang baru aku terima,Kepada ibubapa yang mendaftar anak ke sekolah pada tahun ini seramai 3 orang,layak menerima Sumbangan Pendidikan - Fisabilillah sebanyak RM400.Jumlah pendapatan tidak diambil kira sekiranya anak yang kesekolah seramai 3 orang.

Tunggu apa lagi,Mohon sampaikan kepada mereka yang lain.Sekurang-kurangnya dapat meringan beban di kala ekonomi sekarang yang tak berapa stabil ni.

Nota penting : Permohonan sumbangan pendidikan ini hanya boleh dipohon sekali sahaja dalam setahun.

King Rana Coffee @ Giant Cup

$
0
0
king Rana coffee

Sejak kebelakangan ni cuaca memang agak panas dari biasa.Aku dapat rasakan ia mula berlaku pada hujung disember.Duk dalam rumah macam dalam oven rasanya.Panas membara.

Sekali tengok info dari wassap yang member aku share berikutan cuaca panas sehingga Mac 2016 baru aku tahu bukan aku sorang yang rasa keadaan panas ni.


Berikutan cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dan sudah mula dan akan dirasai oleh semua kawasan di Semenanjung.Info tersebut juga ada menyatakan yang di bahagian Sabah juga turut mengalami situasi yang sama.Begitu juga dibahagian Limbang dan Miri di Sarawak.

Ia terjadi disebabkan fenomena El nino yang boleh menyebabkan negara akan kekurangan hujan sehingga 20% - 60%......suhu akan meningkat sekitar 0.5 celcius hingga 2 celsius.

Kena pasang aircond 24 jam la macamni..memang masak la bill elektrik bulan ni sehingga fenomena el nino ni selesai..Tekak pun asyik haus jer.Semalam masa nak keluar jumpa client di Banting  tiba-tiba tekak kering.Kebetulan dah dekat dengan King Rana Coffee Batu 8 Sijangkang.Apa lagi singgah la beli 1.

king jagung

Macam-macam perisa ada,aku pilih perisa King Jagung RM5 kalau nak tambah jagung kena top up RM1.Memang puas minum.Mana tak nya dalam ''giant cup''.Kembung perut dibuatnya.Sapa bisnes air sekarang ni memang tengah meraih untung besar beb...silap-silap sales boleh cecah 4 kali ganda dari biasa.Boleh mengalahkan bisnes aiskrim yang boleh untung besar beb.

Rata-rata sepanjang laluan aku semalam semua yang niaga berasaskan air semua ramai orang yang datang.Customer silih berganti.Sebenarnya aku bukan tersinggah kat king rana coffee ni..aku dah plan dari awal lagi.Sebab  sehari sebelum kejadian aku lalu penuh dengan umat.

Beratur panjang.Kebetulan masa aku nak beli semalam belum ramai lagi.Jadi memang tak buang masa la....Kalau yang dah beli King Rana coffee tu rasa lapar.Kat sebelah gerai ada jual nasi Kukus ayam berempah cik Ros. Cawangan Nasi Kukus Cik Ros ada tiga,di Jalan Kebun,Sijangkang dan Sungai Lang,Banting.

Memang rezeki diaorang kan...King Rana Coffee dan Nasi Kukus Cik Ros antara yang popular di kawasan kuala langat dan klang-banting.Sekarang ni kena pandai ambil peluang.Bisnes aiskrim pun ok.Boleh meraih keuntungan yang lumayan jika diusahakan dengan sungguh-sungguh.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam 2016

$
0
0
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Tarikh PembayaraN Gaji Bulanan Penjawat Awam 2016.Sekadar berkongsi keseronokan dengan jadual gaji penjawat awam ni.Walaupun aku bukan ada gaji yang tetap.Rata-rata gaji orang-orang kerajaan ni hari khamis.Sapa yang ada kawan-kawan kerja gomen boleh le sekodeng diorang ni.Haha...


