Quantcast
Channel: LIFE JOURNEY
Viewing all 75 articles
Browse latest View live

Tips Buat Duit Dengan Instagram

$
0
0
 tips buat duit dengan instagram
Sebenarnya aku dah lama cari Tips buat duit dengan instagram ni,akhirnya bertemu jua.Apa yang biasa kita dengar adalah bagaimana nak buat duit dengan facebook atau email atau yang seangkatan dengannya.Aku rasa masih ramai lagi mereka di luar sana yang masih belum tahu bagaimana cara nak buat duit dengan instagram.Betul ke tak betul?
Pada aku kalau korang dapat  mempelajari ilmu instagram ni,aku pasti korang akan senyum sampai ke telinga.Mana taknya,ilmu instagram ni aku rasa masih baru lagi di Malaysia.
Jadi kepada yang rasa-rasa nak buat duit dengan instagram ambil peluang ini cepat sebelum orang lain ambil dulu.Aku pun dalam proses pembelajaran ni.Rasa tak sabar nak share hasilnya dengan korang semua.
Tapi kalau korang yang dapat hasil dulu jangan lupa kat aku,apa la sangat kalau belanja makan dengan hasil pendapatan instagram tu kan.
 tips buat duit dengan instagram
Aku rasa mesti korang dah tak sabar nak tau tips buat duit dengan instagram ni kan.Korang boleh dapatkan disini Rahsia Dominasi Instagram.Macam-macam maklumat ada di dalam ebook ni.Korang hanya perlu ikut step yang di tunjukkan sahaja.
In shaa ALLAH ,hasilnya pasti ada jika korang bersungguh-sungguh nak belajar.Peruntukkan 1 jam sehari dengan instagram.Cuba ubah citarasa dari facebook ke Instagram pulak.
Semoga berjaya buat korang.Fokus  pada matlamat dan in shaa Allah hasilnya pasti ada.

Selamat Menyambut ulangtahun kelahiran ke Tujuh - Nor Adriana Hanis

$
0
0
Selamat Menyambut ulangtahun kelahiran ke Tujuh - Nor Adriana Hanis
20 Januari 2015 merupakan hari ulangtahun ke Tujuh puteri aku yang ke pertama Nor Adriana Hanis.Atas permintaan Hanis nak sambut dekat KFC Sri Muda sahaja.Dia cuma mintak kek kecil yang di beli di El Mori Kota Kemuning,Shah Alam.

HAPPY BIRTHDAY Kakak Hanis (nama panggilan di rumah) atau lebih mesra dengan panggilan Anis.Tahun ni Anis dah tahun 1 bersekolah di sekolah kebangsaan sijangkang.Sekolah turun temurun,sebab aku dulu pun belajar di situ.

Selamat Menyambut ulangtahun kelahiran ke Tujuh - Nor Adriana Hanis

Cukup gembira si Anis ni malam tu,sebagai seorang ayah aku doakan agar Anis  menjadi hamba Allah yang beriman dan berjaya bukan setakat di dunia malahan hingga ke akhirat.

Selamat Menyambut ulangtahun kelahiran ke Tujuh - Nor Adriana Hanis

Kakak yang sambut Birthday si adik pulak yang potong kek,Ni gambar tengah merajuk sebab tak dapat potong kek.

Selamat Menyambut ulangtahun kelahiran ke Tujuh - Nor Adriana Hanis

Malam ni si Abang jadi pelayan.Sesekali apa salahnya kan.Ayah tunggu kat meja je.....

sekian,cerita pendek kali ini.

3 Cara Menambah Pendapatan Tanpa Meninggalkan Kerja Sedia ada.

$
0
0
KERJA PART TIME PALING BEST

Tiga cara menambah pendapatan tanpa meninggalkan kerja sedia ada | Tahun 2015 aku rasa tahun yang paling mencabar sekali buat aku.Cabaran yang paling nyata dan perlu di atasi adalah cabaran bagaimana ingin menambah pendapatan tanpa menjejaskan kerja sedia ada.

Sebab kebanyakan yang aku perhati,bila buat banyak kerja pasti akan menjejaskan kerja yang ada,lebih-lebih lagi jika kerja tersebut kerja makan gaji.Trend terkini seorang individu akan melakukan 2 atau 3 kerja bagi menampung kos sara hidup yang tinggi sekarang ini.

Lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur,Johor Baharu,Pulau Pinang,Shah Alam dan lain-lain.Dan yang paling ketara sekarang ini menjelang perlaksanaan GST ( good  & Service Tax ) sejauh mana kebagusan nya masih belum diketahui lagi.

Apa yang aku nampak sempena mejelang perlaksaan GST pada april 2015 adalah kebanyakan harga barang dah mula naik sedikit demi sedikit.Kita sebagai orang biasa tiada daya untuk membuka mulut jadi adalah lebih baik kita cari alternatif lain dengan meningkatkan usaha untuk menambah pendapatan.

Disini ada tiga cara untuk menambah pendapatan tanpa perlu untuk anda meninggalkan kerja sedia ada :-

kerja part time paling best


1.Perniagaan secara Online
Cara ini amat mudah kerana anda tidak  memerlukan modal yang besar ,Sebagai permulaan anda boleh meniaga menggunakan cara dropship jadi anda tiada risiko rugi.Tugas anda hanya promosi dan ambil order.

Dan ia boleh dilakukan selepas anda pulang dari bekerja.

2.Kerja jawab survey
Cara ini anda tidak perlu menjual barang,anda hanya perlu daftar dan mula menjawab survey yang diberi.
Sebagai ganjaran anda akan diberi mata yang boleh ditukar kepada Tunai ataupun voucher seperti kfc,mcd dan lain-lain.

Contoh syarikat survey di Malaysia yang boleh anda Join .

I. iPanel Online
II. WhoHAA

3.Sebagai promoter iklan online
Yang ini sesuai bagi mereka yang aktif di media sosial seperti facebook.Anda cuma perlu register dan kongsikan link iklan yang diberi kepada rakan-rakan alam maya anda.

Contoh syarikat yang boleh anda sertai 8SHARE - Anda akan terima cash pada setiap hujung bulan jika rajin buat kerja dan kreatif.

Jika korang perlukan maklumat tentang 8SHARE bole rujukDISINI.

Aku rasa jika korang fokus pada 3 perkara di atas pun dah cukup untuk menambah pendapatan secara online tanpa berhenti kerja.Apa yang penting pandai nak uruskan masa.Kena ada jadual khas untuk setiap aktiviti yang dilakukan.

Terus terang aku katakan korang akan gagal sekiranya buat sesuatu tanpa jadual,Sebab apa?Sebab ia sudah terjadi pada aku,semuanya jadi kelam kabut.Tak tahu mana satu yang nak di mulakan dulu.Sebab rasa semuanya penting dan semuanya perlu dibuat.

Kesimpulannya jika nak berjaya dalam melakukan sesuatu perlu istiqomah dan berjadual.Selesaikan satu-satu.

Katakan tidak kepada skim cepat kaya.

$
0
0
skim cepat kaya 2014
Atas desakan hidup semakin ramai antara kita akan mengambil jalan yang dirasakan mudah untuk menjadi kaya,sebenarnya mereka sedang memilih satu jalan yang salah dan bakal membuat mereka merana dimasa depan.2014 aku lihat banyak syarikat skim cepat kaya yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Hampir kesemua skim yang ditawarkan menjanjikan pendapatan tanpa batasan dan boleh menjadi kaya dalam masa yang singkat.Aku mula kenal dengan skim-skim cepat kaya dan pelaburan haram ni semenjak tahun 2007 lagi.

Pada waktu tersebut aku terlalu ghairah nak kaya,tapi nasib baik aku cuma melabur dan join secara kecil-kecilan sahaja.Masa tu tak fikir apa pun,yang penting cepat dapat duit.Kalau simpan kat bank setahun baru 8 % paling tinggi.Dengan skim yang aku join,boleh dapat hampir 10% setiap bulan.

Bagus tak?halal haram dah jadi no 2,sebab ada ustaz-ustaz yang turut terlibat dan mengatakan pelaburan tersebut tiada masalah.Sedangkan pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan atau setiap tahun adalah di larang dalam islam.

Akhirnya syarikat-syarikat skim kaya yang terlibat semua bungkus dan hilang begitu sahaja.Kerana tindakan besar-besaran oleh bank negara malaysia.Nasib aku baik sebab tak rugi tapi untung.

10 skim cepat kaya

Tak ku sangka skim-skim tersebut muncul semula selepas beberapa tahun.Yang aku herannya masih ramai yang terlibat dan tidak belajar dari episod yang lepas.Aku dah serik dan hanya memilih pelaburan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah.

