Quantcast
Channel: LIFE JOURNEY
Viewing all 75 articles
Browse latest View live

Pengalaman kena denda masa zaman persekolahan.

0
0

Kali terakhir aku meninggalkan zaman persekolahan pada tahun 1994.Masa terus berlalu tanpa ada sedikitpun notis pemberitahuan untuk aku dan kita semua.Sekarang bila aku imbas kembali zaman itu dah 21 tahun aku tinggalkan.

Betul kata cikgu,


''Nanti bila kamu semua dah dewasa,kamu akan tahu bahawa zaman persekolahan adalah satu zaman yang paling seronok dan paling indah sekali''

Ternyata,ia memang benar sekali.Tersenyum aku sorang-sorang bila teringat detik-detik suka duka bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang sporting masa sekolah dulu.Masa tidak boleh diundur.Segalanya tinggal kenangan yang akan aku semat elok-elok dalam memori kehidupan.

Bila dikenang waktu paling mencabar adalah masa kena denda.Mula-mula memang rasa takut tapi bila dah banyak kali kena rasa seronok pulak..haha...(aku tak jahat tapi cuma sedikit nakal)

Saja nak imbas balik antara denda-denda yang selalu dikenakan pada aku dan kawan-kawan masa zaman sekolah dulu.Mengimbas kenangan zaman sekolah.Suka dan duka.

berdiri atas meja
Kena berdiri atas meja adalah antara denda paling popular zaman aku dulu,rupanya sehingga kini denda ini masih digunakan oleh guru-guru.

berdiri atas kerusi
Berdiri atas kerusi ni jarang-jarang kena,tapi bila kena agak malu juga sebab biasanya cikgu akan panggil berdiri di depan sehingga kelas selesai.Perkara paling aku gementar adalah berdiri dikhalayak ramai,sampai sekarang masih tak hilang lagi.

berdiri dalam kelas
Berdiri semasa kelas berlangsung secara beramai-ramai.Aku masih ingat lagi sewaktu sekolah menengah waktu subjek sains.Puan Zaleha mengajar ketika itu.Kebetulan Puan Zaleha masuk lewat sedikit dari biasa.Kami semua apalagi semua enjoy tak ingat.Kelas dah jadi macam pasar malam.

Puan Zaleha masuk dengan keadaan muka yang marah.Sebab kelas bising dan homework yang diberi ramai yang tak siap.Semua kena berdiri sepanjang kelas. (Maafkan kami semua Puan Zaleha)

berdiri luar kelas

Denda berdiri diluar kelas dengan angkat kerusi aku tak pernah kena lagi.

jalan itik
Denda berjalan macam itik rasanya macam pernah kena.Kena berjalan sepanjang koridor kelas.Perlu melalui tiap-tiap kelas yang ada di korridor tersebut.Malu tahap gaban wei....Langsung awek-awek kelas lain nampak kedegilan gua ni..haha.

denda cuci tandas
Cuci tandas pun aku tak pernah kena.Kalau kena memang taubat terus aku rasa.Sebab tandas sekolah aku tu antara tandas yang terkotor sekali aku rasa.Puiii boleh puasa seminggu aku rasa kalau kena.

gunting rambut percuma
Ini pun antara denda atau hukuman paling menarik sekali,sebab dapat gunting rambut secara percuma.Cikgu sendiri yang akan gunting rambut kita.Biasanya rambut yang tidak kemas dan panjang melebihi 5cm akan di ambil tindakan.

Perlu diingat!! Kalau cikgu yang potong harap maklum saja lah..memang tak ikut standard kedai atau saloon la yer...habis senget benget dan tobek-tobek rambut di buatnya.hihi

selamat hari guru
Walau apapun yang cikgu lakukan kami semua tetap sayang cikgu,kami tetap hormat cikgu.Sebab cikgulah IbuBapa kami semua ketika kami berada disekolah.Segala tunjuk ajar cikgu telah kami gunapakai untuk kehidupan kami hari ini dan akan datang.

Terima kasih CIKGU.

Tiada penyesalan atas apa yang terjadi.Yang ada hanyalah penyelasaian diatas apa aku lakukan dahulu.Kehidupan mesti diteruskan walaupun kematian sentiasa ada didepan. 

TRY AND ERROR dah tak releven lagi. Kita tukar TRY AND FIX 

Sebab jika try and error banyak buang masa,

Jika TRY AND FIX banyak jimat masa .Tak faham xpe.Lain kali jumpa lagi.

Bisnes Tudung Secara Sambilan

0
0

Bisnes Tudung Secara Sambilan
Sekarang memang ramai  yang buat bisnes tudung.Sama ada secara online mahupun offline.Wife aku pun tidak terkecuali.Dia memang minat sangat buat bisnes tudung sejak dari zaman dia bekerja lagi.Sekarang dah jadi suri rumah pun tetap jual tudung.

Bila dah ada regular customer memang mudah nak jual.Antara tudung yang wife aku jual adalah tudung bawal aidijuma yang tengah hot sekarang ni.Memang busy giler-giler nak layan customer.Sebab tudung aidujuma akan keluarkan design baru pada setiap minggu.Secara tak langsung aku pun turut terlibat.Merangkap driver.Boleh dikatakan setiap cawangan area lembah klang aku dah terjah.Dimana ada stokis aidijuma disitulah kami berada.

Untung jual tudung memang lumayan.Boleh la buat top up apa yang kurang.Buat bisnes tudung ni secara sambilan jer.Dari tak buat apa.Dapat juga duit tepi.

Selain dari tudung bawal Aidijuma,sekarang tengah hot Shawl Naelofar.Harga agak mahal kalau nak dibandingkan dengan Bawal aidijuma.Setiap kategori ada peminat nya yang tersendiri.

Sebagai peniaga perlu ambil peluang yang ada.Take advantage la.Ada yang minat bawal Aijuma dan ada juga yang minat shawl Naelofar.Macam shawl Naelofar nak tengok yang terkini mudah jer.Naelofa akan sentiasa pakai shawl yang terkini pada rancangan Meletop di astro maya hd setiap selasa pukul 10 malam.

Sekarang ni yang paling terkini tudung bawal satin Yuhanis.Yang ni wife aku tak follow.Tapi aku tengok permintaan pun banyak.

Siapa Yuhanis?

Yuhanis adalah watak yang dilakonkan oleh pelakon baru Mia Ahmad dalam drama Hati Perempuan di TV3.

pelakon hati perempuan
Bila drama dapat sambutan,Tudung yang dipakai turut dapat sambutan.Baik punya promosi kan.Baru aku tahu Mia Ahmad ni anak kepada pelakon Ahmad B.Cantik tak?

Tu belum masuk tudung Fareeda lagi.Kalau aku nak listingkan memang tak habis.Banyak sangat jenama-jenama tudung yang ada.

Last but not least aku nak kongsi satu Rahsia Bisnes Tudung.Tapi korang kena ikut cara yang aku bagi ni betul-betul.Maksud aku secara serius la.Jangan main-main.

Apa masalah pertama nak buat bisnes?

*Tak cukup modal
*Tak tahu bagaimana nak mula
*Takut tanggung rugi
*Tak pandai promosi
*Tak kenal lubuk tudung murah

Sebenarnya masalah-masalah yang aku senaraikan kat atas ni adalah masalah biasa.Dan aku sendiri pernah hadapi.Jadi kalau nak bisnes perlu berani mencuba.

Kalau korang betul-betul serius nak buat bisnes tudung.Aku sarankan beli Ebook Rahsia bisnes Tudung ni.Korang akan di ajar secara detail.Memang untung beli ebook ni.Panduan lengkap tersedia didalamnya.Korang cuma perlu praktikkan ilmu yang diberi.Inshaa ALLAH jadi.



Akhir kata selamat berniaga.Jangan putus asa.

Khasiat Madu Kelulut

0
0
Khasiat Madu Kelulut

Khasiat madu kelulut ni banyak.Aku difahamkan dengan menggunakan madu kelulut boleh menyembuhkan lebih kurang 12 jenis penyakit.Antaranya 

  1. Diebetis Melitus (kencing manis)
  2. Strok
  3. Kanser
  4. Hipertension
  5. Gout
  6. Sakit-sakit sendi
  7. Menguatkan tenaga batin
  8. Anti penuaan
  9. Jerawat
  10. Kudis/kurap/fungus
  11. Meningkatkan metabolisme badan,menjaga kecantikan,menguatkan wanita yang baru bersalin
  12. Memulihkan kecederaan dalaman

Khasiat Madu Kelulut
Sebenarnya madu kelulut ni pada aku adalah lebah yang paling selamat.Sebab lebah kelulut tak bahaya macam lebah-lebah yang lain.Lagipun saiznya lebih kecil.Tengok la tu anak aku selamba je.Kalau lebah yang species satu lagi tu,jangan harap la nak buat aksi macam ni.

Khasiat Madu Kelulut
Kebetulan masa tengah rewang rumah kakak ipar aku jiran sebelah rumah tu ada bela lebah kelulut ni.Ada satu je pun sarangnya.Dia kata untuk stok minum madu sendiri bukan untuk jual pun.Senang jer nak ambik madu kelulut ni.Guna picagari pun boleh.

Kalau nak lagi rare guna straw pun ok.Terus sedut masuk mulut.memang terbaiklah.Kalau lambat collect madu akan jadi beku.Tapi still boleh makan.Jadi macam makan keju.