Bulan
Tarikh & Hari
Cuti
Januari
21.01.2016 (Khamis)

Februari
25.02.2016 (Khamis)
Tahun Baru China
08 & 09.02.2016
Mac
24.03.2016 (Khamis)

April
25.04.2016 (Isnin)

Mei
24.05.2016 (Selasa)
Pesta Keamatan
30 & 31.05.2016
Jun
23.06.2016 (Khamis)
Hari Gawai
01 & 02.06.2016
Julai
25.07.2016 (Isnin)
Hari Raya Puasa
06 & 07.07.2016
Ogos
25.08.2016 (Khamis)

September
22.09.2016 (Khamis)
Hari Raya Haji
12.09.2016
Oktober
20.10.2016 (Khamis)
Hari Deepavali
29.10.2016
November
24.11.2016 (Khamis)

Disember
20.12.2016 (Selasa)
Hari Krismas
25.12.2016

Bagi Peluang Orang lain!! Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2016.

$
0
0
 Maharaja Lawak Mega 2016.

Yang di nanti-nantikan telah tiba.Setelah berehat selama setahun kini Maharaja Lawak Mega muncul kembali menampilkan bakat-bakat pelawak tanahair yang tak kering gusi dibuatnya.


Aku memang tak pernah miss out,Kalau ada program lain yang sama waktu aku akan cuba tukar waktu sehabis mungkin jika boleh.Kiranya Program Maharaja Lawak Mega ni dah sebati dengan diri aku.Cewah...Walaupun aku tak pernah tengok secara live di pentas MLM....Tapi aku sekurang-kurangnya aku tonton secara Live di skrin TV.

Nampaknya MLM 2016 banyak menampilkan muka-muka baru.Mungkin ada yang kurang mengenali mereka dan mungkin populariti mereka masih belum kelihatan.Mana tau dengan kemasukan mereka ke MLM 2016 akan menaikkan nama mereka nanti.

Kelibat sang juara langsung tidak kelihatan.Antara Juara Maharaja Lawak Mega semenjak 2011 hingga 2014 adalah OSBON,JOZAN,SEPAHTU dan ZERO.

Berikut Senarai 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016.
  • Awok (Ain dan Filzah)
  • Bocey (Abam,Fad dan Achey)
  • Bora (Isa,Mamat dan Yan)
  • Bos (Abu,Ajo dan Ezad Lazim)
  • Cham (Along Cham dan Azrul Zaidi)
  • Chilok (Chiwan,Achok dan Kamal)
  • Ejan (Achong,Yuss dan Raja Azrey)
  • Joras (Rahim R2,Joey Daud dan Shuk SYJ)
  • Kavin (Kavin "Jay" Jayaram)
  • LOL (Angah Raja Lawak,Tauke Jambu dan Ajak Shiro)
  • Puteh (Mamak dan Ali)
  • Rayza (Reza Mukmin)
  • Saywho (Bocil dan Vicha)
  • Shake (Mie,Bell Ngasri dan Amir Raja Lawak)
  • Xola (Wala,One dan Chot)
Peserta Favourite aku cuma Bocey nampaknya untuk MLM 2016 ni.Bayang Nabil,Jozan dan Sepahtu langsung tak kelihatan.Mungkin mereka semua sibuk dengan urusan masing-masing.Kali ni ada dua peserta solo iaitu Rayza dan Kavin.Adakah mereka berdua mampu mengatasi lawak Nabil.

Sama-sama kita saksikan nanti bakat mereka di atas pentas Maharaja Lawak Mega 2016 pada setiap jumaat pukul 10 malam bermula 29 Januari 2016.Di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kepada yang berada diluar kawasan boleh tengok  Maharaja Lawak Mega 2016 secara Live streaming.                                                                
                                                                  klik sini
                                                                       

Maharaja Lawak Mega 2016 Live streaming

Viewing all 75 articles
Browse latest View live