Jadi kalau korang nak melabur aku sarankan melabur dengan syarikat-syarikat yang sah sahaja.Seperti syarikat Unit Trust mahupun pelaburan emas.Jika korang nak belajar macamana melabur  emas dengan cara yang betul boleh beli ebook Rahsia emasoleh Azizi Ali.Beliau merupakan seorang pakar kewangan dan telah menulis lebih dari 30 buah buku.Juga seorang Mentor Jutawan #1  Malaysia.

jongkong emas

Ebook ini sangat bagus untuk mereka yang meminati pelaburan emas.Kalau nak melabur mestilah ada ilmu.Tanpa ilmu binasa hidup.Untuk pengetahuan korang diluar sana memang ramai mereka yang melabur emas,tetapi hanya sedikit yang berjaya.Jadi untuk berjaya dengan pelaburan emas perlu belajar tentang rahsia emas.
 Rahsia emas
Dapatkan segera Ebook Rahsia Emas disini.Katakan tidak kepada Skim cepat kaya dan pelaburan haram.Pelaburan emas jika di buat dengan betul ia akan memberikan pulangan yang tinggi di masa depan.Jadi tunggu apa lagi Ebook Rahsia Emas ada segala-galanya.
Teknik dan cara melabur emas tanpa risiko yang tinggi.Korang boleh menjadi kaya dan berjaya.In Shaa Allah.

Apa itu Mobicow?

$
0
0
iklan mobicow

Apa itu Mobicow? Aku rasa masih ramai yang belum tahu sangat tentang Mobicow ni.Aku agak je...Kalau ramai yang dah tahu maknanya baguslah...

Ok,aku try explain apa itu Mobicow berdasarkan apa yang aku faham dan aku tahu.Mobicow adalah platform pengiklanan sama macam nuffnang atau adsense.Cuma bezanya mobicow hanya fokus pada iklan di mobile phone sahaja.Iklan tidak akan keluar jika anda lihat menerusi lap top atau pc .

Jika anda lihat menerusi smartphone anda yang canggih manggih tu baru iklan akan keluar.Canggih tak?Aku baru sebulan lebih join mobicow.Dapat juga usd 1.79 .Jadilah kan daripada tak dapat apa.Bukan senang beb nak naik earning tu kalau guna iklan adsense.Sapa pemain iklan adsense dia tahu macamana susahnya nak dapatkan earning kalau trafik tak banyak.

Bagi yang belum ada blog atau baru nak berjinak-jinak dengan blog,aku cadangkan daftar mobicow.Sapa yang blognya trafik mencanak tu lagi best kalau pasang iklan mobicow.

earning mobicow

Kalau anda nak cuba silakan.Mudah jer.Anda boleh daftar disini Daftar Mobicow .
  Lepas daftar anda perlu tunggu beberapa jam atau beberapa hari untuk pihak mobicow membuat pengesahan blog anda.Selepas dapat pengesahan baru boleh pasang iklan.

Macamana nak withdraw mobicow? anda perlu ada akaun paypal atau net30 untuk membuat witdrawal.Minimum usd5.Mudah kan.

Kalau anda ada masalah berbangkit mengenai mobicow,anda boleh terus tanya pada pihak mobicow.Bantuan disediakan 24 jam sehari.


Nik Aziz Meninggal - Perginya seorang Ulamak Tersohor Negara

$
0
0
Nik Aziz Meninggal

Hari ini 12 Februari 2015,Malaysia di kejutkan dengan berita pemergian seorang ulamak tersohor Negara Dato Nik Aziz Nik Mat.Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kita semua.Beliau merupakan seorang pemimpin yang lembut dalam berbicara tetapi tegas dengan apa yang dikatakan.Semoga Rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.

Biodata  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat Lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas,Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al-Azhar
5-Sarjana Muda Bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka,Kota Bharu,Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya Haji Nik Mat Bin Raja Banjar Bin Raja Abdullah Bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal.Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama.Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Disitulah  Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara.Sejak kecil beliau mempelajari dan memahami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu Usia 9 tahun,Tuan Guru Nik Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah,Jertih,Besut,Terengganu.Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga,Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih,berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas mufti Kelantan) dalam mata pelajaran Fekah.Setelah perang tamat Tuan Guru Nik Aziz menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua darinya.

Pada tahun 1945,beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili,Kota Bharu hingga 1952.Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoband,India bagi mendalami ilmu Fekah,usul Fekal,Tafsir Al-Quran,hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheikh Al-Hadith dan Guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana  Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah.Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir.Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar,Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Jurusan pengajian bahasa Arab,kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan  Islam selama 2 tahun.Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanah air pada februari 1962.

Berkelah di Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.

$
0
0
Berkelah di Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.

Dalam keadaan cuaca panas ni,dapat mandi sungai mesti best kan.Aku rasa dah lama tak pergi Ulu Yam,bila anak sedara aku beritahu cutu raya cina ni moh kita ke sana (ulu yam).Aku pun set la.apa lagi kan.

Seperti yang dirancang,destinasi yang dituju adalah Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.Tempat ni aku tak pernah pergi lagi,tengok kat internet macam best.Untuk pengetahuan korang,tempat ni sering digunakan untuk kem bina semangat dan kem motivasi oleh sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat.Boleh menampung sehingga 100 orang lebih kurang pada satu-satu masa.

parking Restu Ibu Resort

Kawasan parking yang terhad,kalau nak kesini elok  datang awal dan kalau rasa nak sewa pondok atau nak guna tempat untuk sebarang aktiviti booking dulu bagi mengelakkan penuh.Kalau datang nak mandi sahaja dan tak nak sewa pondok atau khemah tak perlu bayar apa-apa,cuma perlu bayar parking RM5.

pondok murah

Antara pondok-pondok yang disediakan untuk para pengunjung.Sewa sekitar RM50 hingga RM80 sehari.

carta harga
Papan kenyataan untuk pakej-pakej harga di Restu Ibu Resort.

Berkelah di Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.
mandi manda di restu ibu resort

Kalau dah namanya budak,sampai-sampai terus masuk air.Macam dah lama tak mandi jer....sebenarnya bapaknya pun tak sabar juga,tapi kena relak-relak dulu,bagi isi perut dulu baru mandi.

teratak restu ibu

Kami landing kat sini,sebab tempat lain dah full book,Jadi untuk yang ini special sikit sebab harga lebih mahal dan tempat luas,sesuai untuk kami yang ramai ni.Sewa pondok ini sekitar RM100 hingga RM150 sehari.Nama pondok ni Teratak Restu Ibu.

makan-makan
abang-abang sado
Masing-masing nak jadi abang sado yang tak berapa nak sado...haha

tempat bbq
bbq terbaik di ulu yam

Sebelum mandi,kita mulakan dulu aktiviti BBQ,Mula-mula bakar ayam,kambing bakar last sekali.Sebab apa?kita bagi diaorang kenyang makan ayam,nanti kambing kurang permintaan.hihi.
Sudahnya aku pun tak makan kambing BBQ tu sebab perut dah kenyang.APTB.

sponsor by adabi
sponsor by adabi
tukang masak profesional

Chef Shidee tengah buat persediaan untuk masak mee goreng dan nasi goreng.Bahan-bahan di TAJA oleh ADABI (bersih dan asli).Memang clear la makanan tu,masing-masing lepas mandi perut dah lapar kan.

mandi manda di restu ibu resort
masa untuk bersukaria

Mandi sungai layan anak-anak,aku rasa memang dah lama sangat tak mandi sungai.Bagi aku lokasi ni memang sesuai bagi mahukan suasana damai dan tenang,Keadaan memang best,orang tak da ramai sangat,Kira privacy sikit dari pergi yang kat tempat lain.Cuma kat sini air kurang dalam.

Memang tak boleh nak berenang,untuk anak-anak kecil memang selamat.Tak perlu nak risau sangat.Air paras-paras lutut.

santai bersama anak-anak
kesejukan dalam air

Walaupun kesejukan anak aku ni tetap mandi juga.Dah tak peduli dengan keadaan sekeliling.Air yang sejuk bukan penghalang untuk berendam lama.

aktiviti restu ibu resort
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Restu Ibu Resort.


Kenapa GST Haram,Penjelasan mengenainya.

$
0
0
KENAPA GST HARAM

Akhir-akhir ni,semenjak perlaksanaan GST dilaksanakan.Rata-rata semua status di facebook banyak yang tak puashati dengan perlaksanaan GST.Aku sendiri pun tak puashati.Mana tidaknya,peniaga dengan sewenang-wenangnya menikkan harga barangan sesuka hati dan mengutip GST sesuka hati.

Berdasarkan apa yang aku faham,Peniaga juga dikenakan GST keatas barangan yang mereka beli,tapi mereka tidak boleh menaikkan harga barangan tersebut sesuka hati,sebab mereka boleh menuntut semula wang gst tersebut kepada kerajaan.Jadi apa motif mereka menaikkan harga barangan.Samaada mereka tak faham ataupun sengaja nak ambil kesempatan.

Dahla kena pau dengan kerajaan,dengan peniaga pun kena pau....memang hampeh betul mika-mika ni...