Khasiat Madu Kelulut
Khasiat Madu Kelulut

Dapat banyak ni jer.Sebab sarang madu kelulut ada satu.Kalau banyak sarang memang best.Harga sarang madu kelulut kalau nak beli boleh mencecah rm200 sehingga rm500 satu sarang.Bergantung kepada banyak lebah dalam sarang tu.Beli sarang siap ada lebah kelulut dalam tu.

Jadi kalau ada yang berminat nak usahakan sendiri boleh beli sarang nya sendiri.tiap-tiap hari boleh minum madu kelulut.terbaik dari ladang.

Silap-silap boleh meniaga terus.Madu kelulut sekarang ni mempunyai permintaan yang tinggi dan harga untuk sebotol saiz botol 100 plus yang kecil bernilai sekitar RM40 hingga RM60 sebotol.

Khasiat Madu Kelulut

















Kesimpulan masa haritu madu kelulut dapat banyak ni jer.Yang menanti lebih 10 orang.Utamakan yang otai-otai.aku telan air liur je la.Apapun madu kelulut memang banyak khasiat.rasanya lebih sedap dan lemak berkrim katanya.Nak cuba?beli la sendiri...huhu

Air Asia ASEAN TRAVELLER - Sukarelawan diperlukan

0
0
Berita baik bagi blogger dan orang ramai yang suka Travel.Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia sedang membuat satu program ASEAN TRAVELLER kalau tak silap lah.

Mengikut perkhabaran yang aku terima Air Asia memerlukan 5 orang yang berkelayakan dalam bidang Beach Specialist,Pro-foodie,Selfie Expert,Instagram Artist dan Extreme Daredevil.


Sekiranya korang mempunyai salah satu kepakaran di atas maka aku sarankan agar korang cuba isi borang dulu.Dapat atau tidak bagi aku itu perkara no 2.Kalau terpilih cuba bayangkan dapat mengembara ke seluruh asia secara percuma tu.

Bukan senang nak pergi kalau guna duit sendiri.Kalau nak pergi sendiri mungkin tak semua tempat la kot.Jadi gunakan peluang yang ada ni.

Kategori yang ketiga selfie Expert tu aku rasa banyak calon-calonnya.Daripada korang selfie tak tentu hala tu baik cuba bakat kat sini.Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

Bagi yang ada Video travel yang menarik korang boleh upload sekali nanti selepas pendaftaran.Ada hadiah menarik yang menanti.

Okeylah nak cerita banyak pun aku tak reti sangat.Sebab aku Travel pun jarang-jarang.

Bagi yang nak mencuba nasib boleh isikan borang di sini Borang Asian Traveller.

Aku doakan semoga korang berjaya.

Siaran TV Digital baru dari MYTV Broadcasting

0
0
TV Digital baru dari MYTV Broadcasting
Rakyat Malaysia bakal dapat siaran TV Digital secara percuma tak lama lagi.Mula-mula dulu aku ingat benda ni hanya khabar angin sahaja.ataupun sekadar omong kosong jer.Tapi bila aku dapat tahu peringkat percubaan atau fasa 1 sedang dijalankan di Pekan,Pahang bermula 1 jun yang lepas,baru la aku rasa memang betul.

MYTV Broadcasting Sdn Bhd adalah Syarikat yang di pertanggungjawabkan  oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan infrastruktur bagi projek TV Digital ini.

Kenapa Pahang yang mula dulu?aku pun tak tau kenapa.Bukan bidang kuasa aku nak siasat lebih-lebih.Apapun aku harapkan agar projek ini berjalan dengan lancar.

Berapa Channel ada?
Aku dapat tahu Mytv akan menyediakan 30 Channel secara percuma dan akan bertambah sehingga 80 channel menjelang 2019 nanti.

Bagaimana ia Berfungsi?
Ia berfungsi menggunakan format  DTT - Digital Terestrial TV.Yang akan dipancarkan melalui transmisi atau pemancar bumi terus kepada pengguna.Ia tidak menggunakan piring macam astro.Tetapi ia menggunakan antena UHF selain daripada itu tidak boleh.Kualiti gambar adalah HD.Memang terbaik.

Kepada yang dah ada antena UHF dah jimat belanja.

Pada peringkat percubaan ini pengguna akan dibekalkan dengan 1 set decoder,1 alat kawalan jauh,seutas kabel HDMI,seutas kabel RCA dan 1 power adapter .Dikhabarkan peringkat percubaan ini akan berlangsung selama beberapa bulan.

Peringkat percubaan ini hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat.Pihak MYTV yang diberi nama ''MYTV Foot Soldier'' sendiri yang akan turun padang mencari pengguna yang layak.

Siaran  TV Digital
Selepas tempoh itu set percubaan tadi akan di ambil kembali oleh pihak MYTV Broadcasting untuk tujuan analisa.Kemudian baru dapat Set Decoder yang sebenar.Kepada yang berkelayakan ia akan diberi secara percuma. 2 juta unit disediakan tahun depan.Aku dengar sapa yang dapat BRIM akan dapat set decoder percuma.

Yang tak dapat mungkin ada sedikit bayaran dikenakan.Anggaran sekitar RM200 per/unit.Kira ok tu.Bukan ada bayaran bulanan pun.Siaran TV digital Percuma yanng pertama di Malaysia ni.

Agaknya apa reaksi Astro yer lepas ni.Adakah Astro akan menurunkan harga langganan atau terus kekal pada value sekarang?Kita nantikan.

Yang tak bestnya aku dengar Selangor adalah Fasa yang last sekali dapat......Selepas Pahang ia akan bergerak ke Terengganu pula........

Cari jodoh di Semanis Kurma.my

0
0

Peluang baik bagi yang sedang atau tengah cari jodoh.Semanis Kurma merupakan sebuah platform yang harus korang join atau sertai.Perhatian kepada kaum adam!!! Untuk yang bujang only.hihi.


Tapi kalau yang dah kawin atau beranak pinak tu yang cuba nasib tak salah.Asalkan berkemampuan dari segi zahir dan batin.Dalam Islam lelaki dibolehkan berkahwin lebih dari 1 dan jangan lebih dari empat.Jika berkemampuan.

Okey mungkin ada yang berkata jodoh itu di tangan Tuhan.Betul tu.Tapi ia akan jadi tak betul sekiranya tiada usaha yang dilakukan untuk mendapatkan jodoh.Hanya berserah dan berdoa.Sedangkan rezeki pun kalau tak dicari ia tak datang bergolek.Betul tak?

Tentang Semanis Kurma.Ia merupakan sebuah sebuah tempat untuk berforum atau bersembang tentang masalah peribadi dan juga tempat untuk mencari jodoh dalam talian yang sesuai dengan mereka yang sedang mencari.

Semanis Kurma ni hanya untuk orang Islam sahaja.

Kepada yang dah ada jodoh atau yang dah berkahwin boleh juga sertai semanis kurma.Sebab pihak semanis kurma ada menyediakan platform untuk affiliate.

Bunyi macam pelik kan.Sebenarnya untuk  menyertai semanis kurma ni ada yang berbayar dan ada yang percuma.Yang berbayar ada keistimewaan yang pihak semanis kurma sediakan.

Laman web cari jodoh semanis kurma memang terbaik.Tak percaya cuba join.Dah join baru tahu.kan.Nak cari jodoh? Nak cari pasangan ? Nak cari kawan ? Nak cari sahabat ? semua ada di semanis kurma.

So,tunggu apa lagi.jangan buang masa.Mana tau Jodoh korang ada kat sini.Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.Usaha kena kuat.Jangan dok asyik berserah je.Semoga korang dapat bertemu jodoh di semanis Kurma.

Jangan lupa jemput aku nanti bila dah dapat jodoh.Jangan pulak makan nasi minyak sorang-sorang.hihi.

Klik sini untuk join - Semanis Kurma

Wanita Datang Bulan jangan makan makanan ni!!!

0
0

Tajuk macam satu amaran je kan.Memang amaran pun sebab berdasarkan pengalaman sendiri orang perempuan ni dia ambik tak kisah pasal pemakanan.Lebih-lebih lagi saat dan ketika datang bulan atau lebih dikenali ''period''.
Wahai kaum Hawa yang sudah datang bulan dan yang masih datang bulan.Sila baca informasi ini untuk kebaikan masa depan,demi menjaga kesihatan diri yang lebih terjamin.Tolong ambil tahu apa yang korang makan dalam masa ''period'' tu.

Kalau boleh elak tolong elakkan.Tapi kalau nak makan jugak tiada masalah...silakan.Kesannya korang gak yang tanggung.

Aku nak kongsi 6 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika ''datang bulan''.

Daging Berlemak 
- Boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim.Sakit akibat senggugut juga akan semakin bertambah.Boleh digantikan dengan ayam atau ikan.

Ais Krim 
- Mungkin ramai yang belum tahu tentang memakan ais krim ketika ''datang bulan''.Ais krim mengandungi lemak,jadi kesan dari makan ais krim sama macam makan daging berlemak tadi.Elak-elakkan.

Makanan Ringan
- Makanan ringan seperti snek dan kerepek mengandungi garam yang tinggi.Ia boleh membuatkan perut kembung.Dan menyebabkan ketidak selesaan pada perut.

Coklat,Kek dan Biskut
- Jenis makanan berikut banyak mengandungi gula,Tidak dinafikan gula dapat meningkatkan mood seseorang cuma ia tidak boleh bertahan lama.Ia cuma akan membuatkan senggugut korang menjadi lebih teruk.Gantikan dengan makan buah mangga dan buah pear.

Kopi
- Ia mengandungi kafein yang tinggi dan ia tidak elok untuk korang.Minum teh ok tiada masalah.Sebab kandungan kafein dalam teh adalah rendah.