Lebih teruk lagi ada dikalangan peniaga yang tidak berdaftar dengan GST pun turut  mengenakan GST kepada orang ramai.Memang nam jahanam macamni.Semua nak untung.

Sapa yang terlungkup???

Jawab sendiri.hihi

Okey selepas membuat beberapa penelitian dan dengar dari ustaz-ustaz,mereka kata gst haram.Betul ke?

Aku pun sebenarnya memang tak sokong langsung dengan perlaksanaan GST kat Malaysia ni.Dah la gaji ciput,kena bayar cukai hari-hari.Asal keluar mesti kena bayar cukai.Sebelum ni bayar setahun sekali mungkin.Kalau nasib baik boleh ambik balik duit tu.

Kat bawah ni adalah satu artikel yang aku baca pada salah satu akhbar tempatan yang menjelaskan tentang isu gst.Kenapa GST Haram?


(Hujah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan YADIM)

Mukadimah

Artikel ini memberikan penjelasan kepada umum kenapa GST adalah haram dan tidak bertepatan dengan sistem ekonomi Islam.Pihak JAKIM dan YADIM melalui pengarahnya,Dato' Dr. Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa GST adalah halal tanpa mengemukakan hujah yang kuat dan jelas.Di dalam syariat ,hukum asal cukai adalah haram,maka pihak yang mendakwa halal mestilah mengemukakan hujah yang kuat bagi menunjukkan ianya halal dan harus.Maka pihak YADIM dan Majlis Fatwa bertangungjawab mengemukakan dalil dan bukti harus mengambil wabg orang ramai atas nama GST.

Ia tidak sama dengan hukum makanan,dimana hukum asalnya halal,maka pihak yang mendakwa haram bertanggungjawab mnegemukakan dalil dan bukti haram.

Justeru,Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri.Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-quran,sunnah Rasulullah SAW,ijmak dan kias.Ia telah diturunkan bukan saja adil bagi manusia keseluruhan,tetapi ia juga merupakan sistem yang menstabilkan ekonomi,khususnya,keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktiviti.

ASAS UKURAN KEHARUSAN CUKAI

Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-quran dan al-hadis.Hukum asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat.Ini berpandukan kepada firman Allah SWT,yang bermaksud,''Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya),kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.''-(an-nisa':29).

Diantara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada'(Haji selamat tinggal),antara lain nabi SAW berpesan,bermaksud: Wahai orang ramai,sesungguhnya orang yang beriman adalah bersaudara,tidak halal bagi seseorang pun (mengambil) harta saudaranya dengan kerelaannya.''Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini membawa maksud selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat,yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir,miskin dan asnaf-asnafnya,Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan.Adapun selainnya ,maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan dengan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.

Dan sabda nabi SAW ,maksudnya : ''apabila mereka demikian(islam)maka darah dan harta mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yang dibenarkan oleh Islam.''- Riwayat Bukhari.

Didalam kitab Fathul Bari,Syarah Sahih Bukhari menyebut ,zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).

Ayat di atas menegaskan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil,Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta orang,salah satu nya ialah perniagaan.

Berdasarkan ayat ini ,hukum asal memakan ,mengambil dan memiliki harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat.Ia berbeza dengan hukum asal makanan,minuman dan bentuk muamalat ,dimana hukum asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda yang menunjukkan haram.

Justeru,apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang tiada dalil dan bukti halal atau haram,maka hukum transaksi dan makanan itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum  asalnya yang harus.Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang,yakni hukum asalnya haram berdasarkan ayat diatas,kecuali ada dalil dan bukti halal.Justeru ,apabila kita mengambil wang milik orang lain,jika tiada dalil dan bukti halal atau haram,maka hukumnya adalah haram justeru merujuk kepada hukum asalnya yang haram.

Sebagai contoh,kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad sebab kita jual kereta kepadanya.Sebab keharusan ialah jual beli(Al-Bai').

Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana kita membuat ubah suai rumahnya.Sebab keharusan ialah upah (ujrah).

Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang.Sebab keharusan ialah jual beli.

Kita boleh mengambil wang daripada Abu kerana agihan keuntungan perniagaan yang bermodalkan wang kita.Sebab keharusan ialah pelaburan (Mudharabah).

Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000,maka kita tidak boleh mengambilnya kerana tiada jual beli,tiada upahan kerja,tiada pengeluaran modal,tiada sebab-sebab yang membolehkan,maka hukumnya haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta lataqah (barang ciciran).

Maka hendaklah kita bertanyakan berkenaan GST,apakah sebab yang membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat?Jika tiada sebab 'sebenar',maka hukumnya kembali kepada asal,iaitu haram dan termasuk didalam kategori batil .Begitu juga pemindahan hak berlaku dengan sebab,tetapi sebab itu tidak di iktiraf oleh Islam,maka ia juga adalah batil.Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain judi yang kalah,sekalipun judi adalah pemindahan milik,tetapi ia tetap dikategorikan sebagai batil kerana judi itu,sekalipun sebab pengambilannya wujud,tetapi ia tidak di iktiraf oleh syariat.

ADAKAH HUKUM INI TERLAKSANA JUGA KE ATAS KERAJAAN KETIKA MENGAMBIL WANG DARIPADA POKET RAKYAT?

Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram kecuali dengan sebab yang dibenarkan oleh syariat,maka persoalan seterusnya,adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas individu dengan individu,manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan mengambil harta dan wang dari poket rakyat berhujahkan maslahah?

Di dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah,hukum ini bukan sahaja terlaksana antara individu dengan individu,tetapi ia juga terlaksana antara kerajaan dengan rakyat.Dalilnya cukup jelas daripada realiti berikut:

1.Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke Yaman sebagai Gabenor.Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengan kata-kata berbunyi: ''Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang Yaman''.Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki bukan bahagian zakat atau jizyah.Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan lafaz; takutilah daripada (mengambil harta) harta-harta mereka yang suci.

2.Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunyai nas daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.Cukai-cukai zalim ini telah ini telah dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi  yang terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam,Iraq,Mekah dan Madinah dari tahun 70H-95H.

SEJARAH PENDIRIAN KHULAFA AR-RASYIDIN DAN CUKAI.

Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir menceritakan,tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi khalifah,beliau memerangi pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat.Antara salsiah pemerintah sebelum ini yang sangat  dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab,iaitu ipar kepada Hajjaj bin Yusof At-Thafaqi.Yazid bin Mahlab telah ditangkap oleh Adi Bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya (Mahlab dan Hajjaj) sebagai : ''mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku bencikan mereka''.Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini dikembalikan semula. (Al-Bidayah:m/s 666).Pernah anak kepada Yazid bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid,tetapi Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.

Begitu Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai jizyah ke atas non muslim yang telah memeluk islam dengan alasan mereka memeluk islam kerana ingin lari daripada jizyah.Saidina Umar Abdul Aziz memecat gabenor tersebut dengan menulis ,maksudnya.: ''Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan pengutip cukai''.

Di dalam satu riwayat yang lain,Saidina Umar juga memerangi Gabenor di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.

Itulah antara sebab 'puschasing power' rakyat pada zaman Umar Abdul Aziz meningkat,seterusnya memenuhi baitul Mal.Kesannya tiada lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah ruah.Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain daripada Islam.

Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-rasyidin yang diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan(perbuatan mereka adalah hujah) , tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak di naskan oleh Al-quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang rakyat.Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan,nescaya kisah diatas tidak akan timbul dalam sejarah.

Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta rakyat tanpa bersumberkan kepada nas,kita dapati mereka keliru antara pendapat ahli sunnah wal jamaah dan syiah.Ya,sebahagian Syiah membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam (pemimpin) adalah maksum.Berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah,yakni akidah kita pemimpin tidak maksum,maka pemimpin tidak boleh mengambil harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata tanpa di pandu oleh nas.

Tuntas ,hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara mengutip wang rakyat sesuka maslahah,maka itu adalah amalan dalam fiqh syiah bukan fiqh sunni.

KENAPA KAEDAH FIQH SEPERTI KAEDAH MASLAHAH DAN LAIN-LAIN TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH DALAM ISU INI?

Antara hujah yang agak masyhur digunapakai oleh golongan yang membolehkan kutipan cukai sesuka hati ialah kaedah maslahah terutamanya kaedah yang berbunyi (maksudnya):''Tindakan pemimpin terhadap rakyat adalah berdasarkan maslahah.''

Golongan yang berhujahkan dengan kaedah ini melakukan kesilapan dari tiga sudut:

1.Dari segi menguna pakai kaedah ditempat yang ada nas yang terang.

2.Kaedah bukan hujah,tetapi ia adalah garis panduan memahami nas dan hukum furu'.Oleh itu ,kaedah hanya diguna pakai ditempat yang tiada nas bukan ditempat yang berlawanan dengan nas.