Minuman Tenaga
- Dan yang terakhir jauhkan dari meminum minuman tenaga  kerana ia mengandungi kafein dan gula yang tinggi.Tidak bagus untuk kesihatan.Minum air kosong kan lagi bagus selain sihat ia dapat menjimatkan duit korang.

Aku harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat wanita-wanita diluar sana.Mungkin ada yang tanpa sedar pernah termakan atau terminum apa yang tak boleh ketika ''period''.Tu yang tiba-tiba senggugut datang menyerang tanpa amaran.

Tak pasal-pasal berguling-guling atas katil.Tu untung kalau atas katil buatnya kat toilet!!!....

hehe...saja gurau.Jangan marah yer....

Isu Pergaduhan di Lowyat !! Apa Pandangan anda???

0
0
bergaduh di lowyat
Kecoh semalam kat Lowyat.Ingatkan ada mega sale ke apa...Rupa-rupanya ada aksi pergaduhan.Kalau ada mega sale ingat aku pun nak turun jugak.Boleh beli telefon bimbit murah-murah kan.

Aku tak nak ulas lebih-lebih pasal isu pergaduhan di LowYat ni.Sebab tak nak timbul isu lain pulak nanti.Dan aku rasa ada yang dah tahu apa yang berlaku sebenarnya dan ada juga yang masih keliru dengan apa yang terjadi.Kalau baca di media sosial aku dapati ada dua cerita yang mungkin membuatkan orang ramai keliru.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7:50 malam semalam,mungkin masa ni sesuai kot sebab dah makan lepas berbuka puasa.So,ada la tenaga nak buat serangan.Just imaginasi je tu....

Tapi pada aku mamat ni kira berani,Mana taknya datang tujuh orang jer.Nak kasi langgar tempat orang yang ada ratusan orang tu.Silap-silap gengster pun ada dalam tu.

Ada yang kata mamat tu kena tipu sebab beli telefon bimbit tiruan.Kes tak puashati la ni.Dah la nak raya kena tipu pulak tu.

oppo jual barang tiruan

Ada juga yang kata mamat tu curi telefon bimbit tersebut.Mana satu ni.Confius la.
oppo original

Habis jahanam tempat ni kena serang.Kerugian di anggarkan RM70,000.Jika benar apa yang dikata harap lepas ni pihak terbabit melantik wakil jualan yang menjual barang yang original sahaja.Agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.Pihak-pihak lain juga diminta tampil membuat siasatan.Kepentingan pengguna perlu diambil tindakan segera.Takkan nak tunggu ada yang merusuh lagi baru nak ambil tindakan.

lowyat kena serang
pahlawan melayu lowyat
Buat mamat ni,Aku ucapkan syabas kerana dengan apa yang lu buat ni telah membuka mata semua orang,Lowyat bukanlah satu pilihan untuk mendapatkan Gadget impian korang sebenarnya.Kalau nak terus dapatkan di Outlet yang sah dan juga di Syarikat-syarikat Telco.Dah tentu barang tu ori.Mahal tapi puashati.Dari beli yang murah , tapi klon nak buat apa......

Tapi kalau mamat ni buat yang sebaliknya aku harapkan agar dia ambil ikhtibar dari apa yang berlaku.Tak perlu nak jadi gangster atau nak jadi hero.Kita ada undang-undang think smart bro.....

Aku tak berpihak pada mana-mana,sebab aku pergi Lowyat plaza pun baru sekali seumur hidup aku.Jadi aku tak tahu kebenarannya.Pihak-pihak yang pernah kena tipu di Lowyat lebih baik tampil ke balai polis buat laporan atau terus ke KPNKK atau Kastam.Kita tengok berapa banyak laporan yang masuk.pastikan ada bukti baru best...

Jika ramai yang tampil ke depan baru seronok nak buat kempen BOIKOT LOWYAT .....All the best.

Video pergaduhan di Lowyat



Bahaya penyakit Sindrom Carpal Tunnel .

0
0
Bahaya penyakit Sindrom Carpal Tunnel .
Mungkin ramai yang belum tahu tentang adanya sindrom carpal tunnel ni.Kepada mereka yang sering atau kerap menghadap komputer mesti akan mengalami masalah ini.Aku mula-mula pun tak tau.Aku mula dapat tahu tentang penyakit ni pada awal bulan lepas.Tu pun sebab tangan aku sakit dan kebas sebab terlalu lama menghadap komputer ni.
Aku cuba minta bantuan Dr.Google tentang sakit dan kebas pergelangan tangan.Tiba-tiba aku terjumpa sebuah halaman sesawang yang menceritkan tentang sindrom carpal tunnel ni.

Bahaya rupanya jika sindrom penyakit carpal tunnel tidak dibendung awal.

Bahaya penyakit Sindrom Carpal Tunnel .

Inilah yang aku alami sejak kebelakangan ni.Sakit di bahagian pergelangan tangan dan kadang tu jari-jari kebas dan sengal-sengal.Yang paling menakutkan aku bahaya penyakit carpal tunnel jika dibiarkan boleh menyebabkan kecacatan pada tangan korang.

Apa yang menyebabkan penyakit sindrom carpal tunnel ini (cts)?

  • Menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon (khusus bagi wanita bersalin)
  • Posisi tidur salah,tangan tersepit atau tertindih menyebabkan saraf tengah di dalam terowong carpal mengalami masalah.
  • Faktor genetik
  • Dan banyak lagi.Boleh google sendiri kalau nak.......
Ramai di kalangan kita semua yang tak ambil endah akan penyakit sindrom carpal ni.Jika dibiarkan sendi dibahagian tangan mungkin boleh putus dan akan menyebabkan tangan korang cacat dan gagal berfungsi.Dengan erti kata lain ''lumpuh''.

Ada beberapa cara untuk kita elakkan dari terkena penyakit sindrom carpal tunnel.

cara guna mouse yang betul

  • Gunakan tetikus yang bersesuaian dengan tangan korang.Tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar.
  • Pegang tetikus dengan betul,pastikan tangan tidak tergantung di atas meja.Tangan mestilah lurus diatas meja.
  • gunakan papan kekunci dengan betul.
Jika tanda-tanda Sindrom carpal tunnel dah ada kat tangan korang,lebih baik cepat bertindak sebelum terlambat.Jika pergelangan tangan terasa sakit dan kebas-kebas di jari kelingking itu tandanya korang sudah hampir ke arah Carpal Tunnel Sindrom (cts).

Berikut adalah jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghindarkan penyakit sindrom carpal tunnel.Mohon di praktikkan.

Aku pun tengah nak praktikkan ni.Dan aku cuba kurangkan aktiviti online buat masa ni.Nak bagi tangan ni rehat dulu.Sebelum ni sehari online lebih kurang 12 jam sehari.sekarang cuba buat 6 jam sehari.

senaman pergelangan tangan

Mencegah itu lebih baik dari mengubati.Tangan nak pakai lama beb.Sayangilah tangan anda.

Buat Duit Dengan Affiliate Jvzoo.

0
0
logo jvzoo

Apa benda jvzoo ni? Itulah soalan pertama yang keluar dari kotak fikiran aku pada kali pertama aku nampak website jvzoo ni.Ingatkan Zoo,tapi bila aku cuba selongkar takda pula haiwan-haiwan kat dalam ni.

Cari punya cari rupanya Jvzoo ni sebuah platform perniagaan affiliate luar negara yang menggunakan matawang usd.


Fungsi sama macam ashadee.com dapat komisen jualan ebook.Cuma ashadee banyak berlegar di Malaysia kalau tak silap.Mula-mula rasa macam boleh ke aku join ni.Sedangkan kat Ashadee.com pun aku baru dapat buat 1 sale.Ni nak buat yang international pulak.

Ahh!!! persetankan itu semua."I will do it"

Mana aku jumpa Affiliate Jvzoo ni? aku tanya dan aku jawab ok....haha..Sebenarnya aku jumpa kat laman sosial facebook.Ada la mamat tu asyik promote pasal cara nak buat income usd.Aku pun gatal tangan suruh dia pm.Bila dia pm tu yang ingat kenapa dia pm kat aku pasal zoo pulak ni....gelak sorang-sorang aku.Korang kalau tak nak gelak pun takpe.

Bila aku baca betul-betul nampak macam menarik.Gila murah Ebook yang dia jual cuma USD3 lebih kurang RM11 lebih kalau duit Malaysia untuk dapat kan ebook panduan buat duit usd.

Ebook tersebut adalah hasil tulisan dan penat lelah Raja kamil iaitu seorang Internet Marketer(IM) yang aku rasa sebaris atau setanding Irfan Khairi.Kalau tak kenal Takpa.Kalau kenal lagi bagus.

Dapat je Ebook Panduan buat duit usd tu aku pun baca dengan penuh tawaduk dan khusyuk ....cewah...Maklumla USD3 tu beli.Murah ke mahal?

Bila aku baca nampak macam senang je nak buat.Cuma perlu ikut arahan dan panduan yang diberikan oleh Raja Kamil tanpa prejudis.So tanpa berlengah aku pun terus buat tanpa segan silu.Guna facebook je aku buat marketing.

Jeng jeng jeng......inilah hasilnya
pendapatan jvzoo

Mungkin pada orang lain biasa-biasa.Tapi pada aku ia satu kejayaan besar dalam usaha aku untuk mendapatkan pendapatan menggunakan platform affiliate jvzoo.Al hamdulillah aku berjaya menghasilkan 10 jualan pada 2 minggu yang pertama.

Apa yang menariknya pendapatan dari hasil jualan tersebut akan terus di kreditkan atau di masukkan ke akaun paypal kita pada setiap minggu untuk permulaan.Dan seterusnya akan masuk ke akaun paypal kita untuk setiap jualan.....

income usd tak henti-henti
Transaksi akaun paypal aku pada 30 julai 2015.Bukan nak menunjuk tapi sebagai bukti.

Best tak?
Kalau rasa best dan berminat nak join sekali pun boleh.

Jom try kat sini
Dan semoga berjaya.sekian untuk kali ini.ada masa nanti aku update lagi.

Aku Suka Minum Kopi !!!

0
0
minum kopi sedap

Kenapa aku pilih tajuk "Aku suka Minum Kopi" ??

Salah satu sebabnya  aku suka minum kopi bila mengantuk.Kadang-kadang tak mengantuk pun aku sesah kopi jugak.....Kebiasaan aku hanya akan menggunakan kopi cap Hang Tuah.Jenama lain aku tak berapa suka.Melainkan kopi 3 in 1.Yang ni aku suka Kopi Jantan ataupun Kopi CNI - Tongkat Ali Ginseng Coffee dan yang paling terkini aku suka kopi white coffee.

kopi cap hang tuah

Okey,Sapa yang gemar minum kopi boleh teruskan pembacaan.Dan yang kurang gemar atau tak gemar boleh hentikan atau baca sambil lewa...hehe

Aku nak share macamana nak bagi rasa kopi menjadi lebih sedap dan beraroma!!!
Ada 6 jenis bahan yang perlu di tambahkan ke dalam kopi selain gula dan susu atau krimer.

1.Kayu Manis
kopi kayu manis

Cara-cara penyediaan kopi kayu manis.

-Masukkan sebatang kayu manis ke dalam air panas yang mendidih,pastikan air betul-betul panas dan aroma wangian kayu manis dapat dirasai di seluruh bilik.
-Masukkan 1 1/2 sudu serbuk kopi dan kacau sehingga sebati selama 2 atau 3 minit ,Boleh letakkan sedikit gula jika mahu.
-Kemudian tapis serbuk kopi tadi dan sedia untuk di hidang.Boleh dihidang bersama brownies untuk menambah ke enakan kopi tadi.Pasti terangkat bila minum kopi kayu manis.

2.Madu
kopi madu


Cara penyediaan Kopi Madu.

-Masukkan 2 sudu kecil kopi beserta 300 ml air panas.
-Tambahkan 2 sudu kecil madu dan kacau sehingga sebati.
-Untuk lebih sedap lagi boleh tambahkan 4 sudu kecil whipped cream....

3.Lemon
kopi lemon

Cara penyediaan Kopi Lemon:

-Potong sebiji lemon seperti gambar di atas dan perah jusnya kedalam cawan.
-Masukkan serbuk kopi dan sedikit gula ke dalam cawan tadi dan tuang air panas.Kacau sehingga sebati.
-Kopi Lemon sedia dihidang.Pasti menyegarkan,Biasanya tak cukup secawan.

4.Coklat
kopi coklat


Cara penyediaan Kopi Coklat:

-Cairkan 50 gram coklat (mengikut citarasa).
-Dah cair?Masukkan 2 sudu kecil kopi,250 ml susu cair dan gula ikut selera tekak masing-masing.

5.Pudina
kopi pudina

Cara penyediaan Kopi Pudina:

-Tuang air panas bersama gula dan serbuk teh
-Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pudina.
-Kemudian masukkan serbuk kopi,kacau dan sedia dihidang.

6.Daun Pandan
kopi pandan

Cara penyediaan Kopi Pandan:

-Potong daun pandan sehingga halus dan masukkan kedalam air panas yang mendidih.
-Masukkan 1 sudu serbuk kopi,1 sudu teh gula,2 sudu krimer coffe-mate ke dalam rendaman air pandan tadi.
-Kacau sehingga sebati dan bau semerbak akan mula dihidu...pasti mempersonakan.

Aku harap ia dapat memberikan sedikit inpsirasi baru buat peminat tegar kopi.Asyik minum kopi susu jer.Sesekali ubah sikit bahan tambahan dalam kopi tu.Baru terangkat.

Buat Simpanan Di Usia Muda.Jangan menyesal di kemudian hari.

0
0
coin deposit machine
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Masih ingat lagi tak dengan kata-kata tersebut?Tentu ingat kan.Mungkin ia pesanan dari ibu bapa kita ataupun pesanan dari guru-guru kita di sekolah dulu.Beruntung sapa yang ambil peduli dan amat rugi buat yang tak ambil peduli.Aku la tu.....hehe.

Masa zaman aku sekolah dulu terus terang memang aku langsung tiada tabungan.Tabung ayam pun aku takda.Kalau adapun jiran sebelah punya.Dulu tabung ayam aku rasa antara tabung paling popular sekali dikalangan tabung yang ada.

coin deposit machine

Masa dah pun berlalu dan terus berlalu,dah jauh sangat pun aku ditinggalkan oleh masa tersebut.Sekarang dah hampir mencecah usia 4 series.Nak menyesal pun tak guna.Simpanan yang ada sekarang cuma simpanan KWSP dan simpanan unit amanah atau unit trust.Cukup lah tu dari takda apa.

Zaman ni sapa yang takda akaun simpanan KWSP adalah sangat rugi.Sebab nanti bila dah capai usia persaraan 55 tahun tak boleh nak enjoy...hihi.Dan mereka juga akan terlepas satu lagi peluang ke emasan.Sebab dari akaun 1 kwsp kita boleh laburkan sebahagian ke pelaburan unit amanah terpilih.mengikut kelayakan.Macam aku pilih syarikat unit amanah terbaik dan terbesar di Malaysia iaitu Public Mutual.

simpanan untuk masa depan

Kelmarin tengok tabung syiling anak-anak dan diri sendiri macam dah banyak.Mungkin sebab tabung kecik tu yang rasa macam dah banyak.Aku masukkan dalam plastik dan pergi ke cawangan Cimb bank di Bukit Tinggi Klang untuk masukkan terus duit-duit syiling tersebut ke dalam Coin Deposit Machine ataupun mesin deposit duit syiling.Tempat lain aku pergi takda mesin deposit syiling tu.Cuma kat Cimb Bank Bukit Tinggi Klang jer yang ada.

Nak guna Coin Deposit Machine kat sini perlu ada akaun CIMB.Takda akaun sila buka akaun yer.Jadilah dapat RM91.95 sapa nak bagi kan.Duit terus masuk akaun simpanan.

Ada banyak cara sebenarnya kalau nak mula menyimpan.Boleh buat auto debit bulanan dengan cara ni memang mudah dan kadang tu tak perasan pun yang kita ada buat simpanan.Apapun selamat menabung untuk masa depan.Majulah tabungan untuk keluarga korang.

Kisah Rumah Kontena di Telok Panglima Garang

0
0
rumah kontena
Gambar ni aku ambil masa kebetulan singgah rumah member ( Fauzee) kat sebelah rumah.Tuan rumah pulak takda kat rumah,Maaf sebab ambil gambar tanpa izin.

Aku rasa pasti dah ramai yang tahu pasal kewujudan rumah kontena ni.Sebenarnya kisah rumah kontena ni kalau tak silap dah mula diperkatakan di laman sosial semenjak 2014 lagi.Rumah ni nampak macam cool sangat.

Dengan rekaan yang simple dan menarik aku rasa rumah kontena ni mampu menarik perhatian lebih ramai lagi orang diluar sana.Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa baik ni,rumah kontena adalah satu pilihan yang bijak.

Murah,jimat dan menarik.Apa yang penting selesa.


hiasan dalaman
sumber Rumah kontena official

hiasan dalaman
sumber Rumah kontena official

Sebahagian dari hiasan dalaman yang aku perolehi dari page Rumah Kontena Official.Memang menarik kan.Sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan.

Ikuti kisah bagaimana idea rumah kontena bermula dan semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada muda mudi diluar sana.

Diceritakan oleh pemilik rumah kontena sendiriEn.Muhammad Azree - Sumber fb page Rumah Kontena Official.

9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar,sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa.Saya baca sana-sini orang mengeluh rumah mahal.Saya termasuk dalam golongan tersebut dan memikirkan apalah nasib kita zaman sekarang,sungguh hebat cabarannya untuk hidup selesa.Kerajaan perlu lebih kuat berusaha.Tunaikan janji mereka dan kita juga mesti berusaha.

Permohonan saya untuk membeli sebuah motor diluluskan,tapi saya tidak tandangan dulu,saya perlu berfikir dengan lebih mendalam lagi,betul ke apa yang aku nak buat ni?Sebab dah ada komitmen kereta Perodua Viva sebiji.Jadinya saya buka laman web iklan percuma,saya cari apa yang boleh saya dapat dengan RM30 ribu selain motosikal yang saya idamkan.

Tanah!!Ya sebuah tanah lot di iklankan di laman web tersebut.Memikirkan kos sewa di Shah Alam sebanyak RM500 sebilik,selama 5 tahun saya akan rugi RM30 ribu.Habuk saya dapat,property tiada.Motor bukan pilihan saya akhirnya.Saya batalkan loan tersebut.

Saya nekad membeli tanah tersebut yang berkeluasan 2400 kaki persegi,bumiputera & freehold.Bukaan 80x30 kaki,Lokasi di Teluk Panglima Garang,25km dari Shah Alam,tempat saya bekerja ketika itu.