3.Golongan yang mengguna pakai kaedah tadi bagi mengharuskan tindakan pemimpin mengutip cukai seolah-olah memahami bahawa kaedah tersebut bermaksud;''tindakan pemimpin negara semuanya adalah demi maslahah' walhal sudut kaedah tersebut ialah tindakan pemimpin mestilah dipandu oleh maslahah,jika tida,maka ia tidak boleh dilaksanakan.

ADAKAH DARURAT MEMBOLEHKAN CUKAI DIKUTIP?

Dari segi hukum,boleh dikatakan ijmak ulama terdahulu mengenakan cukai keatas rakyat tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram.Persoalan yang tinggal ialah,adakah darurat boleh mengharuskan cukai dikutip?

Pertamanya,maksud difahami dan makna darurat.Darurat bermaksud sesuatu yang tanpanya akan meyebabkan manusia hilang agama,nyawa,harta,akal dan keturunan.Jika tidak sampai ke tahap itu,maka ia bukan darurat membolehkan kutipan cukai yang haram.Dengan maksud lain,jika setakat ingin menambahkan pendapatan negara,maka ia bukan darurat yang dimaksudkan syariat.

Jika kita perhatikan,kutipan GST bukan bagi menampung sesuatu keperluan darurat yang dimaksudkan oleh syariat,bahkan ia lebih bersifat memenuhi dan menampung keperluan sistem konvensional,dimana sistem itu sendiri adalah bercanggah dengan Islam kerana bersifat 'memusingkan harta sesama golongan kaya'.

Darurat yang dimaksudkan syariat seperti negara yang sedang terdesak untuk mendapatkan bagi pembelian senjata untuk mempertahankan negara yang sedang diserang oleh musuh seperti berlaku pertembungan antara Sultan Malik dengan Imam Nawawi untuk mengenakan cukai ke atas rakyat,justeru Mesir pada masa itu berada pada saat genting kerana hendak di serang oleh tentera Monggol yang begitu payah hendak dikalahkan.

Dalam keadaan darurat perang beginipun masih lagi berlaku khilaf dalam kalangan ulama,adakah cukai yang tidak bersumberkan nas boleh dikutip?

Al-Dhohhak dan lain-lain pendapat,cukai tidak harus dikenakan dalam apa keadaan sekalipun,manakala imam Juwaini Al-Ghazali dan lain-lain berpendapat harus mengenakan cukai bagi keperluan-keperluan tertentu (darurat).

Jika diperhatika khilaf ini,ia sebenarnya khilaf dari sudut keadaan dan suasana,bukan khilaf dari sudut dalil dan nas.Khilaf ini kita dapat simpulkan bahawa,jika zakat dan sumber lain mencukupi,maka ulama bersepakat bahawa cukai tidak harus  dikutip daripada rakyat.Khilaf hanya berlaku jika sistem cukai  Islam dan sumber lain tidak mencukupi untuk keperluan negara.

Bagi pendapat yang menyatakan harus mengutip cukai darurat,mereka telah meletakkan syarat-syarat  yang mengharuskan kutipan cukai.Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1.Negara mestilah berpegang teguh dengan ajaran islam.Dalam erti kata lain,negara mestilah menjalankan sistem ekonomi islam termasuk sistem percukaian Islam sepenuhnya seperti zakat sebagai sistem cukai utama negara.

2.Hajat kepada percukaian hendaklah benar-benar berlaku.

3.Baitul Mal benar-benar telah kekeringan sehingga tidak dapat memenuhi hajat dan keperluan rakyat.

4.Meminimakan seboleh mungkin tekanan terhadap individu rakyat dengan cara-cara yang selain cukai.Oleh itu,sebelum mengutip cukai daripada rakyat,kerajaan disarankan supaya mengutip sumbangan ikhlas serta menggalakkan rakyat memberika derma dalam menyelesaikan sesuatu keperluan sebelum cukai dikenakan.

5.Kutipan cukai hendaklah diputuskan hasil perbincangan golongan fuqaha dan profesional berkait dengan isu tertentu.

6.Cukai hendaklah dikenakan ke atas orang-orang yang kaya sahaja dan ia langsung tidak harus dikenakan ke atas orang-orang miskin.

7.Cukai hendaklah dalam bentuk sementara.Ia akan terhapus dengan hilangnya hajat dan keperluan.Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan dan dijadikan pendapatan utama berbanding zakat.

8.Wajib meraikan keadilan didalam perwartaannya dan pemungutannya.Maka kadarnya hendaklah sekadar keperluan.Keperluan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutip cukai lebih daripada rakyat.

Sebahagian ulama seperti Imam Nawawi meletakkan syarat bahawa cukai apabila dikatakan darirat dan perlu,maka hendaklah terlebih dahulu ia dibayar oleh pemimpin tertinggi,jika tidak cukup maka ia baru diturunkan ke bawah dan ke bawah,tetapi tidak boleh sampai dikutip daripada golongan miskin.Beliau berkata kepada sultan Zaher Bebrus:''Aku tahu bahawa engkau dulunya seorang hamba kepada Gabenor di Bendaqar dan engkau tiada harta satu pun.Kemudian Allah memberi peluang kepada engkau dengan diberikan pangkat raja.Aku dengar engkau mempunyai 1,000 hamba dan setiap hamba tali pengikat kuda disaluti emas.Engkau ada 200 hamba perempuan dan setiap seorangnya ada emas.Apabila engkau keluarkan semua itu (sebagai pembayaran cukai) sehingga hamba-hamba engkau memiliki baju daripada kapas biasa berbanding memiliki perhiasan emas seperti sekarang,maka baru aku fatwakan engkau harus mengambil cukai daripada orang ramai.''-Al-Bidayah Wa An-Nihayah.

Kesimpulan dan Penutup

Dari sini kita dapat simpulkan hukum cukai moden adalah haram menurut islam berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan diatas.Sebagai seorang muslim (sama ada dalam bentuk individu atau kerajaan) tidak sepatutnya mengambil harta orang lain melainkan tempat-tempat dan keadaan yang dibenarkan oleh islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nas dan dalil-dalil syarak.

Cara ini adalah cara-cara sistem ekonomi yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh khulafa Ar-Rasyidin seperti Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Osman dan Saidina Ali disamping cara Saidina Umar Abdul Aziz diatas.

Hari ini ada pemimpin yang cuba menonjolkan  mereka juga adil seperti khalifah Umar Abdul Aziz.Persoalannya,adakah mereka memahami bagaimana cara pemerintahan beliau?
Sebagaimana pepatah arab menyebut :''kamu mahukan kejayaan sedangkan kamu tidak melalui jalannya.Sesungguhnya kapal tidak akan berjalan di atas daratan.''

Bermaksud,jika anda mengagumi keadilan Umar Abdul Aziz dan gah dengan Baitulmalnya yang melimpah ruah.Kemudian anda melaksanakan cara yang bukan ekonomi islam yang telah ditelesuri oleh Saidina Umar Abdul Aiz,maka mustahil keadilan yang sama akan terlaksana.

Sekian.

Aku harap perkongsian tentang persoalan kenapa GST haram ,sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat untuk anda semua.

Sumber Harakah Daily.

Dettol Boleh Hilangkan Bau Badan.

$
0
0
dettol hilang bau badan

Siapa yang ada bau badan dah tak perlu risau sangat dah.Sebab  produk Dettol boleh mengatasi bau badan anda.Bau badan adalah masalah paling kritikal sekali untuk menghadapi hari-hari bersama dengan orang sekeliling.

Aku sendiri pun akan berasa tidak senang jika ada antara rakan sepejabat atau sekerja yang mempunyai masalah bau badan.Disebabkan nak jaga hati kawan hidu je lah.Apa nak buat.
Bukan nak kata orang lain,kadang aku sendiri pun ada mengeluarkan bau yang tidak enak tanpa disedari.Kebanyakan mereka yang ada bau badan ni akan berasa kurang yakin untuk berada di khalayak ramai.

Lebih membimbangkan bila bau badan dapat dihidu dengan kuat selepas kulit berpeluh akibat bersenam ataupun ketika dalam keadaan panas.

Sebenarnya ramai yang salah faham mengenai peluh,Sedikit penjelasan disini bahawa sebenarnya peluh tidak berbau.Yang menyebabkan bau badan adalah apabila peluh yang keluar tadi bersama dengan kadar protein yang tinggi dan kekal  di permukaan kulit menyebabkan bakteria bertindak balas.Dan ini akan menyebabkan pengeluaran bau yang tidak menyenangkan.

dettol hilangkan bau badan

Sebenarnya ada cara lain untuk mengurangkan bau badan,sentiasa gunakan deadoran bagi memastikan kawasan ketiak itu kering dan tidak berpeluh.

Sentiasa menjaga kebersihan diri.Gunakan Mandian Dettol Healthy Fresh Body Wash untuk kesegaran selama 12 jam,ia juga dapat membantu melindungi kulit daripada ancaman kuman dan bakteria.

Jaga pemakanan,jangan makan makanan yang berbau seperti petai,jering,makanan yang mengandungi rempah  dan bawang putih.Sebab jika guna mandian dettol tapi tidak menjaga pemakanan pun tiada guna.Dalaman itu lebih penting dari luaran.

Antara Formulasi baru lain barangan Dettol yang telah dipertingkatkan adalah Dettol Lasting Fresh bagi membantu melindungi badan daripada kuman.

Produk-produk ini telah diuji oleh pengguna terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan kepada umum.Sejak dari bangku sekolah aku merupakan pengguna produk Dettol.Dulu yang paling popular sabun mandi.Memang lama nak habis sebab sabun dia keras.Cukup puashati dan berbaloi.Rasa segar setiap kali lepas mandi.

Antabax Active Deo Citrus Blast, Untuk Mandian Yang Menyegarkan

$
0
0
Antabax Active Deo Citrus Blast

Ceriakan diri anda untuk hari-hari yang penuh bersemangat dengan rangkaian sabun dan krim mandian Antabax Active Deo Citrus Blast.


Dengan gabungan aroma sitrus buah oren,lemon,limau nipis,limau mandarin,limau gedang dan yuzu yang eksotik,AntabaxActive Deo Citrus Blast memberikan pengalaman mandian yang amat menyegarkan,megembalikan semangat anda serta memberikan haruman segar dan ceria yang kekal sepanjang hari.

Dengan Antabax Active Deo Citrus Blast,anda dapat menikmati haruman sitrus yang boleh menghilangkan stres,dengan serum micro-moisture dan vitamin kulit agar sentiasa berbau segar dan lembab secara semulajadi untuk kulit lebih sihat dan licin.Sistem Derma Protect Antabax terbukti memberikan perlindungan 99.9% antibakteria selama 24 jam untuk ketenangan jiwa anda.

Antabax Active Deo Citrus Blast sesuai untuk mereka yang inginkan pengalaman mandian yang menyegarkan dan menenangkan serta jaminan perlindungan antibakteria sepanjang hari dan pelembapan yang melindungi kulit dan mencegah kulit kering.

Ia disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pelanggan Muslim.

Mengapa anda patut mencuba krim mandian dengan haruman sitrus.

Menurut kajian baru-baru ini,haruman sitrus mampu melegakan,menenangkan serta mengurangkan kegelisahan.

Dalam satu kajian di Brazil,para peserta diminta menghidu satu daripada tiga jenis bau-bauan selama lima minit,kemudian menjalani ujian yang memberikan mereka tekanan sementara tanda-tanda vital mereka diukur.Tiga bau tersebut adalah minyak pati oren,minyak tea tree dan air.Peserta yang menghidu bau sitrus didapati kurang cemas sepanjang ujian dijalankan,dan kesan ini berterusan walaupun tamat sesi percubaan.

Menurut kajian Program Perubatan Integratif dan Pelengkap Mayo Clinic yang dijalankan berdasarkan penggunaan aromaterapi ke atas pesakit,aroma sitrus didapati berguna dalam membendung stres dan kebimbangan.

Cubalah Antabax Active Deo Citrus Blast hari ini dan manfaatkan kuasa kesegaran dan ketenangan haruman sitrus agar sentiasa tenang dan segar.

Rangkaian krim mandian Antabax Active Deo Citrus Blast dijual pada harga seperti berikut:-

» 250ml untuk RM6.20
» 650ml untuk RM14.50
» Sabun tangan 450ml untuk RM7.50
» Pek tiga ketul sabun untuk RM3.80

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax, ''Like'' Antabax di www.facebook.com/NewAntabax .

Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

$
0
0
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Buat pertama kalinya aku join program hiking macamni,Sebelum ni aku tak pernah mengikuti mana-mana program pun,zaman sekolah dulu pun aku cuma mengikuti acara merentas desa.Itu pun banyak berjalan dari berlari.Lagipun masa tu umur masih muda sekitar 17 tahun.Sekarang ni umur dah masuk 38 tahun.Selepas 21 tahun baru nak buat semua ni.....Tu yang semput.haha...Apapun semangat kena kuat.

Sebenarnya program ni dibuat bersama-sama dengan rakan-rakan kelab kebajikan Nurinsaniah Selangor.Kami namakan program ini Program Jom Sihat bersama Nurinsaniah.Jadi sebelum buat event yang melibatkan ramai peserta,kami pergi buat dulu sebagai latihan.

Lokasi setelah diputuskan kami semua pilih lokasi yang paling hampir dengan kediaman kami iaitu di Bukit Jugra,Banting.Nampak memang macam enteng....Bukit Jugra!!Tapi bagi aku sangat berat sebenarnya.Walaupun bagi yang lain-lain mereka rasa kerja mudah nak daki puncak jugra tu berbanding dengan Puncak Kinabalu.

Kalau korang nak tau seminggu sebelum nak buat pendakian,aku buat warming up di rumah dengan berjogging setiap hari.Alhamdulillah stamina masih ada.

Kepada yang tak tau di mana Bukit Jugra ni.Ia bertempat di Kampung Permatang Pasir Banting,Jika korang dari Shah Alam ia akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Bukan susah nak cari waze kan ada......
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Sebelum buat pendakian kami buat sesi warming up dulu,kasi regang otot-otot yang mengecut ni.Kebanyakan yang join program ni adalah AJK Kelab Nurinsaniah.Nampak bersemangat semuanya.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Pendakian bermula pukul 8 pagi,aku difahamkan untuk sampai ke atas akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan,Bagi yang dah biasa mereka boleh sampai kat atas dalam 30 minit.Jarak perjalanan aku tak tau.Dan ketinggian pun aku tak tau.Apa yang aku tau,aku nak redah je..

Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Alhamdulillah,setelah mendaki hampir 1 jam kami semua selamat sampai ke Puncak Jugra.Walaupun semput tapi puashati.Mandi beb.....Habis basah baju.

Berehat dulu dalam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan untuk turun kebawah.Aku di beritahu oleh member aku,nak turun ni memang nampak mudah,tapi sebenarnya adalah agak bahaya jika tidak berhati-hati,sebab dalam keadaan menurun kita akan bergerak laju,kemungkinan untuk bahagian kaki terkehel atau terseliuh adalah tinggi.

Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Berakhir sudah pendakian ke puncak Jugra.Lain kali in shaa allah aku datang lagi.Kepada anda diluar sana yang belum pernah sampai ke Bukit Jugra boleh datang ke sini.Selain dari mendaki,anda juga boleh mencuba Paragliding,Disini juga ada kem motivasi untuk semua golongan.

Untuk pengetahuan anda,Bukit Jugra mempunyai 3 puncak bukit yang menempatkan Makam-makam di raja Selangor,Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja Selangor,Rumah api setinggi 146 meter yang dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.

Cara mudah nak bakar kalori.

$
0
0
Cara mudah nak bakar kalori.

Ada orang kata bukan mudah nak turunkan berat badan jika lemak dah mula menguasai diri...Aku sebenarnya dalam proses nak turunkan berat badan,tapi aku rasa masuk kali ni dah kali berapa aku cakap pun dah lupa....hanya sekadar angan-angan mat jenin.

Satu hari atau dua hari mungkin masih bersemangat untuk bersenam dengan berjogging.Masuk hari ke tiga dan seterusnya,mula la rasa malas.

Bila berat badan dah mula naik,macam-macam masalah timbul,kaki sakit sebab badan dah berat,kaki tak boleh nak menampung berat badan,pinggang dah mula ketat kira takda cutting dah...

Dagu mula berlapis,pipi jadi menembam,seluar mula mengecil...haha....

Baju semakin jadi body fit....macam abang sado,tapi perut ke depan.

faktor-faktor lain adalah kesihatan mula terjejas.Mudah mengantuk dan malas nak mulakan sesuatu pekerjaan.Itu lah yang terjadi kat aku sekarang ni.

Aku perlu lakukan sesuatu....kali ni serius inshaa allah.

Bila aku mula tercari-cari apa langkah yang aku boleh buat untuk mengatasi masalah aku ni.Aku terjumpa artikel cara mudah nak bakar kalori tanpa perlu bersusah payah.

Untuk perhatian semua,ini hanyalah sebagai back up sahaja tau....Anyway kena juga bersenam dan jaga pemakanan.

Jom tengok apa dia cara mudah nak bakar kalori tu.

1.Minum minuman berkafein.

minum minuman berkafein

Jangan tak percaya dengan hanya meminum minuman yang berkafein ia mampu membakar lemak selama 3 jam.Korang boleh pilih sama ada nak minum kopi atau teh.


2.Duduk Tegak atas bola senaman.

duduk tegak atas bola senaman

Mulai esok cuba gantikan kerusi di pejabat dengan bola senaman...(kalau bos sporting ler).Sebab dengan cara ini ia mampu membakar lebih 260 kalori sehari berbanding duduk di kerusi.