Beli tanah nak tinggal dimana?Komitmen dah bertambah ni,bukan sikit bayar bulanan pinjaman peribadi selama 5 tahun,saya pinjam RM75 ribu personal loan untuk dibayar selama 5 tahun,beserta kereta,anda boleh bayangkan bertapa sengsaranya ketika itu untuk membayar ansuran bulanan pinjaman.Tapi saya gagahkan.Komitmen sebulan kini RM1800 tak termasuk lain-lain benda nak dibeli dan dibayar.Gaji ketika itu RM3500,tolak EPF tinggallah beberapa RM sahaja.

Hasilnya,selepas saya melakar dan membuat research di internet,saya tekad untuk membina rumah dari unit kontena terpakai.Ya kontena buruk yang dibuang oleh syarikat-syarikat logistik yang tak layak naik kapal lagi.Saya belanjakan RM35 ribu lagi untuk semua urusan pembinaannya.

Sebiji kontena 20 kaki (1 TEU) saya beli dan potong,saya tambah tingkap,pintu,exhaust fan,cat antikarat luar dan dalam pasang lantai getah vinyl.Saya panggil abang saya,''Wan,tolong aku buat rumah''.''Ok dik abang tolong ko,belilah barang,upah bayar kemudian''.Lega saya mendengarnya,mak ayah saya time tubelum tahu sepenuhnya pelan saya,mereka cuma tahu saya beli tanah.Kemudian terpaksa saya ceritakan kepada mereka,mereka senyum dan setuju.Anak mereka sorang ni memang mereka tahu istimewa sikit...hehe.

Seminggu pertama,saya ratakan tanah,bersihkan semua semak samun,korek lubang untuk tangki septik,saya tempah 15 lori simen terpakai(pasir kotor) saya ratakan sebagai alas konkrit 1 kaki.Sementara menunggu kering,saya berulang dari Shah Alam ke Telok Panglima Garang untuk pastikan kontena saya siap,sebab masa adalah terhad,dan semuanya adalah kos yang tak mampu saya hadap lama-lama,sebab hari berjalan dan upah juga berjalan.

Penghujung September 2014 adalah tarikh akhir kontrak sewaan rumah saya di Spira Alam,Shah Alam,boleh dikatakan saya menjadi homeless pada ketika itu.Kontena masih belum siap!!

Arghhhhh!!!stress,mana bak tidur?Saya tekan lagi mereka supaya segerakan proses mengimpal dan cat,akhirnya pada tanggal 31 Oktober,kontena tersebut dipindahkan menggunakan sebuah lori side loader  walaupun belum siap,cat belum kering sepenuhnya,lantai vinyl belum lekat,tandas belum ada,api air?? jangan cerita.Tidur tak lena,makan tak cukup selama 2 minggu sebelum kontrak sewaan tamat.

Mujur lokasi tanah yang saya beli berhampiran dengan jiran yang benar-benar ambil berat.Acok dan isteri memberi saya sumber air selama sebulan beserta elektrik.Ayah dan mak datang naik lori dari Johor dengan membawa barang-barang peribadi saya yang lain.Hari itu adalah hari yang betul-betul menyentuh hati saya.Nak rumah sendiri sangat kan? Hah mendapat dah rumah dan rumah ni bukan sembarangan rumah dan keluarga saya sokong sepenuhnya,itu yang membuatkan saya bertambah terharu.

Tong air,kerusi,tandas duduk,wayar-wayar lama,zink,simen lebihan,papan semua ayah saya bawa naik lori.Abang saya dengan beberapa pekerja juga mula membantu,mereka memulakan dengan pembinaan tapak bilik air dan dapur.Ketika itu rumah masih 1 tingkat bahagian atas masih belum dibina.Air pun masih guna ehsan jiran,permohonan air dan elektrik saya hantar kepada Syabas dan TNB pada hari kedua.

Sebulan menunggu,akhirnya diluluskan.Bukan mudah tapi tidak mustahil.Ikut aturan dan prosedur mereka.TNB mensyaratkan pendawaian lengkap oleh individu bertauliah dan mestilah menutup box meter supaya renjatan tidak berlaku,begitu dengan sambungan pembumi.Syabas pasang meter seminggu selepas itu.Maka terputuslah pergantungan saya kepada jiran saya yang baik hati.Sepanjang sebulan saya tidur disana dengan rumah yang bertutupkan kanvas,tidur di atas lantai sorang-sorang,tiada siapa yang tahu.Yang tahu viral sahaja masuk Astro Awani dan Surat Khabar Kosmo dan lain-lain.

Panas?Memang panas pada awalnya,tapi setelah saya siapkan tingkat kedua berbumbung,suhu turun mendadak,dan saya pasangkan pendingin hawa 1.5hp untuk lebih keselesaan.Perlahan-lahan saya tambah baik rumah ni.Kawan-kawan dari jauh datang membantu,sayunya ketika itu.Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan saya,hanya Allah yang dapat membalas jasa baikmu wahai kawan-kawanku.

Duit sudah habis,rumah tak juga siap,nasib baik bonus masuk awal januari,saya gagahkan belanjakan duit tu untuk bayar upah tertunggak dan perkemas lagi keadaan didalam rumah,saya buat kebun dihalaman rumah,saya tanam sebolehnya apa yang boleh dimakan.

Ubi kayu?ada.Kiranya semua yang kontang ada ditanam di sekeliling rumah.Kacang,bendi,cili,keledek,kolam ikan pun saya buat.Orang tak nampak susah kita,tapi saya teruskan jua.Itu sahaja cara saya boleh berjimat.GST pun nak bermula,kos hidup pasti meningkat.

Kini saya sudah boleh kata selesa,saya sudah ada rumah sendiri,sempit atau nak tambah ruang?Bila-bila masa saya boleh tambah.Beli kontena lagi,tenggek atas kontena sedia ada,Kita pun kalau dah kawin,belum tentu dapat anak tiap-tiap tahun bukan?Jadi dengan ruang terhad yang ada sekarang,saya gunakan sepenuhnya,itupun ada kalanya saya tak naik ke tingkat atas dekat seminggu.Sebab semuanya ada di tingkat bawah,cepat dicapai,mudah sedia,mudah dikemas.Kawan-kawan dan jiran tetangga datang,mereka lepak dan menonton tv diruang atas.

16 orang ahli keluarga saya datang menginap,tiada masalah.Ok jer.Tapi saya tak faham dengan haters-haters diluar sana.Mereka mengkritik keras apa yang saya bina.Ini rumah saya.Saya tidak minta sesiapa,yang susah saya dan yang senang pun saya.Rumah kecil bagi saya is a place to live big.Big house bukan idaman saya.Anda diluar sana,kalau terdetik nak memiliki rumah,belilah kalau mampu,Sewalah jika perlu.Rumah RM250 ribu besar itu sahaja.lama-lama buruk juga.Nak modify dah reput,komtena ,anytime saya boleh upgrade,silap haribulan 10 tingkat saya buat,saya sewakan 8 tingkat untuk haters-haters diluar sana.Untuk bergaya biar kena pada cara.

Jika diikutkan,saya tidak akan membeli rumah dengan hutang selama 30 tahun,bersesak berebut parking atau duduk di apartment yang rata-rata pentingkan diri dan masalah sampah,lift saban hari.Biarlah saya susah bayar sekarang.Senang kemudian.Saya masih bujang dan masih muda,bagi saya masih banyak boleh saya lakukan ketika sihat dan tidak mengapa hidup susah ketika ini.Saya ada semua yang saya impikan dan saya akan teruskan sebuah lagi impian,mengubah MPV yang baru beli kepada Karavan.Rezeki juga amat misteri,akhirnya saya mampu mendapatkan sebuah motosikal saya idamkan selepas 7 bulan rumah di bina.

Pada anda diluar sana,saya bukanlah orang kaya mana.Anak Felda je.Mak ayah saya dulu buat rumah sendiri juga.Kalau mereka boleh,kenapa tidak kita?Saya pun bekerja,sibuk juga,boleh sahaja uruskan masa untuk menyiapkan semuanya.Untuk tambahan,saya juga ada menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan,saya buat Freelance Web Designing sebagai income tambahan,saya juga bela ayam kampung dengan kawan-kawan,saya tanam pokok stevia dan lain-lain asalkan halal jadi duit.Anda patut mencuba,seronok,ternyata amat berbaloi mencubanya.Siapa yang kita nak salahkan kalau duit tak cukup?Kerajaan atau kita sendiri yang malas nak berusaha?

Saya Muhamad Azree Abd Rahim,berumur 26 tahun dan ini kiasah saya yang baru ingin bermula.....
In Life,You need either strong courage or good family anda friends or simply just having them all.

Fakta Rumah Kontena
Tanah: RM35,000
Keluasan: 80 x 30 kaki = 2400 kaki persegi
Pembinaan rumah kontena dan tingkap tambahan serta lain-lain kos tersembunyi : RM50,000

Jumlah RM85,000
Pinjaman peribadi 5 tahun : RM75,000
RM10,000 dari duit bonus bekerja
Kelengkapan rumah : Alhamdulillah semua ada,Aircond,astro dan internet.

Untuk melihat lagi gambar-gambar pembinaan dari awal rumah kontena sila singgah ke galeri Muhamad Azree Disini 

Harap selepas membaca kisah rumah kontena di atas ia dapat menjadi sumber inspirasi buat korang.Kesimpulan dari kisah yang Muhamad Azree kongsikan adalah tak perlu nak hidup mewah jika tak mampu.Hidup berdasarkan apa yang kita mampu.Ukur baju dibadan sendiri.Asalkan hati senang.

Buat apa kalau hidup mewah tapi hutang keliling pinggang,tidur malam pun tak lena dibuatnya.Aku rasa satu hari nanti rumah kontena akan menjadi satu pilihan kepada mereka yang inginkan penjimatan dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang ni....tungguuuuuu.......

Langkah-langkah kesihatan yang perlu di ambil semasa jerebu.

0
0
kadar ipu

Jerebu datang lagi.Pasti ia akan membuatkan semua orang berasa tidak selesa dengan kehadiran jerebu kan.Kalau ada yang suka aku tak tau nak cakap apa.Boleh dikatakan sekarang ni nak bernafas pun susah.Mana taknya kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) setakat pagi tadi di Banting sudah mencecah hampir kepada 190.


Sikit lagi nak cecah 200.Kalau ikutkan bacaan IPU 190 tu pun dah kategori tak sihat.Masuk 200 tu dah dalam lingkungan zon merah.Kategori paling tidak sihat.Kepada yang ada penyakit asma atau semput memang agak berisiko sebenarnya.Oleh itu jagalah kesihatan masing-masing.Aku yang boleh diklasifikasikan sihat ni pun ,ada rasa macam nak semput.

Apapun marilah kita sama-sama berdoa agar jerebu ini akan berkurangan.Semoga Presiden Indonesia Joko Widodo mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah kebakaran hutan di Riau dan kalimantan yang menjadi punca utama masalah jerebu di empat buah negara Asia iaitu Malaysia,Indonesia,Singapore dan Brunei.

Ada yang masih tidak faham kesan-kesan bahaya jerebu.Okey meh aku perjelaskan apa itu jerebu sebenarnya.

Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar,ia terampai di atmosfera dalam kepadatan yang tinggi.

Zarah halus ini akan disedut masuk kedalam sistem pernafasan manusia dan boleh mengundang bahaya.

Antara kesan kesihatan  yang biasa terjadi akibat jerebu adalah jangkitan saluran pernafasan,radang paru-paru,asma,sakit tekak dan sakit mata.

Tekak aku sendiri ni pun dah mula perit.Ini antara tindakan yang perlu di ambil semasa jerebu bagi menjaga kesihatan kita seisi keluarga.

Cuba kurangkan aktiviti diluar rumah,kalau nak keluar ke tempat lain pastikan segera masuk kedalam bangunan atau tempat yang dituju.

Sentiasa pakai penutup muka(face mask) yang sesuai seperti jenis P100 dan N95 jika berada di luar rumah.

Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih.Bagi yang merokok tu tolong hormati ahli keluarga atau orang lain.Cuti hisap rokok buat sementara waktu jika perlu.

Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar.

Banyakkan minum air kosong - sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Apabila memandu,gunakan penghawa dingin.Pilih mode kitaran udara dalaman.

Aku harap panduan kesihatan semasa jerebu ini dapat memberikan sedikit manfaat buat semua.

Tadom Hill Resort Lokasi sesuai untuk Riadah dan Team Building.

0
0
tadom hill resort
Tadom Hill Resort!!!Kenapa aku tak tahu.Padahal lokasinya bukan jauh sangat dengan rumah aku lebih kurang 30 minit jer perjalanan kalau naik kenderaan....Kalau jalan kaki mungkin akan ambil masa tiga hari dua malam kot..haha.

Tau-tau dah viral je kat laman sosial facebook dan blog-blog.So,harini aku free.Aku nak cuba survey tempat ni dulu.Mana tau sesuai untuk aku buat team bulding ataupun tempat untuk riadah bersama keluarga.

Perjalanan dari Telok Panglima Garang Ke Tadom Hill Resort mengambil masa lebih kurang 30 minit.Tadom Hill Resort terletak di Kampung Labuhan Dagang.Cantik nama kampung.Mungkin suatu masa dulu tempat ni adalah lokasi tempat pedagang berlabuh kot.

Cari-punya cari jumpa jugak Tadom Hill Resort.Tempat ni masih baru.Jadi untuk ke Tadom Hill Resort memang agak rumit kepada yang tak pernah ke sini.Sebab langsung tiada sign board untuk ke sini.

Okey kepada yang datang nanti pada pada akhir post ini aku akan bagi lokasi gps untuk ke Tadom Hill Resort ni yer.

Tadom Hill Resort
Tadom Hill Resort
Tadom Hill Resort

Sebahagian dari pemandangan yang aku dapat snap.Memang cantik pemandangan bukit batu kapur dan tasik di Tadom Hill Resort ni.Kembali pada alam atau Back To Nature.Aku tak masuk dalam cuma bersiar-siar di pinggiran sahaja.Untuk masuk ke dalam korang perlu bayar RM20 weekend dan RM18 weekday.Itupun hanya untuk acara terjun dan rakit sahaja.

harga masuk
Masa aku datang ramai yang datang tengok je.Yang ambil bahagian tak ramai.Mungkin yang lain-lain tu macam aku jugak kot.Datang saja survey atau riki line samada ok ke tak tempat ni.Berdasarkan apa yang aku lihat.Tadom Hill Resort ni belum sepenuhnya siap.Mungkin sebab tu masih belum ada sign board untuk kesini.

mandi manda di tasik

tadom base cafe
Kalau rasa lapar kat sini ada cafe untuk minum-minum.Hanya minuman ringan dan makanan ringan sahaja yang ada kat sini.Dengan harga yang pada aku agak mahal kalau nak di bandingkan dengan tempat lain.Aku cadangkan baik bawak sendiri.

opening hour
Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 6.30 petang.Untuk menginap aku tak pasti berapa rate dia.Yang pasti tempat penginapan memang klasik dan unik.

Ada tiga jenis pakej penginapan yang disediakan di Tadom Hill Resort antaranya Tadom Hammock Sphere,Tadom Tent Sites dan Vip Bamboo Hut.
penginapan buaian
penginapan buluh
khemah

Kebanyakan penginapan di Tadom Hill Resort berkonsepkan buluh,cuma untuk gambar yang bawah sekali konsep khemah (sila abaikan gambar lelaki tersebut).Amacam rasa teruja tak nak bermalam di sini.Gila kentang kalau tak nak.Best sangat ni.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak,mereka boleh ke Tadom Base.Di Tadom Base macam-macam aktiviti lasak yang boleh korang cuba dengan pakej harga yang menarik bermula dari RM100 sehingga RM468.Kalau berminat boleh rujuk kat sini.Pakej Tadom Base.

buat rakit buluh
Buat rakit buluh

obstacle
Obstacle

double zip line flying fox
Double Zip Line Flying Fox

sukan memanah
Memanah

sukan atv
ATV
Memang banyak aktiviti outdoor yang boleh kita buat kat sana.Boleh buat aktiviti team building.Pastikan korang punya stamina cukup ye.Jangan semput di tengah jalan.Kalau tak larat buat aktiviti yang ringan-ringan sudah.Apapun memang aku minat tempat ni sebagai lokasi yang sangat menarik untuk buat aktiviti riadah dan team buliding.

Okey kepada yang berminat nah alamat Tadom Hill Resort -Bukit Tadom,Kampung Labuhan Dagang,42700,Banting,Selangor,Malaysia.

GPS Koordinat 2.80911666 / 101.6266667

Jarak masa perjalanan untuk ke Tadom Hill Resort adalah seperti berikut :

Dari KLIA - 10 minit
Dari Nilai   - 15 minit
Dari Dengkil - 7 minit
Dari Cyberjaya/Putrajaya - 25 minit
Dari KLCC - 45 minit
Dari Subang/ PJ - 49 minit
Dari Klang - 51 minit
Dari Banting 15 Minit

Jarak masa tersebut adalah mengikut standard kelajuan 80 km sejam hingga 100 km.Untuk jarak masa sebenar ia bergantung kepada keadaan lalulintas serta kelajuan korang.Apa yang penting pastikan perjalanan anda dan keluarga serta rakan-rakan selamat sampai dan selamat pulang.

Aku ucapkan selamat beriadah di Tadom Hill Resort.

Cara Mudah Nak Tanggalkan Roadtax Kereta.

0
0
roadtax kereta tak boleh buka
Sila mengaku dengan jujur,Siapa yang kereta dia macam gini?Dah jadi macam hiasan pulak aku rasa.Hiasan roadtax kereta.Silap-silap boleh sampai 20 tahun....hihi.

Sebenarnya kalau korang sabar dan teliti dan pentingkan kekemasan korang mesti cuba buka roadtax tersebut.Tapi apa nak buat kan bukan semua orang sama kan.Ambil jalan mudah,cuma tampal je terus roadtax yang baru,tanpa buang roadtax kereta yang lama.

Kesian abang Jpj dan Abang Polis,Setiap kali ada roadblock jenuh depa nak check mana satu yang betul.Kan bagus kalau dibuang.Sekurang-kurangnya nampak kemas dan dapat memudahkan Abang-abang JPJ dan Polis buat kerja.

Okey,sapa yang malas dan tak reti nak tanggalkan roadtax kereta kat cermin tu meh baca ni.Ada empat cara untuk tanggalkan roadtax kereta kat cermin yang aku nak kongsikan dengan korang ni.

1.Gunakan kain yang basah dan kad yang dah tak guna (apa-apa sahaja yang penting keras)

kain basah

Caranya basahkan kain tadi dengan air kemudian sapukan pada gam roadtax yang melekat pada cermin tersebut.Sehingga gam tersebut jadi macam gel.Kemudian kikis perlahan-lahan dengan kad tadi.Buat sehingga gam tersebut bersih.