3.Kurangkan makan Karbohidrat.

kurangkan makan karbohidrat

Perbanyakkan makan sayur dan buah.Cuba buat jadual makan nasi hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja.Itupun jika mampu.Kebanyakan yang aku tanya,memang sangat berkesan jika boleh kurangkan makan nasi.Ingat ye..kurangkan.Bukan langsung tak makan nasi.

4.Kunyah Chewing Gum.

kunyah chewing gum

Dengan mengunyah chewing gum dapat mengelakkan dari kita makan makanan ringan.Sebab aku sendiri bila dah boring buat kerja mesti nak cari makanan sampingan,Tau-tau banyak dah makan.Jadi mana tau dengan kunyah chewing gum boleh mengurangkan kalori yang masuk.

5.Suhu Bilik.

suhu bilik

Kalau kat rumah tu guna air cond,pastikan suhu dalam keadaan yang tidak terlalu sejuk.Bukan apa bila sejuk,nanti bila buat kerja rumah langsung tak keluar peluh.

Kat Office pun sama,agak-agak dah terlalu sejuk cuba tambahkan suhu ke suhu lebih tinggi.Boleh juga nak jimatkan bil elektrik.

6.Makan makanan Thai.

makan makanan thai

Kebanyakan makanan thai adalah pedas kerana ia menggunakan rempah ratus yang tersendiri.Secara tak langsung ia bakal membakar kalori sehingga 23 peratus.Sambil makan keluar peluh.Baru gempak.

7.Buat Senaman 2 kali seminggu.

buat senaman 2 kali seminggu

Kalau korang nak tau,sebenarnya kalau kita bersenam 3 kali seminggu kesannya sama macam kita bersenam 2 kali seminggu.Jadi kalau nak buat 2 kali seminggu pun dah cukup.Yang penting konsisten setiap minggu.

8.Gelisah.

gelisah

Gelisah pun boleh Bakar kalori ke?Nampak macam tak logik kan,Sebenarnya bila kita gelisah atau resah pasti kaki akan bergoyang.Secara tak langsung ia boleh membakar lebih kurang 100 kalori.Kena maintain gelisah dan risau la lepas ni...Tapi jangan gelisah yang besar-besar.....

9.Kurang Berpeluh.

kurang berpeluh

Anggapan salah tentang senaman,sebab ada yang menganggap keluar peluh banyak baru kalori terbakar banyak.Sebenarnya dengan hanya bersenam selama 10 minit secara sederhana sudah boleh membantu pusingan metabolisme selama 1 jam.Jadi buat senaman ringan pun dah ok,jangan paksa diri dengan senaman yang hard core.

Aku rasa 9 perkara cara mudah nak bakar kalori ni jika kita buat satu-satu pun dah cukup untuk kekal sihat.Perkongsian ni sebenarnya ditujukan khas buat diri aku yang semakin berat ni.Semasa artikel ini di tulis berat badan aku 86 kg.Dengan ketinggian 165 cm.

Target yang hendak dicapai dalam tempoh 2 bulan adalah 75 Kg.

Harap-harap impian menjadi kenyataan.

Sumber maklumat diperolehi dari hanasuva.com

Cara Buat Blog Mobile Friendly

$
0
0
Blog  Mobile Friendly

Adakah website atau blog korang Mobile Friendly? Aku sendiri pun sebenarnya baru tahu pasal benda ni.Dalam era moden ni,aku rasa hampir kesemua orang yang guna handpone menggunakan smartphone betul tak?

Jadi disebabkan itulah akan menjadi satu kerugian sekiranya website atau blog korang tak Mobile Friendly.Rugi sangat-sangat.Kita ambik peluang yang disediakan oleh  Pak Cik Google ni.So,tunggu apa lagi cuba check website atau blog korang kat sini ( MOBILE FRIENDLY TEST).

Blog  Mobile Friendly

Ini contoh blog yang mobile Friendly,Jika blog korang menunjukkan keputusan selain dari gambarajah di atas ni.Sah lah yang blog korang tak Mobile Friendly.

Kelebihan bila blog anda Mobile Friendly.Pihak google akan memberi keutamaan di ranking search engine mereka.Peluang untuk blog anda mudah temui adalah sangat tinggi.Secara tak langsung uv blog pun akan menaik.Jangan harap blog cantik je tau.Perhiasan blog memang awesome tapi tiada value disisi google..haha....

Berita gembira yang aku terima juga adalah berkenaan Google Adsense yang dah terima blog berbahasa melayu untuk pengiklanan mereka.Satu evolusi ni.Terbaik lah google.Aku sebenarnya dah lama ada akaun Adsense tapi memang agak slow earning yang dapat.Harap-harap lepas ni boleh nampak peningkatannya.

Cara buat blog Mobile Friendly ni sangat mudah.Aku tunjuk hanya untuk mereka yang guna blogspot sahaja.Selain dari tu aku tak tau.Boleh rujuk kat Pak Cik Google yer.

First korang login ke akaun blogger dan klik pada bahagian Template.Akan terpapar gambar seperti di bawah ni.

Cara Buat Blog  Mobile Friendly

Lepas tu klik kat  no 2 pada seperti gambar di atas ni.Nanti dia akan keluar seperti kat bawah ni .Pilih Yes,show mobile template on mobile devices.Kalau korang pilih yang bawah tu,Nanti tak mesra smartphone.Okey jangan lupa "save".

Cara Buat Blog  Mobile Friendly

Dah siapkan,Sekarang boleh cuba periksa sekali lagi di Mobile Friendly Test.Pastikan hasilnya seperti dibawah ni yer.Mudah je kan Cara buat blog Mobile Friendly ni.Semudah ABC.

Cara Buat Blog  Mobile Friendly

Dah lama aku bercuti dari update blog sebenarnya.Rasa macam bersemangat bila ada 2 berita gembira dari google tentang Google Adsense dan Mobile Friendly.Harap-harap semangat ini akan berterusan.Inshaa ALLAH.


Makan Tengahari di Restoran Nasi Vanggey Ipoh,Seksyen 19 Shah Alam.

$
0
0
 Restoran Nasi Vanggey Ipoh
Foto kredit http://shakiddo.com/
Restoran Nasi Vanggey Ipoh di Seksyen 19, Shah Alam.Menjadi pilihan makan tengahari aku hari ini,tu pun sebab rakan setugas ajak ke situ sewaktu temujanji dengan Trainer Motivasi  untuk program di Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor.
Puas jugak cari Restoran Nasi Vanggey Ipoh ni,dua kali pusing baru jumpa.Ikut google maps dekat Jalan Nelayan 19/15.Bila sampai tak jumpa.Rupa-rupanya dekat belakang Shell seksyen 19 dengan D'palma Hotel.
Foto depan Restoran Nasi Vanggey Ipoh terpaksa aku cilok dari bro Shakiddo sebab aku terlupa nak snap gambar kerana nak cepat ke Petaling Jaya.Dah sampai rumah baru perasan gambar depan restoran takda.

 Restoran Nasi Vanggey Ipoh,Seksyen 19 Shah Alam.
 Restoran Nasi Vanggey Ipoh,Seksyen 19 Shah Alam.

Decorasi dalaman Restoran Nasi Vanggey Ipoh.Bagi aku Restoran ni kategori bersih sebab nampak kemas dari semua sudut.Nampak cool dan menarik.

 Restoran Nasi Vanggey Ipoh,Seksyen 19 Shah Alam.

Mungkin ini yang menjadi penarik Restoran Nasi Vanggey Ipoh ni.Ada dua periuk kuah kari  yang berlainan di depan.Nak banjir pun boleh,ala-ala makan roti canai banjir.

kuah kari

Aku pun tak tahu apa bestnya makan kat sini sebab member yang ajak.Dia kata Restoran Nasi Vanggey Ipoh ni sangat popular di Ipoh.Tapi bila aku tengok kat Shah Alam ni macam biasa je.Takda pun ramai  sangat orang.Mungkin aku sampai awal kot.Sekitar jam 11 pagi.

kari kambing terbaik

Sangat-sangat menyelerakan,Ayam goreng vanggey disatukan dengan kari kambing.Pehhh...terbaik.Aku memang tak boleh nampak kari kambing ataupun kambing golek.Mesti nak makan.Kalau tak nanti mesti termimpi-mimpi.

Restoran Nasi Vanggey Ipoh,Seksyen 19 Shah Alam.

Tengok Sahabat aku ni Zamri Sadarom,Tersenyum senyum makan sebab sedap sangat ataupun sebaliknya..haha.Alhamdulillah perbincangan hari ini berjalan dengan lancar.Inshaa Allah dalam masa terdekat kami di Nurinsaniah Selangor akan mengadakan Kolaborasi dengan Kolej Komuniti dan Universiti Hospital bersama Universiti Malaya.Doakan Kami.