2.Guna pisau pemotong ataupun Pengikis Gelas(glass scraper)

pisau dan glass scraper
Mulakan mengikis dari satu sudut hujung bagi memudahkan roadtax tadi tertanggal.Buat perlahan-lahan terutamanya jika cermin kereta korang yang ada tinted.Setelah selesai semburkan atau polish bahagian tadi dengan window cleaner ataupun glass solution.

3.Guna WD-40,kain kering serta span.

wd 40

Untuk cara yang ini korang perlu tengok video ni dulu.Bukan apa aku tak reti nak terjemahkan kepada ayat.Nak mudah korang tengok je terus video kat bawah ni.


4.Dan cara paling mudah dan tak perlu nak kopek atau tanggalkan roadtax kereta korang bila dah expired adalah dengan laminate jer terus roadtax kereta korang tu.

laminate roadtax

Kenapa perlu nak bersusah payah,terus laminate kan lagi senang.Kemas,cantik dan mudah nak tanggalkan.Kalau tak tau nak buat terus pergi kedai yang ada menyediakan khidmat laminate.Anggaran dalam RM1 nak buat.Lekatkan elok-elok roadtax kereta korang tu pada plastik laminate.

Bila dah siap,Gunakan roadtax cover untuk lekatkan roadtax kereta korang pada cermin kereta.Jangan pulak gunakan gam ataupun double side tape yer.hihi.Gunakan roadtax cover macam gambar kat bawah ni.Banyak lagi jenis lain.Ikut citarasa you alls.

roadtax cover



Cukuplah empat cara mudah nak tanggalkan roadtax kereta ni.Harap ia dapat membantu korang.Lepas ni jangan pulak ada yang sampai tertutup bahagian penumpang dengan roadtax yang tak di tanggalkan tu.Meriah sangat tu.

Kalau nak ikutkan sebenarnya ada banyak lagi cara mudah nak tanggalkan roadtax kereta ni.Tapi aku rasa yang empat ni pun dah cukup membantu jika korang buat dengan betul.Bukan nak buat semua pun.Pilih satu cara yang paling korang rasa boleh buat.

Cara memperbaharui cukai jalan Motorsikal yang dah lebih setahun tak Renew.

0
0
yamaha ego s

Cara memperbaharui cukai jalan Motorsikal yang dah lebih setahun tak RenewMacam biasalah oleh kerana nak jimat tahun lepas aku tak renew Roadtax motor aku ni.Memang agak berisiko sebenarnya kalau jadi apa-apa.Tapi nak buat macamana.Lagipun Motor ni aku cuma guna untuk pergi kedai dan ambik anak sekolah.Aku dengan Isteri aku jer yang guna.Tak pergi jalan utama pun.Senang cakap cuma guna kat kawasan kampung.

Aku rasa tahun ni macam nak perbaharui semula cukai jalan motor yamaha Ego S aku ni.Memandangkan kos petrol kereta dah mula meningkat.Macam dah tak boleh nak kawal kewangan aku pulak rasanya.Mana tidaknya,Kos petrol semakin meningkat dari hari ke hari.

Lepas pergi pejabat naik motor je.Boleh jimat banyak.Sebulan kalau boleh jimat sekitar rm200 hingga rm300 untuk petrol dah kira ok tu.Boleh menyimpan untuk tabung melancong dan persekolahan anak-anak.

Kes aku ni bukan kes cukai jalan tamat tempoh,tapi kes wang saku mula susut.Hmmm...Untuk menyelasaikan masalah aku ni,Aku cuba call seorang sahabat aku ni,Dia seorang agen Takaful Ikhlas sepenuh masa dan boleh dikatakan dah berjaya dalam bidang Takaful dan kewangan.

Aku beritahu yang aku nak perbaharui cukai jalan motor aku,Tapi dah lebih setahun tak renew.Dia kat ok tiada masalah.Dia offer nak buat third party atau first party.Untuk third party lebih murah berbanding yang first party.Cumanya untuk third party tak boleh claim jika berlaku apa-apa seperti kehilangan motor atau terlibat dengan kemalangan.

Ok,aku memang suka yang murah dan jimat.Dari takda cukai jalan baik ada kan.So,aku pilih insuran third party sebagai pilihan aku ketika itu.

Sahabat aku pun On kan insuran motor aku.Jadi sekarang tugas aku kena pergi renew cukai jalan sama ada di pejabat pos ataupun di JPJ.Mula-mula ingat boleh renew kat pejabat pos,Rupanya-rupanya untuk cukai jalan kenderaan yang dah lebih setahun tak renew tak kiralah samaada motorsikal ataupun kereta,lori dan sebagainya perlu bawa kenderaan ke Puspakom atau JPJ untuk pemeriksaan.

Sebab motor ni pun atas nama aku dan aku tuan punya motor ni.Nampaknya aku kena bawak ke JPJ sendiri untuk pemeriksaan lanjut.

PERMIT TIGA HARI
renew roadtax


Langkah 1- Aku perlu dapatkan permit 3 hari dari JPJ (Permit perjalanan Sementara).Kenapa permit 3 hari?Sebab permit tu hanya sah laku untuk 3 hari sahaja.Untuk motor boleh buat pemeriksaan di mana-mana cawangan JPJ.Dan ianya percuma.Dengan Syarat mesti ownernya yang datang,tak boleh hantar wakil.

Langkah 2- Permit tiga hari dah dapat.Boleh bawa motorsikal ke JPJ.Jangan melencong dari laluan yang korang tulis kat borang permit tiga hari tu.Kalau kena tahan pihak berkuasa motor korang bakal di sita.Tak ke naya tu.Jadi sila berhati-hati dengan laluan korang yer.

Langkah 3- Parking motor kat tempat pemeriksaan JPJ,Masuk ke kedalam berjumpa dengan pegawai pemeriksa.Jangan lupa bawa geran asal serta permit dan juga kad pengenalan.Pastikan juga motorsikal dalam keadaan baik.

pemeriksaan jpj

Itu sahaja.Proses tak sampai lima minit pun.Tapi bagi yang tak sempat nak hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan boleh hantar ke PUSPAKOM(boleh upah runner).Kos untuk pemeriksaan di PUSPAKOM lebih kurang rm25 belum termasuk kos runner.

Apa yang penting sekarang motor Yamaha Ego S aku dah ada cukai jalan.So,dah boleh merempit.Setahun lebih dah tak naik motor kat jalan besar/jalan utama.Rasa macam janggal pulak....

Majlis Pelancaran Cerahi Kehidupan Bersama TOP & MYDIN

0
0
top event
Timbalan Menteri,Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun,melancarkan ''Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN''bersama Pn Sabariah Bt Hj Mohd,Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Jenama,MYDIN MOHAMED Holdings Bhd dan Cik Carmen Foo,Pengurus Kanan Pemasaran,Southern Lion Sdn Bhd.

TOP,yang diiktiraf sebagai jenama pencuci pakaian No.1 di Malaysia telah bekerjasama dengan MYDIN bagi melancarkan kempen pengumpulan dana kebajikan yang bertujuan menyediakan keperluan persekolahan kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara untuk menyambung pelajaran mereka.
Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang bertemakan ''A Brighter Future with TOP and MYDIN'' atau ''Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN'' dilancarkan di MYDIN Mall USJ oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun di sini pada hari ini.

Kempen ini akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara bermula 12 Oktober hingga 13 Disember 2015 akan disalurkan bagi membeli kelengkapan sekolah seperti baju seragam,beg,stoking dan kasut sekolah untuk 400 orang kanak-kanak yang mungkin lebih kerap tidak menghadirkan diri ke sekolah di sebabkan oleh kekurangan kelengkapan sekolah untuk digunakan sepanjang tempoh persekolahan.

Dengan kenaikan kos barangan keperluan sekolah,kempen ini berhasrat untuk mengumpul lebih daripada RM40,000 yang memberi manfaat kepada 400 orang anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun daripada 18 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

Kempen mengumpul dana ini bermula daripada satu kaji selidik ringkas yang di jalankan oleh TOP mengenai keperluan serta merta yang melibatkan sejumlah rumah kebajikan.Kaji selidik itu selari dengan konsep jenama TOP yang menggalakkan gaya hidup bersih sejak dari usia muda.

Memahami keadaan kebanyakan kanak-kanak kurang bernasib baik yang sukar untuk mendapatkan pakaian bersih berbanding orang lain,jenama pakaian pencuci No.1 di Malaysia TOP telah menganjurkan kempen mengumpul dana ''Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN''.
top management
Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran dan penyertaan aktiviti di sekolah dengan cara menyediakan sokongan sewajarnya dalam mendapatkan pendidikan.Di samping menyediakan keperluan sekolah dan pakaian seragam seperti pelajar lain,ini pasti dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri,selain mengajar mereka tentang kemahiran hidup  seperti membasuh pakaian dan hadir dengan penampilan yang bersih serta kemas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun memuji TOP dan MYDIN kerana melibatkan rakan perniagaan serta pelanggan mereka dalam membawa tanggungjawab sosial kepada mereka yang kurang bernasib baik,bersatu padu menolong mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung memupuk masyarakat yang bersatu dan penyayang.
 
''Di dalam persekitaran perniagaan yang berdaya saing,dimana banyak organisasi hanya mementingkan keuntungan,TOP dan MYDIN telah bersetuju bahawa kejayaan sesebuah perniagaan dan tanggungjawab sosial adalah selari.Ketika kita bergerak kehadapan sebagai satu negara,adalah penting agar lebih banyak korporat dan sektor swasta bekerjasama,mengambil bahagian secara secara aktif dan mengajak lebih ramai menyokong tanggungjawab korporat sosial,''beliau menambah.