Okey sapa yang nak merasa makan Nasi Vanggey Ipoh boleh datang ke Seksyen 19 Shah Alam untuk merasai sendiri.Jangan terlajak macam aku yer....cari jer di belakang Shell dengan D'palma Hotel Seksyen 19 Shah Alam.Selamat menjamu selera.

Gelagat Anak sebagai penghibur.

$
0
0
cara mendidik anak dengan betul

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dokumentasi dan perbincangan untuk mengatur program-program yang sedang dirancang untuk masa depan Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor aku gagahkan diri untuk menyiapkan semuanya pada hujung minggu,sedangkan waktu itu sebenarnya adalah waktu untuk aku bersama-sama dengan keluarga sebenarnya.

Banyak kertas kerja yang perlu disiapkan,dateline semua dah hampir.Oleh sebab nak bagi supaya anak-anak tidak terpinggir ,aku bawak semua anak-anak ke pejabat.Jadi sambil-sambil buat kerja boleh tengok-tengok perangai dan gelagat mereka.

Wife aku pun join sekali baru cukup ahli.Bila bawa anak ke pejabat inilah hasilnya,Dalam diam habis semua di photostate nya.Setakat photostate tangan tu aku tak heran sangat,dengan muka-muka sekali di buat salinan.Bertuah punya anak!!!

Korang tengoklah sendiri...inilah hasil karya anak-anak aku semasa di pejabat.Kreatif tak?

kesan tapak tangan

Mulanya rasa macam nak marah,tapi disebabkan ada rakan-rakan lain aku simpan dulu perasaan marah tu dalam hati.Geram pun ada.

Tapi bila aku belek-belek balik hasil dari apa yang anak aku buat tu,memang nampak kreatif....hihihi.Cuba korang tengok betul-betul,pernah tak korang nampak orang buat salinan muka sendiri dengan menggunakan mesin photosate.Mesti tak pernahkan?

Tapak tangan tu biasa jer.Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian tersebut,ini mungkin berlaku kerana kanak-kanak ada rasa perasaan ingin tahu.Apa yang akan terjadi bila mereka buat begitu dan begini?Bila dah dapat hasil samada perkara tu betul atau salah, mereka tak fikir pun.Apa yang penting mereka dah buat.

Ini dinamakan kreatif dan inovatif.haha..Nampaknya lepas ni aku kena study bagaimana cara mendidik anak-anak yang kreatif ataupun bagaimana cara mendidik anak-anak yang nakal.

tapak tangan kiri


Secara tak langsung boleh juga mendidik aku supaya menjadi ayah yang penyabar.Sabar itu sebahagian dari iman.

Sekianlah kisah gelagat anak di hari minggu.Baru boleh dipanggil gelagat anak sebagai penghibur.Hiburan ada dimana-mana. "Make use it"

Panduan Beli Domain Murah.

$
0
0

Ingat lagi aku masa mula-mula nak berjinak-jinak dalam arena blogging ni.Tengok blogger lain semua guna dot com dot net....
Aku jer yang guna dot blogspot dot com.Segan juga la..tapi nak buat macamana,terpaksa la buat-buat macho sikit.Bila orang tanya you punya blog apa yer?Aku cuma senyum jer..malas nak promote lagi.

Sedar tak sedar dah setahun lebih aku dalam industri blogger ni.Banyak yang aku dapat sepanjang bergelar blogger.Sampai tak tahu nak cerita apa.Sebab kebelakangan ni,aku banyak tertinggal kerana sibuk nak uruskan Kelab Nurinsaniah.

Dan juga sibuk buat bisnes online.Masih lagi study macamana nak dapatkan jualan yang banyak.

Terus ke agenda Panduan Beli Domain Murah.Jangan tak percaya dengan apa yang aku nak tawarkan ni.Ternyata Domain yang bakal korang beli ni memang tersangat murah.Aku jamin yang korang pasti tidak akan menyesal setelah memiliki Panduan Beli Domain Murah ni.

Kenapa perlu bayar lebih?Zaman pasca GST ni kita perlu berjimat.Ebook ni memang sangat berbaloi untuk dimiliki.Harga pun bukan mahal sangat pun.

Dalam ebook tu ada satu ilmu yang tidak terdapat dimana-mana.Ia akan mendedahkan laman web yang ada menyediakan hosting percuma.

Dah la jimat beli Domain murah.Dapat lagi hosting percuma.Apa lagi nak....kalau tak nak memang rugi.


Ebook ni pun sangat murah.Kalau nak dibandingkan dengan apa yang bakal korang dapat nanti.Antara ebook paling murah pernah aku jumpa untuk isi kandungan yang sangat meletop dan mantop.

Bila dah beli Panduan Beli Domain Murah ni,Boleh lah korang buat bisnes sampingan dengan menjual idea yang ada pada ebook tersebut...pastikan idea yang keluar tu awesome.Jom beli sekarang!!

Raya Lebih Meriah dengan Mentega Golden Churn.

$
0
0
golden churn butter

Siapa yang tahu tentang Mentega Golden Churn?Ia adalah mentega yang terkenal dengan kelebihannya dalam pembuatan kek dan masakan selama lebih 70 tahun.Kini membawakan evolusi dalam arena masakan tempatan dan rumah dengan memperkenalkan pengubahsuaian pada resepi-resepi klasik sambil mengekalkan rasa lazat yang menjadi kebanggaannya.
Korang pasti teruja dengan keunikan mentega Golden Churn.Sebab ada yang di bungkus dengan pek yang unik.Korang boleh jumpa mentega ini pada bahagian bahan membuat kek.Bukan pada bahagian dingin atau sejuk beku.Mentega Churn Butter biasanya dapat dilihat dalam bentuk bungkusan dan juga dalam bentuk tub.

Mentega Golden Churn dalam tin ini merupakan produk keluaran Australia dan New Zealand yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput.Ia terkenal dengan jangka hayat simpanan yang lama.Bebas daripada dan pewarna tiruan,mentega ini telah disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pengguna muslim tanpa was-was bagi memenuhi setiap keperluan masakan mereka.

Mentega dalam tin Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari NZIDT (New Zealand Islamic Development Trust),manakala mentega beku Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari ICCV (Islamic Co-ordinating Council Of Victoria P/L).Kedua-dua badan pelesenan Halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.

Di Malaysia,mentega Golden Churn sinonim dengan hidangan kegemaran tradisional iaitu kek lapis.Penghasilan kek ini menggunakan teknik yang sukar dan masa yang lama serta bahan-bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang terbaik.Mentega Golden Churn adalah ramuan penting di dalam penghasilan Kek Lapis di Malaysia.

Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri,Golden Churn telah bekerjasama dengan Chef selebriti yang popular menerusi MasterChef Malaysia,Dato' Fazley Yaakob,dalam menghasilkan dua resepi unik yang pasti menggembirakan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan atau sambutan khas dengan rasanya yang dikenali tetapi mempunyai keunikan tersendiri.

golden churn butter

Dua resepi tersebut adalah Kek Marble Mentega Golden Churn yang menampilkan rasa eksotik kulit kayu manis,dan buah pala untuk rasa kek yang lebih sofistikated dan Golden Churn Puff Krim kaya yang mengimaginasikan semula puff kaya zaman kanak-kanak sehingga menjadi pencuci mulut "fine dining''.

Bahan utama bagi kedua-dua resepi tersebut adalah mentega Golden Churn yang menberi keseimbangan rasa lemak,kelembutan dan tekstur yang halus serta aroma kacang yang menambahkan lagi keenakannya.

Bengkel media bertemakan "Raya lebih meriah dengan mentega Golden Churn" diadakan di The Cooking House,Bangsar dimana Chef Dato' Fazley Yaakob menunjukkan kelebihan mentega Golden Churn dalam pembuatan kek.
resepi golden churn butter

Umum sedia maklum tentang kelebihan mentega dari segi rasa dan keenakan didalam mulut.Kini,mentega juga mendapat semula status sebagai bahan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana ia kaya dengan vitamin larut lemak,terutama sekali vitamin k2 yang membantu badan kita menyerap kalsium,kalsium penting untuk kesihatan tulang dan mencegah penyakit kardiovaskular,kanser dan osteoporosis.

Mentega mengandungi lemak tepu yang meningkatkan meningkatkan kadar 'kolestrol baik' didalam darah kita yang juga dikenali sebagai HDL.Mentega membuat korang rasa lebih kenyang kerana kehadiran lemak 'short chain' dan 'medium chain' dan membantu korang membakar lemak dengan lebih baik.

Mentega merupakan sumber butirat,sejenis asid lemak yang penting untuk penghadaman.Kebaikan Mentega ia kaya CLA yang memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisma.Kajian menunjukkan CLA yang mempunyai sifat anti kanser dan mampu menurunkan peratusan lemak didalam badan manusia.Mentega dikaitkan dapat merendahkan risiko obesiti walaupun kandungan kalori dalam mentega lebih tinggi,memakan produk tenusu yang tinggi kandungan lemak juga tidak mempunyai kaitan dengan obesiti.

''Mentega merupakan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana mentega merupakan makanan yang kurang diproses,tambahan pula Golden Churn tidak mengandungi bahan kimia tambahan.Mentega sentiasa menjadi pilihan utama chef profesional seperti Chef Dato' Fazley dan mereka yang selalu memasak di rumah kerana tekstur ,rasa dan aromanya yang membangkitkan selera".




Komisen Pertama Dari Ashadee

$
0
0
Komisen Pertama Dari Ashadee

Akhirnya setelah mencuba beberapa kali dapat juga aku memperolehi komisen pertama dari Ashadee.Walaupun sedikit tapi aku berasa sangat-sangat bersyukur atas pencapaian ni..Bagi aku ini adalah satu kejayaan besar rasanya.Sebab apa aku kata begitu?Sebab  bukan mudah sebenarnya untuk mencapai jualan dalam program Affiliate Ashadee ni.

Kebanyakan yang join program Affiliate Ashadee ni terdiri dari blogger-blogger hebat yang sudah memperolehi jualan ribuan ringgit malahan ada yang telah mencapai ratusan ribu kot....Kalau nak dibandingkan dengan blogger picisan macam aku ni memang jauh panggang dari api ler.....tu yang kena dapatkan segera Panduan Asas Affiliate ni....kalau tidak memang ketinggalan aku.

Tapi takpa itu semua bukan alasan.Aku teruskan cubaan demi cubaan walaupun aku belum expert nak main Teknik Seo....Mungkin sebab aku belum baca Kitab Teknik Seo Merah Jambu atau lebih dikenali dengan nama Kitab Pink,hasil tulisan blogger hebat Malaysia yang suka makan cendol Banting Encik Titan.Nanti cukup modal aku beli kitab pink tu....

Dengar kabar ramai yang dah berjaya dengan Teknik SEO tersebut.Takpa aku buat dulu pelan-pelan walaupun dah semakin jauh ketinggalan sebenarnya...haha...

Program Affiliate Ashadee ni sebenarnya satu peluang besar buat para blogger menjana pendapatan secara online.Tak perlu modal.Hanya perlukan idea penulisan yang baik serta pandai gunakan teknik SEO.

Bila dah jadi baru la duit datang bergolek......Usaha tangga kejayaan.

Apa lagi nak cerita yer pasal Program Affiliate Ashadee ni? Walaupun jumlah yang aku dapat tu takla besar manapun....tapi ia sudah cukup untuk memberikan aku semangat untuk terus berada dalam dunia Affiliate..Sebelum ni aku suka join event-event percuma sekitar Kuala Lumpur.Tapi bila difikirkan balik dengan jarak dan masa baik aku buat benda lain...Tak pergi event pun takpa....tapi jika ada masa terluang aku gagahkan jua.

Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Nizam Dan Syazwanie

$
0
0

Buat pertama-tamanya aku ucapkan selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai Shahrol Nizam dan Nur Syazwanie yang telah selamat di ijabkabulkan pada 1 Mei 2015 bersamaan 12 Rejab 1436 Hijrah,Di Kampung Simpang Empat,Merlimau,Melaka.

Pengantin lelaki merupakan anak sedara isteri aku.Aku ucapkan semoga mereka berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Kami semua menginap di Homestay di kawasan kampung Simpang Empat.......Homestay biasa-biasa.Pilihan nak menginap di homestay Murah semestinya di merlimau.Tu yang sampai terlupa nak snap gambar penuh....hehe...apa yang penting boleh tidur,makan minum dan mandi serta solat.

Perjalanan kurang baik sebab jalan jem sepanjang perjalanan tadi.Bermula di Nilai sehingga selepas Seremban baru keadaan lalulintas kembali tenang.....

Ramai yang nak ke PD agaknya sempena cuti panjang kot....Hari Buruh bersambung dengan Wesak day. 4 hari cuti..masing-masing berjalan bawa family.


Tengah bersiap nak pergi majlis pernikahan yang akan berlangsung pada jam 5 petang.Tu pun kalau tok kadi tak lambatlah...Biar bakal pengantin sampai dulu.Jangan tok kadi sampai dulu....Harini rombongan dari pihak lelaki digalakkan untuk memakai baju melayu sepasang.

Aku kena jadi saksi bagi pihak pengantin lelaki.

Kehadiran maknanya diambil kira hari ini.Kalau tak datang jadi kalut nanti.hehe...sebenarnya takda apa pun...


Wang hantaran dah sedia.Sebanyak RM300.Dengan seutas Gelang tangan untuk Pengantin perempuan.Bapa pengantin perempuan tunduk pasrah.Sebab anak perempuan nak kena transfer kat bakal menantu.

majlis pernikahan paling popular
majlis pernikahan paling popular

Dengan sekali lafaz Shahrol Nizam atau nama glamour - Brotank dan Wanie dah sah menjadi suami isteri.Selamat menempuh alam perkahwinan yer.....Bacaan aku janji sedang dilafazkan oleh pengantin lelaki sambil diperhatikan oleh pengantin perempuan.

majlis pernikahan paling popular
majlis pernikahan paling popular

Kucupan pertama dari suami kepada isteri tercinta.Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

majlis pernikahan paling popular
Dari kiri Brotank,Hanum,Dora,Wanie dan Ayu.

Yang nikah orang lain,tapi yang syok orang lain..hihi...Brotank ni merupakan seorang Photografer tersohor di Selangor.dan juga pemasang pelamin kayu pallet yang tengah hot sekarang ni.

majlis pernikahan paling popular

Para-para yang segak bergaya beraksi pada hari persandingan.Lokasi atas jambatan jiran sebelah...Sebenarnya masa ni dah bosan tunggu pasukan kompang tak kunjung tiba....Nasib baik ada Go Pro sebagai teman untuk masing-masing tunjukkan gaya macho bersama dengan gadis-gadis formula one..haha

Konsert Kilauan Emas 5 - Undi Wak Mustar

$
0
0
Konsert Kilauan Emas 5 - Undi Wak Mustar

Sebelum ni aku memang tak minat langsung dengan Program Astro Kilauan Emas Otai Masih Berbisa ni dari 1 hingga 4 memang aku tak pernah ambik port.Tiba-tiba yang 5 ni aku rasa tertarik pulak nak tengok.Sebab Apa?

Sebab ada Wak Mustar.Siapa wak Mustar ni.Untuk pengetahuan korang Wak Mustar ni Orang kampung Sijangkang dan orang Jowo.Kira satu kampung la ni.Sokongan dan dorongan kena bagi la kan.haha.

Tak sangka pulak Wak Mustar boleh terpilih masuk ke Kilauan Emas Otai Masih Berbisa.Walaupun satu kampung aku sebenarnya tak berapa kenal sangat dengan Wak Mustar ni.Cuma pernah nampak gitu-gitu ler....

Biodata Wak Mustar;

Nama Penuh : Mustaffa Rasyud Bin Abd Jabar
umur :47 tahun
Status : Sudah berkahwin (anak belum siasat)
Pekerjaan : Tukang Rumah berpengalaman.
Alamat : Kg Sijangkang

Undi Wak Mustar

Daripada 13 peserta kini tinggal 5 peserta.Dan Wak Mustar menduduki tangga yang pertama dan bakal merangkul gelaran Juara Kilauan Emas 5.Syabas Wak Mustar.Teruskan perjuangan sehingga ke peringkat akhir.Menang kalah adat bertanding.Terus terang aku cakap ni.Kalau Wak Mustar ni perempuan memang aku tak sokong langsung.

 Undi Wak Mustar

Inilah yang telah dibuat oleh para penyokong Wak Mustar.Banner-banner di pasang disana sini.Dah macam pilihanraya pulak aku rasa.Memang meriah suasana kat kampung.Wak Mustar dah popular satu Malaysia.Lepas ni Wak Mustar dah jarang pegang tukul atau hammer ler....Dari hammer tukar pegang microphone pulak.Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5.


 Undi Wak Mustar
 Undi Wak Mustar
Rakan-rakan sekampung Wak Mustar tak putus bagi sokongan dan undian padu buat beliau.Semoga berjaya wak mustar.

 Undi Wak Mustar

Inilah orang paling kuat bagi sokongan kat Wak Mustar iaitu Haji Khair Ghazali.Ada lagi 2 minggu untuk Wak Mustar berjuang dalam Konsert Kilauan Emas.Aku tumpang gembira dengan kejayaan Wak Mustar.Dari seorang tukang kayu kepada tukang nyanyi.

Untuk Undian sila taip KE10 MUSTAR dan hantar ke 32777.

Tahniah wak mustar kerana berjaya menjadi Juara Kilauan Emas 5 tahun 2015.
Viewing all 75 articles
Browse latest View live