TOP yang dibangunkan oleh LION Corporation Japan cukup dikenali kerana sentiasa mengutamakan konsep kehidupan bersih menyeluruh.Ia menggalakkan cucian yang lebih bersih,selesa dan kehidupan lebih baik menerusi inovasi berterusan teknologi termaju Jepun.

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd,Carmen Foo menyatakan bahawa TOP telah mengubah industri pencuci pakaian di Malaysia melalui pelbagai teknologi inovatif serta pengenalan konsep kehidupan bersih menyeluruh untuk bertahun lamanya.

Selaku peneraju dalam industri pencuci pakaian,TOP komited untuk kembali menyumbang kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan.

''TOP dipacu oleh semangat inovasi dan telah diterima baik oleh pengguna di Malaysia.Oleh itu,kami ingin menyumbang semula kepada masyarakat dengan cara yang lebih bermakna.Kami akan mengembangkan konsep kehidupan bersih menyeluruh ini demi memberi manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memberi fokus pada peningkatan kehadiran dan penyertaan dalam aktiviti di sekolah dengan menyediakan kelengkapan persekolahan seperti baju seragam serta kemahiran untuk membasuh pakaian dan mengekalkan penampilan yang bersih.''

''Sebagai pengguna,kita boleh melaukan perubahan dengan mengamalkan gaya hidup bersih menyeluruh bersama TOP.Ia merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk diri kita dan keluarga melalui pembelian produk TOP ketika kempen ini,kita boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memperoleh masa depan lebih cerah dengan memperkenalkan amalan kehidupan bersih menyeluruh sejak kecil lagi,disamping mengembalikan maruah dan sifat kebanggaan dalam penampilan mereka,'' kata Cik Carmen.
ceriakan harimu bersama top
Kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (KIDS) turut membuat persembahan istimewa.Ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak kurang bernasib baik yang diberi bimbingan juga mampu bersinar.

''Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN ini mampu melibatkan pengguna dan mendidik mereka mengenai kehidupan bersih menyeluruh.Mari bersama kami menyumbang sebanyak 30 sen melalui setiap pembelian produk-produk TOP terpilih di semua cawangan MYDIN di seluruh negara mulai 12 Oktober hingga 13 Disember 2015.Ia demi memberikan masa depan lebih cerah kepada 400 orang kanak-kanak dengan memberi keperluan persekolahan yang lengkap,'' kata Foo mengakhiri bicara.


Makan ais krim percuma!!

0
0
Makan ais krim percuma!!

Rasa macam terliur tak tengok ais krim ni???


Sapa yang tak terliur aku rasa dia ada masalah mata...haha....Sebenarnya aku tengah nak cari sapa yang boleh sponsor aku makan ais percuma esok.Itu pun kalau ada yang sudi.Kalau korang nak tau sebenarnya aku ni bukan suka sangat makan ais krim pun.Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku tak boleh nampak ais krim....Kalau nampak mesti nak beli.

Tapi kalau dapat makan ais krim percuma lagi best kan.Sapa la yang sudi nak belanja aku ni.hohoho....

Dalam banyak-banyak ais krim.Tiba-tiba aku ternampak iklan ais krim F&N Meadow Gold.Rasa macam sedap sangat.pergghhhh....Kalau dapat sekarang mesti best kan.

ais krim meadow gold

Nak kata Meadow Gold keluarkan produk baru macam dah lama.Tapi apa yang penting aku baru nampak ais krim ni.Walaupun dah keluar 2 atau 3 bulan bagi aku ia masih fresh lagi.

Ok aku nak story sikit pasal ais krim Meadow Gold ni.Ini berdasarkan dari hasil pemantauan aku kat website Meadow Gold tu sendiri.Sebab aku ni jenis yang suka cari maklumat dulu sebelum membeli.

Ais krim keluaran F&N Meadow Gold ni ada empat perisa.

Meadow Gold Heavenly Macadamia - Rasa dari syurga katanya.Campuran kacang panggang Macadamia dengan susu vanila.Memang kalau dapat tak toleh kiri kanan aku ni.

Meadow Gold Bold Chocolate - Sarat dengan gula-gula coklat yang enak berkrim bila masuk ke dalam mulut.Awesome sangat.

Meadow Gold Delectable Caramel Pecan - Perisa Karamel Vanila yang sangat teruja bila nak masuk ke dalam mulut...agaknya la....

Meadow Gold Lush Red Velvet - Untuk peminat Red Velvet mungkin ini pilihan korang.Aku tak minat dengan yang ini.Tapi kalau ada orang nak belanja aku ok jer.

Ambik ko,Ada perasa.Harga tak mahal sangat kot.Rasanya kalau tak silap RM21.90 satu untuk 750ML.Ada bran geng.Sebab tu aku minta belanja.Hujung-hujung bulan ni poket pun dah mula menipis.Tapi aku rasa memang berbaloi kalau beli.Bak kata pepatah jawa...Alah membeli menang memakainya.Tapi macam tak sesuai je pepatah tu.Pandai-pandai korang lah nak cari pepatah yang mana pun.

Perasa yang ada semuanya menawan kalbu.Pilih ikut selera dan mood masing-masing.Kalau rasa nak beli ke empat-empat perasa tu lagi ok boleh menikmati semuanya dengan cool sekali.Sesiapa yang suka nak bagi makan ais krim percuma kat aku tu...hello-hello la yer.

Makan ais krim percuma!! Sapa yang tak nak kan.Dah la percuma.Sedap pulak tu...takpe angan-angan je dulu.

Apa yang kita fikir inshaa Allah itu yang kita akan dapat...ni Pesanan Mentor aku ni Dr Azizan Osman.Kebanyakannya memang aku dapat al-hamdulillah.Cuma cepat dengan lambat je lah.Oleh sebab tu kena fikir yang baik-baik,fikir yang positif sahaja.Elakkan berfikiran negatif.

Fikir positif insha Allah jiwa akan turut positif dan fikiran akan jadi lebih tenang.Bila dah tenang banyak perkara-perkara yang baik akan datang.Tak percaya!!!Cubalah buat...

Kelebihan Guna Plan Prepaid Data XOX.

0
0
xox simkad

Kelebihan Guna Plan Prepaid Data XOX- Berita baik buat pengguna internet di Malaysia.Terutamanya mereka yang guna Plan Data.XOX telah memperkenalkan produk terbarunya XOX prepaid plan data dengan harga yang rendah untuk penggunaan Quota yang tinggi.

Best ke best?Mestilah bestkan.Bayar murah untuk dapatkan data yang banyak.Kalau ada yang tak tahu apa itu XOX.Meh aku explain sikit.

XOX adalah sebuah jenama kepada pelan dan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih yang di kendalikan oleh syarikat One XOX Sdn Bhd.


One XOX Sdn Bhd merupakan anak syarikat XOX Com Berhad yang telah beroperasi sejak 2005 sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) dan telah tersenarai di dalam KLSE pada pertengahan 2011.

OneXOX menghubungkan panggilan ke seluruh Malaysia dengan kadar rendah yang fleksibel.

Liputan rangkaian XOX adalah dengan kerjasama Celcom.Oleh sebab itu,XOX mempunyai liputan yang meluas di seluruh negara.

Lebih kurang macam tu lah ceritanya.

Dah faham kan apa itu XOX?Sama je macam telco yang lain.Cuma XOX lebih jimat banyak.

Back to cerita asal tadi.Pelan yang baru diperkenalkan ni adalah satu tawaran yang sangat menarik, ini kerana ia memberikan high-speed pelan data tanpa menurunkan kelajuan asal.Untuk pelanggan baru XOX prepaid korang akan dapat 28 bulan tempoh pengaktifan dan line akan tetap aktif walaupun tanpa top-up selama lebih 2 tahun.

Wah,untung betul ni.Rasa macam nak convert sekarang je kan.Okey itu untuk panggilan.Yang ini pulak offer untuk Pelan XOX Prepaid Data.

Untuk tempah sah selama sebulan.

Pelan Data 1 - Dengan RM28 anda boleh dapat 1.5GB Pelan data.

Pelan Data 2 - Dengan RM48 (sebelum ini RM68) boleh dapat 3GB Pelan Data.

Pelan Data 3 - Dengan RM58 ( sebelum ini RM98) anda akan mendapat 4GB Pelan Data.

Nampak tak?Kelebihan Guna Plan Prepaid Data XOX.Kalau korang nak try apa salahnya.Nampak macam sangat berbaloi.Aku pun dah lama tak pakai pelan data.Pelan data terakhir yang aku guna pelan data maxis.Lepas aku pecat pelan data tu.Sampai sekarang aku tak guna pelan data.

Aku just guna Wifi je.Kat rumah.Lebih jimat dan menguntungkan haha....Sebab working area kebanyakannya kat rumah dengan pejabat.Dua-dua tempat ada wifi.So,lebih ekonomi la kan.

Kalau ada sapa-sapa yang tengah mencari pelan data termurah dan terlaju boleh cuba pelan data XOX.Kalau ok alhamdulillah.Kalau worst jangan salah kan aku.......

Pada aku ikut keadaan poket masing-masing.

Kalau mampu apa salahnya ambik pelan data yang laju dan mahal.Duit korang bukan duit aku.

So,selamat melanggan XOX kepada yang berminat.
Viewing all 75 articles
Browse latest View live